Showing posts with label Ketahuilah Kita. Show all posts
Showing posts with label Ketahuilah Kita. Show all posts

02 January 2012

Apa ada pada Artik dan Antartik?

Benua Artik Dan Antartik

Ciptaan ALLAH S.W.T. pada seisi alam semesta ini amatlah menakjubkan dan sukar bagi kita untuk mengetahui dengan jelas bagaimana ianya terjadi. Penciptaan Benua Artik dan Antartika yang terletak di utara dan selatan bumi bukanlah sekadar perhiasan. Tanpa kedua-dua benua ini mana mungkin suhu dunia mampu seimbang dan paras air laut pula melimpahi serata daratan yang ada di dunia ini. Namun keistimewaan yang diberi itu tidak kita hargai. Manusia saban hari sentiasa membuatkan dunia ini semakin tenat dengan pencemaran alam sekitar yang memberi kesan pada iklim dunia. Para pengkaji dunia meramalkan dunia bakal kehilangan Kutub Utara secara berperingkat pada september 2040 hingga 2100.

Ketahuilah kita info tentang Artik dan Antartik ini buat pengetahuan kita semua agar lebih memahami kedua-dua benua tersebut.

  1. Artik di Kutub Utara pada dasarnya adalah merupakan lautan beku yang dikelilingi daratan yang sering disebut sebagai LINGKARAN ARTIK (Artic Circle). Sebaliknya Antartika yang terletak di Kutub Selatan adalah daratan benua dengan wilayah pergunungan dan tasik yang diselimuti ais tebal dikelilingi lautan.
  2. Benua Antartika mengandungi 90% air di seluruh dunia.
  3. Kawasan Artik dihuni manusia sejak 20'000 tahun dahulu, manakala di Antartika tiada penduduk tetap, hanya bermusim.
  4. Benua Antartika lebih dingin daripada Artik. Rata-rata suhu di Antartika adalah -49 darjah selsius. 
  5. Di Artik salji lebih mudah cair berbanding Antartika kerana pancaran matahari lebih terik pada Kutub Utara berbanding Kutub Selatan yang menerima sedikit pancaran matahari lalu berlakunya penyejatan yang kerap di Kutub Utara.
  6. Semasa musim panas, kawasan Artik tidak mempunyai liputan ais. Ini memberi peluang pada tumbuh-tumbuhan untuk terus hidup.
  7. Beruang Kutub hanya ada di Kutub Utara dan Penguin pula hanya di Kutub Selatan.
  8. Suhu terendah yang dicatat pada Antartika pada julai 1983 adalah serendah -89 darjah selsius. Manakala suhu terendah yang dicatat pada Artik adalah -34 darjah selsius.


Edan : Tentunya banjir yang sering berlaku di dunia ini disebabkan kecairan ais di kedua-dua kutub.

13 October 2011

3 Hotel Aneh Tetapi Unik

3 Hotel aneh yang punya kelasnya tersendiri


HOTEL JUMBO

Dari sebuah kapal terbang diubah suai menjadi sebuah Hotel

Terletak di Bandar Arlanda, Stockholm, Hotel yang diberi nama Hotel Jumbo ini yang dinobat Hotel kapal terbang yang pertama didunia ini menggunakan rangka pesawat Boeing 747 Jumbo diubah menjadi sebuah Hotel yang mempunyai 25 bilik. Setiap bilik yang terdapat dalam Hotel ini seluas 12 meter persegi yang dilengkai dengan katil bertingkat, almari dan televisyen.

Ruangan dalam Hotel Jumbo

Masih mengekalkan ciri-ciri aslinya sebuah kapal terbang


HOTEL GAMIRASU

Satu-satunya Hotel dibina di dalam gua

Dibuka pada tahun 1999, Hotel unik ini yang telah menelan banyak kos pemuliharaan bagi mengekalkan seni bina Byzantium yang berusia 1000 tahun, mempunyai hanya 30 buah bilik. Asal Gua ini adalah sebuah Gereja lama pada abad ke-12, masih boleh dilihat kegiatan keagamaan dijalankan dikawasan itu oleh mubaligh Kristian.

Hotel Gamirasu terletak di desa Ayyali, Cappadocia, Turki.





