Pelbagai aneka bentuk rumah yang sangat aneh
"Rumah".. kita semua sudah tahu ianya adalah tempat berteduh yang selesa bagi semua manusia yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi melengkapi keperluan kehidupan yang sempurna. Ada yang diantara kita tinggal di Banglo, Rumah Teres, Rumah Pangsa, Kondominium, Rumah Kampung, Rumah Panjang dan sebagainya. Kerana jenis-jenis rumah yang didiami kesemuanya mengikut kemampuan masing-masing. Namun diluar negara, ada yang telah melangkaui keterbatasan akal hingga sanggup membina rumah yang pelik tetapi unik.
Mari kita lihat 4 jenis rumah/pejabat yang istimewa dan sentiasa menjadi tarikan pelancong:-
RUMAH TERBALIK
Pandangan dari luar rumah
Rumah aneh pertama ini bukanlah untuk didiami tetapi hanya untuk tujuan pameran di Trassenheide, Jerman. Pereka rumah ini "Klaudiusz Golos" dan "Sebastian Mikuciuk" berkongsi idea menghasilkan rumah unik ini hanya kerana mahukan kelainan. Walaupun ada juga di negara lain pernah juga membina rumah terbalik, rumah yang dibina mereka agak berlainan kerana kesemua perabot dan bilik dibina secara terbalik. Mereka menamakan projek istimewa mereka ini... "
The World Stands On Its Head"..
Pandangan dari ruang tetamu
Pandangan dari ruang bilik air
Pandangan dari ruang dapur
RUMAH BAKUL
Salah seorang pekerja Syarikat Longaberger bergambar dihadapan pejabatnya unik
Tercetus dari produknya sendiri iaitu 'Bakul', Syarikat Longaberger yang terletak di Newark, Ohio, Amerika ini merealisasikan bangunan pejabatnya seumpama Bakul yang sempurna sifatnya cuma ianya adalah berukuran 160 kali ganda dari bakul yang dihasilkan syarikatnya. Berkeluasan 180'000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak tujuh tingkat. Bangunan ini menelan belanja AS$30 juta dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. "Dave Longaberger" adalah pemilik bangunan ini dan dia jugalah yang mengilhamkannya.
Ketika dalam tempoh pembinaan
RUMAH LUBANG
Macam mana nak masuk? (mungkin itu yang difikirkan lelaki itu)
Dikenali dengan nama "Hole House" yang terletak di Houston, Texas ini direka oleh "Dan Havel" dan "Dean Ruck". Rekaan yang seperti dilanggar kenderaan ini dianggap pelik oleh masyarakat setempat. Namun idea yang sangat 'Gila' ini tetap memukau pandangan ramai orang. Pereka rumah ini beranggapan rekaan mereka adalah projek seni yang menampilkan kelainan daripada kebiasaan.
Papan lungsur sedia menerima tetamu yang berani!
RUMAH MELENGKUNG
Macam gambar yang direnyukkan.. Tetapi ini adalah bangunan yang asli dalam rupa sebegini
Dibina pada bulan Januari tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada Disember 2003. Rumah seakan alam fantasi yang dikenali "Rumah Melengkung" atau digelar sebagai "Krzywy Domek (Crooked House) ini adalah pusat membeli-belah Rezydent. Terletak di Sopot, Poland, berkeluasan 4000 kaki persegi direka oleh "Szontynscy Zalescy" ynag mendapat ilham daripada lukisan "Jan Marcin Szancer" dan "Per Dahlberg".
Edan : Tidak berminat mahu membina rumah macam diatas..(takut hari2 kena serbu!! Tidur pun tak lena!! hehe)