30 May 2010

Apa ada dengan SALAM?!

Bersalamlah dengan sempurna

Apa ertinya berjabat tangan? Adakah ia sekadar menghulur tangan dan berlalu pergi? Bagaimana pula apabila seseorang menghulur tangan lalu dibalas dengan menyalam main-main? Tahukah kita bahawa menyalam ini melambangkan siapakah kita pada mata pihak disalam? Bersalaman bukan sekadar menghulur tangan tetapi ia seiring dengan niat hati kita iaitu mengeratkan silaturrahim. Bukanlah bersalut niat yang kurang elok atau yang sekutu dengannya.

Bersalaman menjanjikan sesuatu yang amat luar biasa dalam kehidupan sesama manusia. Tidak kira dimana anda berada, apabila saat pertemuan pertama diantara 2 insan pasti adanya salam. Ia bagai pembuka kata dan memberi suasana yang harmoni apabila interaksi bermula. Ia juga adalah suatu perilaku yang sopan jika kita bermula dengan bersalaman. Kita akan dihormati dan bagi yang punya perniagaan besar dan ingin menjalin suatu perkongsian, salamlah penentu anda sukses. Bersalaman ini terlalu banyak mukjizadnya, bayangkan api kemarahan diri yang membuak-buak pun jua boleh dipadam jika kita bersalaman. Apabila anak memohon keampunan dari kedua ibubapanya pastinya salam adalah menjadi tangkalnya.

Justeru itu bersalam ini punya banyak keistimewaanya dan ianya patut di pupuk sejak dari kecil agar kemudian hari budaya ini akan terus menjadi makanan anak-anak kita dan dapat menjadi daging yang elok dan suci dimata semua pihak.






Edan : Ada pihak yang masih tidak tahu erti bersalaman hingga terkadang memperolokkannya!

1 comment:

  1. Betul... betul... salam ni macm ade magic kan... am I right

    ReplyDelete

Sesudah baca tu komen lah yer!
Sapa2 pon voley zanji uolz tak
kerapuan suda lerrr!
Nanti kena makan penampo!hehe..
K, Insya Allah edan sgera mmbalas komen
uolz...

(^_^)V