Salah satu bilik di Hotel Gamirasu

Sudut pandangan dari bilik eksklusif


HOTEL IM WASSERTURM

Dikenali juga dengan nama Hotel Monumen kerana sejarahnya tersendiri

Asalnya adalah Menara Air yang terkenal di Eropah pada abad yang ke-19,  lalu diberi sentuhan oleh pereka dalaman terkenal Perancis, Andree Putman, menjadi Hotel ternama dan mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Jerman kerana mengekalkan seni bina aslinya. Bangunan tinggi yang menjulang namanya di Kota Cologne, mempunyai 78 buah bilik.


Mewah tetapi ringkas

Sesuai diadakan majlis-majlis mega




Edan : Kelainan yang ditampilkan sering menjadi perhatian. Ianya suatu petunjuk yang harus kita zahirkan.

12 January 2011

Fakta Menarik Tentang Menara Eiffel

Menara Eiffel adalah destinasi perlancongan yang terkenal di Paris

Bangunan yang tertinggi di Perancis dan menjadi simbol kepada negara itu, "Menara Eiffel" atau lebih diberi jolokan "Menara besi" kerana hampir keseluruhannya bahan binaannya adalah daripada besi. Dibina oleh jurutera hebat yang bernama "Gustave Eiffel", Menara Eiffel mendapat namanya dari pembuatnya bagi mengenang jasa beliau. Keunikan monumen ini telah memukau mata dunia dan telah mengamit ramai pelawat hingga dikatakan Menara yang sering dikunjungi di dunia iaitu sebanyak 6,428,441 pelawat dan lebih 200 juta sejak ia siap dibina.

Dibuka dengan rasminya pada 31 Mac 1889, Menara Eiffel yang memiliki ketinggian 300 meter (1,063 kaki) dan diatasnya terdapat 'Antena Televisyen' setinggi 24 m ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan. Selain digunakan untuk perlancongan Menara Eiffel juga dijadikan Menara Pemerhati. Memiliki 3 lif iaitu di aras bawah, tengah dan atas.



Keadaan Menara Eiffel ketika dalam pembinaan

FAKTA MENARIK "MENARA EIFFEL"

  • Lif memang diperlukan untuk bangunan setinggi ini untuk mengangkut pelawat ke atas dan ke bawah. Tahukah anda semua lif Menara Eiffel ini jika dihitung jumlah kegunaan tahunannya adalah bersamaan dengan 2 setengah kali mengelilingi dunia atau lebih daripada 103,000 km.
  • Menara ini bergoyang sedikit apabila hari berangin.Tetapi pada tahun 1999, kejadian ribut telah menyebabkan ia bergerak 13 sm dari kedudukan asalnya. Malah matahari juga boleh menyebabkan menara ini condong sehingga 18 sm.
  • Menara besi ini juga diperlukan belaian. Ia dicat semula setiap 7 tahun, tetapi bukanlah sebarang cat yang digunakan. Selepas menjalani sesi perbincangan yang serius, warna tembaga dengan variasi 3 tona telah dipilih kerana kombinasi 3 warna yang berbeza ini dianggap berpadanan dengan warna lagit Paris.
  • Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, juruteranya "Gustave Eiffel" mendaki semua 1,710 anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri bendera Perancis.



Edan : Uniknya Menara Eiffel ini..

Tubuh Badan Kita dalam Tempoh 24 jam

Gambaran dalaman tubuh badan manusia

Dalam tempoh 24 jam apa yang kita ketahui berlaku didalam tubuh badan kita tanpa kita sedari. Bukan mudah bukan untuk mencari perbezaan mana-mana bahagian yang berubah seperti kuku, rambut dan lain-lain lagi. Sebenarnya tanpa kita sedar, tubuh badan kita sentiasa bekerja dan tidak akan berhenti walau sesaat sepanjang hayat kita. Mari kita tinjau kejadian itu melalui kajian-kajin yang telah dijalankan bagi mengetahui pelbagai peristiwa-peristiwa itu..

1. JANTUNG   berdegup   1030689  kali
2. PARU-PARU   bernafas   23045   kali
3. DARAH   mengalir   1680000   batu jauhnya disekeliling tubuh kita
4. KUKU   tumbuh sepanjang   0.00007   inci
5. RAMBUT   tumbuh sepanjang   0.01715   inci
6. kita   MINUM   2.9   paun air (termasuk cecair lain)
7. kita bernafas dan   MENYEDUT   438   kaki padu udara
8. kita menghasilkan   1.43   pain   PELUH
9. kita   BERTUTUR   sebanyak   4800   patah perkataan (bagi yang kurang bercakap)
10. kita   BERGERAK   25.4   kali semasa tidur
11. kita   MAKAN   3.25   paun makanan




Edan : Tak menyangka dalam diam tubuh kita aktif!

