Anjing agresif untuk menjaga keselamatan tuannya apabila diganggu
"Anda sedang berjalan di suatu kawasan yang disitu penghuninya kebanyakkan kaum2 cina.. Anda menggunakan jalan tersebut kerana ia adalah jalan terpantas untuk anda sampai ke suatu tempat dengan cepat. Tiba2 sedang anda berjalan beberapa ekor anjing muncul menerpa menyalak anda hingga hampir ke kaki anda, Jadi apa reaksi anda?"
Itulah sedikit petikan cerita pengalaman penulis dan mungkin sahaja anda jua pernah berada disituasi sebegitu. Sengaja penulis bertanya akan kejadian tersebut kerana punulis yakin anda semua pernah merasai pengalaman sebegitu disalak oleh anjing dan malang pula bagi yang pernah digigit hingga menjadi trauma atau lebih teruk dari situasi yang dinyatakan. Sepatutnya perkara sampai mencederakan orang awam ini boleh dielak jika si tuan anjing sentiasa mengikat/merantai anjing peliharaanya dengan baik. Namun tidak banyak yang berbuat demikian. Mereka mahukan anjing mereka bebas lebih2 lagi pada waktu malam.
Memelihara anjing buat menjaga keselamatan adalah perlu kerana anjing mampu menjaga menghidu orang yang asing yang menyinggah atau memasuki kawasan jagaanya tanpa kebenaran tuannya, bising salaknya itu mampu menjagakan orang sekeliling adanya bahaya ditempat itu. Walau begitu kekadang anjing ada bersifat nakal dan mahu mengusik orang awam yang melewati hadapannya. Mana yang berhati tikus itu alamatnya langkah seribulah dan bagi yang ada keberanian pula mereka mencapai sesuatu dijalan untuk dibuat senjata pertahanan agar si anjing berundur. Tetapi sampai bilakah hal ini akan berakhir jika sikap tuan anjing masih lewa membiarkan anjingnya tanpa ikatan. Setahu penulis adalah menjadi kesalahan membiarkan anjing berkeliaran tanpa berikat.
Ia amatlah merbahaya namun masih dipandang sepi oleh pemelihara2 anjing diluar sana. Selagi belum terjadi sesuatu yang buruk selagi itulah mereka buat tidak endah. Fikirkahlah sejenak wahai pemelihara anjing, kita semua hidup serumpun bangsa dan perlulah ada sikap hormat-menghormati kesensitifan masing2..
Edan : Tunduk pura2 mahu ambil batu jika ada anjing yang datang mendekati...
Betul ke nota kaki tu... konpem ke kite tak digigit kalau kite pura-pura amek batu
ReplyDeleteEl-Zaffril..
ReplyDeleteEdan dah pernha lalui.. mmg berhasil!
:)
takut dgn anjing..
ReplyDeleteharap2 tak akan lalui pengalaman dgn anjing..
kekadang takut gak bile jumpe anjing..huhu
ReplyDeleteAtiqah.. harap2 begitulah yer.. kang tido x lena pula.. hehe..
ReplyDeleteZumiela7.. Mmg! Lg pula yg jenis besar2.. huuu