27 October 2009
Sejadah Berdiri? Apa Sebabnya?
Minggu lepas kecoh satu Malaysia mengenai kejadian Sejadah Berdiri ini... Menjadi perbualan hangat dimerata tempat... Pastinya pelbagai spekulasi yang diberi dek keanehan kejadian yang berlaku tanpa dapat diterima oleh akal logika... Amatlah menghairankan sejadah dapat berdiri sendiri lalu menyerupai pula orang sedang bersembahyang duduk diantara dua sujud... Bagi anak kecil mereka mungkin tidak faham akan hikmah sebenarnya kejadian ini... kerana bagi mereka itu hanyalah sejadah yang tersusun sebegitu rupa melainkanlah mereka dihasut orang dewasa kejadian ini berlaku kerana ada HANTU! ... Itulah yang merisaukan kita dan akan menjadi masalah besar pula kerana orang yang sudah tahu akan buruk baik sesuatu dan punya akal yang waras berfikiran menyimpang... Haruslah diingatkan kita sebagai seorang Islam wajiblah mengutamakan Allah S.W.T. dalam segala hal... Dengan demikian terhindarlah diri kita dari kekhufuran langsung...
Bagaimana pula jika penulis merasakan berkemungkinan adanya unsur mistik di dalam kejadian ini... Mistik yang seperti seseorang yang menggunakan ilmu hitamnya dan membentuk sejadah bekeadaan sedemikian... Tujuannya amatlah terang lagi bersuluh kerana pastinya pihak tidak bertanggungjawab itu mahu menyesatkan umat Islam... dia percaya perkara ini amatlah menarik perhatian umum dan mudah pula mempercayai apa sahaja yang dilihat mata kasar... sangatlah malanglah bagi umat Islam yang akalnya kosong dan tiada kesedaran rohani iman dalam diri... tentunya yang terlintas difikirannya adalah terus mempercayai di dalam sejadah itu ada SESUATU yang harus ia takuti!... dan selepas itu bermulalah kehilangan sejadah kerana dicuri dan dipuja untuk kepuasan nafsu syaitannya atau pun ketakutan untuk menggunakan lagi sejadah itu untuk bersolat kerana takut dikacau oleh hantu itu!
Sesungguhnya beristigfarlah kita sebanyak mungkin... kerana kejadian ini berlaku atas sebab tertentu... jika dilihat dalam mata hati Islam tentunya ini adalah HIKMAH dari NYA!... Tuhan mahu mengingatkan kita para umat Islam yang dikasihinya supaya ingat pada NYA!... kita mungkin sudah terlalu jauh dari sisi NYA dan alpa tentang janji pambalasan NYA bagi yang melupakan NYA... Janganlah kita terlalu menikmati keindahan syurga dunia yang sementara ini kerana kelak kita yang rugi... berubahlah sekarang dan tujuilah jalan yang benar!!!
Edan : Sejadah berdiri suatu AMARAN utk kita supaya beringat pada Allah!!
No comments:
Post a Comment
Sesudah baca tu komen lah yer!
Sapa2 pon voley zanji uolz tak
kerapuan suda lerrr!
Nanti kena makan penampo!hehe..
K, Insya Allah edan sgera mmbalas komen
uolz...
(^_^)V