Coretan Diva :
edan coba
.
Shila kini bagai SUPERGIRL Faizal pula SUPERMAN, Malaysia
Kelmarin pertandingan "
Muzik-muzik ke-24 peringkat separuh akhir" yang dipancarkan secara langsung oleh TV3 ini menyaksikan ketiadaan FAIZAL TAHIR yang dicalonkan melalui lagu "
Bercinta" kerana dimasukkan ke hospital akibat mengadu sakit dada dan muntah darah. Khabar angin mengatakan Faizal Tahir disantau memang dinafi keras oleh empunya diri. Akibat kejadian itu Faizal Tahir terpaksa menggantikan seseorang yang mampu membawa lagunya dengan baik. Siapa arrtis lelaki yang boleh membawa lagu-lagu beliau yang mempunyai key yang tinggi itu?! Ternyata keputusan membawa calon pengganti bukanlah seorang lelaki tetapi wanita! Audi Mok selaku pencipta lagu ini telah memutuskan SHILA pemenang tempat ke-2 One In A Million (OIAM) selayaknya menggantikan Faizal Tahir. Mulanya hadirin risau akan persembahan Shila dan ternyata Shila bukan calang-calang artis dan pengalamannya menyanyi sejak berusia 9 tahun itu diguna pakainya dalam memacu persembahan yang amat mengujakan!
Shila kini
Tidak keterlaluan jika penulis melabelkan Shila seperti SUPERGIRL! Persembahannya yang hanya menggantikan Faizal Tahir SUPERMAN itu ternyata berbaloi! Shila mampu melakukannya seperti Faizal! Cemerlangnya membawa lagu "
Bercinta" memamg mengejutkan 3 pengacara Muzik-muzik malam itu Sheryl Samad, Faizal Ismail dan Ezlynn. Tidak dapat disangkal lagi juri pun sebulat suara meletakkan lagu itu sebagai markah tertinggi dan sekali gus bergandingan dengan 13 calon akhir yang lain. Shila atau nama sebenarnya NUR SHAHILA AMIR HAMZAH, 19 tahun telah melancarkan album terbarunya yang bertajuk "BEBASKAN" yang memuatkan 10 buah lagu yang segar lagi terkini. Anak kepada pelakon dan penyanyi era 80-an N.D.LALA ini juga telah melakukan 1 transformasi yang gayanya kini seakan-akan gaya 2 penyanyi antarabangsa iaitu LADY GAGA dan KATY PERRY. Namun sopan juga masih menjadi keutamaannya kerana menjaga nama negara di mata dunia.
Edan : Minat dengan Shila yang kini...