10 January 2009

Kasihani Palestin...

(Harap ditadahkan tangan ketika membaca ayat ini) "Bismillah al rahman al rahim

YA ALLAH,Ya Tuhan ku Tuhan Maha Pengasih Dan Penyayang..
Tuhan Maha Besar Lagi Maha Suci..
Lindungilah Rakyat2 PALESTIN dari seksaan berterusan.....
Kuatkanlah Iman Rakyat2 PALESTIN MENEMPUH DUGAAN2 MU..
Tempatkanlah mereka juga dikalangan2 orang yang sentiasa MENGINGATI MU...."

"YA ALLAH,Tuhan Maha Pencipta Lagi Maha Melihat..
Terimalah DOA2 kami, insan2 kerdil yang tiada berdaya lagi berkuasa...
Hanya ENGKAUlah yang kami sembah dan tiada SEKUTU bagi MU Ya Tuhan Maha Agung lagi Maha Mengetahui segala sesuatu.. (Amin..)


Penyiksaan!! Kekejaman!! Kehilangan!! Kesengsaraan!! Kesakitan!! Keperitan!! Ketidak adilan!! Keseorangan!! Kebuluran dan Kematian.....!!

Itulah gambaran yang dirasai oleh rakyat2 Palestin disaat ini. Penyerangan berterusan tanpa secebis belas kasihan hebat menimpa di bumi GAZA. Alangkah peritnya, sakitnya mereka dikala ini dizalimi ZIONIS yang seperti kerasukkan dan hilang kewarasan!! Mayat rakyat2 Palestin bergelimpangan di merata tempat. Usaha untuk mengebumikan mayat rakyat2 Palestin amat susah dilakukan. Kerna tiada tempat yang selamat tanpa bedillan senjata2 ganas ZIONIS. Justeru, mayat dibiar sahaja tanpa dipedulikan atau disepak, ditendang,dipijak lalu dibuang kedalam lubang besar ditanam pula beramai2 seperti bangkai. Bagi yang bernasib baik dimandi dikebumikan secara hormat dalam suasana berjaga2. Bagi yang hidup pula, parah terlantar di pusat2 pelindungan. Mereka bukan sahaja kehilangan orang2 yang tersayang bahkan makanan dan tempat tinggal. Apakan daya hanya doa diiringi tangisan yang mampu mereka lakukan. Harapan untuk melihat bumi GAZA kembali aman sangatlah tipis.



Tidakkah kita rasai kepedihan ini Tatkala melihat gambar2 ini?? Fikir2lah....


Sanggupkah kita melihat dan membiarkan mereka dizalimi berterusan? Bukankah kita seharusnya membantu sesama islam? Ingatlah, barang siapa yang tidak mengambil berat urusan umat2 islam, nescaya dia bukanlah dari kalangan mereka. (HADIS NABI SAW)
Kita seharusnya bersyukur kerna tanah air kita aman damai. Tiada peperangan yang
hebat dan seksaan. Jadikanlah peristiwa ini sebagai Motivasi diri untuk terus bertakwa dan bersyukur diatas rahmat NYA..
Marilah kita mengambil kesempatan ini,menghulurkan bantuan dan sama2 mendoakan agar bumi Palestin aman kembali. Salurkanlah bantuan melalui alamat ini :

Bahagian Kewangan NSTP,
31 Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur
.



atau melalui akaun MAYBANK :

514105-320501


atas nama : "Tabung NSTP Untuk Gaza"





Edan : Insyaallah tolong apa yang terdaya..

1 comment:

edan coba said...

No. Akaun Maybank tu adalah BENAR!!!
Sumber dr HARIAN METRO, sabtu 10 Jan.