Tergambar kegembiraan Kak Rchik Quma
"Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia tiada siapa yang pasti".. Begitulah tepatnya pepatah ini kepada tuan empunya diri yang bernama RCHIK QUMA AMOI MANIH atau lebih senang dikenali sebagai Rchik Quma. Edan Coba mengenalinya lebih setahun lalu di Friendster dan kini kami menjadi rapat seperti adik dan kakak. Rchik Quma seorang yang baik hati dan ROCK!(Minat kereta2 sport!!). Teruja edan coba kerna tidak menyangka Rchik Quma juga minat dengan idola edan coba. Lihatlah pada gambar diatas memang terserlah kepuasan Rchik Quma pada senyumannya bila dapat bergambar dengan Penyanyi No.1 Negara itu. Tidak sangka diantara ratusan hadirin yang hadir pada majlis promosi produk kecantikan pertama milik penyanyi kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza di Jusco Melaka, Rchik Quma terpilih untuk mencuba sendiri produk sulung penyanyi itu yang diberi nama "SimplySiti". Peluang keemasan yang tidak selalunya bergolek itu direbut sepantas oleh Rchik Quma kerana apatah lagi disolek pula oleh pakar jurusolek.
Mari kita saksikan transformasi wajah Rchik Quma sebelum dan selepas di solek. Gambar2 adalah yang asli ikhsan dari Rchik Quma sendiri, jadi jutaan terima kasih padanya diatas kebaikkannya itu..
Sebelum disolek
Diberi sentuhan pertama oleh pakar solek dari pihak SimplySiti
Bedak asas telah berjaya menutupi cela2 wajah Rchik Quma kini langkah seterusnya...
Mengenakan pembayang mata berwarna unggu sesuai dengan warna bajunya
Sentuhan yang menarik pada kelopak mata Rchik Quma
Pengilat bibir digunakan agar bibir tampil menawan
Bibir Rchik Quma berkilauan bak mutiara...
Akhirnya.. SimplySiti telah berjaya mengubah wajah Rchik Quma menjadi lebih ayu dengan kulitnya kelihatan mulus dan mata yang mampu memanah hati sesiapa yang memandangnya!!!
Mahu berkenalan dengannya? Sila klik pada pautan dibawah :-
Edan : Produk SimplySiti mampu bersaing dengan produk kecantikan ternama yang lain...
Cantik cantik
ReplyDeletecun! simplysiti mmg best!
ReplyDelete