Kasih ibu kepada anak tiada bertepi
Diawal kejadian sekalian makhluk Allah semuanya bermula di dalam perut yang dikandungkan selama berbulan-bulan lamanya dengan penuh kesabaran lalu apabila tiba saat kelahiran, nyawa pula dipertaruhkan kerna keperitan melahirkan anak bukan kepalang dan seraya itu juga bergalaslah tanggungjawab besarnya bagi membesarkan anak itu dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh hingga semut kecil pun dihalaunya agar anaknya itu tidak disakiti. Semua yang terbaik sejujurnya diberikan walau ada yang payah ditunaikan namun rela hatinya berkorban mencari segala akal dan kudrat supaya anaknya tidak dikecewakan. Begitulah pengorbanan sebenar "IBU" buat anaknya hinggalah si anak akhirnya dapat menggapai impian hidup yang sempurna. Jasa Ibu sangat besar buat si anak hingga tidak mampu dibalas setimpal dengan apa yang pernah Ibu lakukan dahulu. Walau itu hakikatnya namun hati seorang Ibu tidak sesekali mengharap sekelumit balasan dari anaknya kerana ianya dilakukan atas dasar kasih sayang yang penuh seikhlas hati. Cuma yang diharapkan adalah ingatan anak terhadapnya baik didalam doa mahupun setiap ketika selamanya.
Ibu tidak akan tunjuk kesedihanya didepan anak-anak
Tetapi... kenapa sampai waktu kita menabur jasa, mengapa Ibu mulai dilupakan?! Beruntunglah si anak yang masih tinggal sebumbung dengan Ibunya kerana boleh memberi perhatian dan kasih sayang setiap hari. Bagaimana pula keadaan si anak yang tinggal asing kerana telah berkahwin ataupun melanjutkan pelajaran? Adakah ingatan terhadap Ibu masih segar? Tetapi cukupkah hanya bersandarkan ingatan sedangkan pulang melawatnya pun jarang atas alasan sibuk. Bukankah zaman kini teknologi kian canggih? Walau ada Ibu yang tidak tahu akan permodenan masa kini setidak-tidaknya buatlah panggilan kepadanya bertanyakan khabar walau seminggu sekali. Berilah sedikit masa kepadanya untuk mendengar suara anaknya. Janganlah terlalu alpa dengan alkisah sendiri hingga terabai kebajikan Ibu. Ingatlah seorang Ibu akan rasa lebih bahagia jika anaknya yang ditatang dengan sepenuh jiwa raga sentiasa memberi perhatian bukan sahaja ingatan sahaja kerna ianya tidaklah cukup,justeru perlulah ada tindakan! Tindakan tidaklah hanya berpandukan pemberian wang ringgit tetapi lebih kepada doa dan curahan kasih melalui sentuhan. Buatlah baik kepada Ibu kerana Allah pasti akan memberi rahmat kepada kita janganlah menderhaka kepada Ibu kerana sedarlah kita bahawa "SYURGA ITU DITELAPAK KAKI IBU..."
SELAMAT HARI IBU (9 Mei 2010)
Edan : Sayangilah Ibu kita selamanya iringi doa apabila selesai solat...
sebut pasal ibu mest rase sebak.. T_T
ReplyDeleteselamat hari ibu........
ReplyDeleteuwa.........
insaf....