22 July 2010

Pokok-pokok pelik yang patut kita tahu..

Pepohonan unik yang jarang sekali kita temui dimana-mana

Tuhan menciptakan sesuatu kejadian dibumi ini pastinya ada kelebihan dan keunikkan yang tersendiri. Semuanya agar planet yang satu-satunya sahaja yang boleh diduduki ini tampak variasi. Walau ada manusia yang sudah berjaya bertemu banyak jawapan setelah menjalankan pelbagai kajian tetapi hakikatnya alam yang luas ini tidak mungkin semuanya termampu digali rahsia kejadiannya dan ia bakal bertabalkan 'Misteri' sepanjang zaman.

POKOK BAKUL


Lihat saja pada batang pokok ini.. unik kan?

Dibentuk bagaikan pemegang bakul..

Kalau di Malaysia kita kenal akan pokok yang digelar 'Bonsai'. Iaitu sejenis pokok yang sering dianyam/dibentuk menyerupai sesuatu. Begitu juga dengan pokok yang digelar "Basket Tree"(Pokok Bakul) ini. Pengubahnya "Axel Erlandson" menumpahkan kreativitinya itu di dalam Taman ciptaanya di Santa Cruz, California. Pokok yang tumbuh bukan secara semula jadi ini dibentuk dari cantuman enam anak pokok spesis "Sikamor" yang dianyam menjadi 42 bahagian lalu dibiarkan membesar hingga menjadi rupa seakan sebuah bakul.


POKOK TA PROHM

Seram..! Akar pokok tumbuh meliar dihadapan kuil Ta Prohm

Pokok ini sengaja dibiar tumbuh diatas Kuil agar nampak menarik

"Kuil Ta Prohm".. adalah Kuil kuno yang masih teguh struktur binaannya walau sudah berusia lebih 700 tahun. "Ta Phom" bermaksud hutan dalam bahasa kembojanya. Dibina pada abad ke-13, Kuil Ta Prohm yang terletak di kompleks "Angkor Thom", ditumbuhi pepohon yang tumbuh meliar dan besar serta akar-akar melingkari hampir keseluruhan kuil. Pohon "Kekabu" yang berusia ratusan tahun itu telah mencipta suasana yang seram dan misteri ditambah lagi dengan haiwan reptilia seperti ular dan biawak menjadikannya habitat.


POHON TAMAN SYURGA

Adakah Pohon ini asalnya dari Syurga?

Menjadi tumpuan dunia kerana keistimewaannya

Tumbuhan-tumbuhan akan layu dalam masa 2 hari andai tidak menerima air dan mati setelah 2 minggu masih tanpa air namun ada tumbuhan selain "Kaktus" yang mampu hidup tanpa sumber air. Pohon yang digelar "Trees Of Life"(Pohon Kehidupan) ini adalah pohon yang paling aneh di dalam dunia kerana kemampuannya untuk hidup selama 400 tahun tanpa air. Terletak ditengah-tengah padang pasir di "Bahrain", pohon ini tetap hidup dan berdaun lebat. Para pengkaji masih belum mendapat jawapan yang tepat bagaimana pohon ini masih mampu hidup dengan ketiadaan sumber air dipersekitarannya. Ada teori yang mengatakan dahulu kawasan ini adalah merupakan Taman Syurga Dunia.





Edan : Hebatnya ciptaan Allah..

21 July 2010

Misteri STONEHENGE batuan kuno..

Stonehenge, Monumen mistik sepanjang zaman

Dikenali dengan nama "Batu Tergantung" dalam erti maksudnya dari gelaran popularnya iaitu "Stonehenge". Ia adalah salah satu monumen yang kuno yang telah dipercayai dibina pada zaman Gangsa dan Neolitik lebih kurang 2000 hingga 2500 sebelum masihi. Terletak di berhampiran Amesbury,Wiltshire, United Kingdom. "Stonehenge" merangkumi binaan tambak tanah yang mengelilingi batu-batu besar tegak menyusun dalam bentuk bulatan yang dikenali sebagai 'Megalit'.

