13 July 2010

Rumah diatas kubur?!

Sedang asyik membersihkan perkuburan di dalam blok pada hari "Roh"

Utara Manila, Filipina dikawasan bernama Navotas tersembuyi suatu cerita. Walau mereka tidak seperti rakan-rakan lain yang senang menjadikan bawah jambatan,kaki lima dan sebagainya untuk dijadikan syurga dunia, namun pilihan menetap didalam kawasan tanah perkuburan adalah suatu yang amat menggerunkan!

Segentar mana pun yang dirasa, mereka tiada pilihan selain berkongsi kawasan kediaman dengan si mati. Kediaman yang layak digelar 'Sarang Tikus' itu dibina hanya menggunakan serpihan kayu-kayan, buluh dan plastik terbuang. Aktiviti seharian antara kediaman-kediaman seperti mandi, memasak, makan, tidur dan membasuh baju dilakukan bersahaja di atas tanah perkuburan berblok itu dengan boleh dilihat terus kerana tanpa pisahan dinding-dinding.

Anggaran jumlah penduduk yang memilih mendiami disini adalah 600 buah keluarga. Dan mereka semua amat miskin dengan sebuah keluarga hanya mampu berbelanja RM3.00 sehari. Walaupun sebelum ini kerajaan negeri mahu membela nasib mereka, namun mereka terpaksa menolak kerana percaya pihak kerajaan tidak mungkin mampu mengubah nasib mereka yang jumlahnya bukan sedikit. Penduduk tanah perkuburan berblok sudah sebulat suara untuk hidup susah bersama hingga ke akhir usia.


1- Anak muda yang leka bermain bola keranjang tanpa gelanggang yang sempurna.
2- Melintasi ke blok perkuburan lain dengan menggunakan jambatan binaan sendiri.
3- Menghabiskan masa lapang dengan bermain catur diatas salah sebuah perkuburan.
4- Waktu malam yang tenang sering terganggu dengan puluhan ekor lipas yang merayap.

Terpaksa mengeluarkan rangka yang cukup tempoh pengebumiannya iaitu 5 tahun ke atas dari lubang kubur blok untuk memberi laluan kepada si mati yang baru.

Kanak-kanak ini tidak gentar berumahkan kubur. Dengan keadaan yang benar naif mereka diajar supaya pandai menyesuaikan diri untuk hidup dalam suasana sedemikian.






Edan : Berani juga tinggal kat situ! (Err.. nak 1 kampung sekali boleh? hehe)

2 comments:

  1. Subhanallah, semoga mereka dapat merubah cara hidup yang normal! Amin!

    ReplyDelete

Sesudah baca tu komen lah yer!
Sapa2 pon voley zanji uolz tak
kerapuan suda lerrr!
Nanti kena makan penampo!hehe..
K, Insya Allah edan sgera mmbalas komen
uolz...

(^_^)V