Kiraan tepat dan kemas penyusunan batu-batu besar itu masih menjadi misteri

Info Pantas:-

1- Tiada siapa yang tahu akan pereka sebenar batuan "Stonehenge" dan tujuan sebenar ia dibina.
2- Tidak diketahui bagaimana orang-orang zaman tersebut mampu mengangkat dan menyusun batu yang seberat 26 tan ini dari Kuari ke tanah lapang 'Wiltshire'
3- Ada teori mengatakan 'Makhluk Asing' turut membantu membina "Stonehenge".
4- Kegiatan upcara-upacara keagamaan kuno pernah diadakan disini dengan buktinya penemuan tulang-tulang khinzir oleh pakar kajipurba. Anehnya, walau menemui kesemua bahagian tulang namun hanya tengkorak yang tiada.
5- Para Saintis dan ahli Astronomi membuat andaian bahawa "Stonehenge" dulunya adalah tempat mengkaji bintang, gerhana dan sebagainya.
6- Bagaimanakah orang-orang pada zaman dahulu mengira dan mengenal pasti kawasan, sudut geologikal dan topografi, ukuran dan keluasan tempat dimana terletaknya batu-batu besar tersebut dengan sangat tepat.




Edan : Teknologi zaman dahulu, susah untuk dirungkai kisahnya..

10 July 2010

Kabus itu sangat seni..

Kabus selalunya hadir selepas hujan

KABUS.. ialah 'wap air' yang berdekatan dengan permukaan tanah 'terkondensasi' dan menjadi seperti 'awan'. Hal ini terjadi kerana 'hawa dingin' membuatkan 'wap air' terkondensasi dalam kadar lembapan yang mendekati 100%. Biasanya 'Kabus' akan muncul diawal pagi atau selepas berlakunya hujan lebat. Sebenarnya mengikut kajian, titisan kabus itu sangat 'seni' atau 'halus' sehingga 7 billion titisan kabus diperlukan untuk memenuhi 'satu sudu teh' sahaja!!





Edan : Suka menikmati pemandangan yang berkabus..

03 July 2010

Piranha.. Ikan yang paling ditakuti

Satu-satunya spesis ikan yang memakan daging

Ganas!! Itulah yang tepat bila digambarkan pada ikan yang terkenal dengan memakan daging-daging dengan rakusnya! "Piranha" yang banyak terdapat dalam sungai air tawar Amazon di Amerika Syarikat ini adalah haiwan karnivor. Mempunyai gigi yang setajam pisau cukur dan gusi yang tebal, Piranha boleh memakan seekor monyet yang terjatuh ke dalam sungai sehingga tinggal rangka hanya dalam tempoh 2 minit sahaja! Malah Piranha juga mempunyai kadar metabolik yang sangat pantas. Kerana ia dapat mencerna makanannya dengan cepat dan kemudian lapar semula. Badan Piranha pula ditutupi dengan banyak tunas perasa sehingga dapat merasakan apa yang terlintas dihadapannya boleh dimakan atau sebaliknya.




Edan : Gerunnya ikan macam ni! Nasib tak ade di perairan Malaysia!!

Sotong Kurita dapat melepasi lubang sebesar satu inci?!

Sotong Kurita adalah haiwan yang cerdik

Melarikan diri hanya dengan menggunakan penyamaran bak Sesumpah di daratan. Perubahan dirinya dipengaruhi oleh keadaan warna persekitaran. "Sotong Kurita" mempunyai pigmen yang mampu merubah dirinya kepada warna benda yang hampir dengannya. Sotong Kurita turut mempunyai cara lain bagi melepaskan diri dengan mudah jika diburu pemangsa. Haiwan ini akan memancut air dengan kuatnya dari satu corong saluran yang dibelakangnya dan mampu menolak Sotong Kurita dengan laju. Dan sering yang kita nampak apabila diancam Sotong Kurita akan memancutkan air hitam yang akan menggelapkan persekitarannya dari dilihat oleh musuh. Satu lagi kelebihan yang paling menakjubkan adalah Sotong Kurita dewasa yang besar dan berat mengeliang-geliutkan tubuhnya sehingga dapat memasuki lubang sebesar syiling 10 sen!!




Edan : Hebat! Disebabkan itu haiwan ni payah dimakan oleh pemangsa!

Kuda Laut yang unik

Persis rupa seekor kuda dari bahagian atasnya

"Kuda Laut" adalah haiwan akuatik yang punya keistimewaan tersendiri. Kuda Laut adalah mamalia dan hidup dilaut dengan memakan makanan yang hanyut kepadanya. Pergerakkan Kuda Laut lambat dan berenang secara menegak. Mudah dijumpai terhayun-hayun disebalik rumpai laut yang dijadikan tempat berlindung dari ancaman ikan-ikan besar. Kuda Laut punya kulit luar yang keras dan mempunyai ekor yang panjang. Satu-satunya spesis di dunia yang unik kerana si jantan boleh membunting dan melahirkan anak. Semasa mengawan Kuda Laut betina akan memasukkan telurnya ke dalam kantung si jantan yang mempunyai sel-sel halus pembuluh darah. Si jantan akan mensenyawakan telur-telur itu dan membawanya sebulan lamanya sebelum melahirkan antara 20 hingga 400 ekor anak hanya dalam tempoh 30 minit.

01 July 2010

Gunung berapi yang terbesar di dalam Cakerawala

Gunung berapi Olympus Mons

Ukuran Gunung Everest dan Gunung berapi Olympus Mons

Di dunia ini kita menyangka Gunung tertinggi, terbesar adalah Gunung Everest namun masih ada yang jauh lebih besar dan tidak mungkin kita dapat bayangkan jika ianya berada di dunia ini. "Gunung berapi Olympus Mons" di planet Marikh adalah gunung yang terbesar di dalam cakerawala. Tahukah anda ukuran Gunung Berapi Olympus Mons 3 kali lebih besar dari Gunung Everest?!! Kawahnya sahaja adalah seluas 595 km dan ketinggiannya adalah 24 km.




Edan : Mahu cabar sesiapa yang berani mendaki Gunung Berapi Olympus Mons!! hehe..

Makanan yang dipesan siap dalam 13 saat?

Restoran yang punya kelainan

Di Guadalajara, Mexico pasti suatu kejutan besar yang anda bakal terima jika anda berkesempatan memesan makanan disitu. Belum sempat anda berborak dengan teman anda selepas memesan makanan anda tadi kini siap sudah untuk anda menikmatinya! Apa tidaknya penyediaan makanan hanya mengambil masa selama 13 saat!!!!! Itulah istimewanya Restoran "Karne Garibaldi" yang sentiasa menjadi tumpuan. Kehebatannya itu telah pun dicatatkan di dalam "Guiness Book Of Records". Tentunya pesanan sepantas itu sukar dijumpa dimana-mana restoran diserata negara. Paling cepat pun hidangan yang siap adalah lebih kurang 15 hingga 20 minit.




Edan : Bestnya kalau ada kat Malaysia ni.. Masa pun tak terbuang!

30 June 2010

Lagu kebangsaan Jepun yang pendek

Lagu kebangsaan negara Jepun

Kimigayo wa / Chiyo ni yachiyo ni / Sazare-ishi no / Iwao to narite / Koke no musu made

Lagu 'Negaraku' adalah lagu kebangsaan negara kita Malaysia yang amat kita banggakan kena bait-bait patah liriknya yang punya makna yang besar buat kita. Begitu juga dengan negara Jepun yang mempunyai lagu kebangsaan sendirinya. Yang istimewanya lagu kebangsaan Jepun hanya mempunyai 5 baris perkataan sahaja. Lagu kebangsaan terpendek di dunia itu telah dicipta melodinya pada tahun1880 dan hanya diterima pakai pada tahun 1999! Lirik lagu yang mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran Maharaja Jepun.





Edan : Pendeknya lagu kebangsaan Jepun! Mesti senang hafalkan?

Gajah dan giginya..

Gajah adalah mamalia terbesar di dunia

Kita semua tahu dan kenal apa itu bintang yang berlalai. Gajah yang selalu kita lihat biasa dan tiada keanehan rupa-rupanya menyimpan 1 rahsia. Gajah Afrika, hanya mempunyai 4 batang gigi sahaja! Sungguhpun setiap batang giginya adalah seberat  5 kg dan sepanjang 1 kaki, tetapi dapatkah kita bayang bagaimana Gajah tersebut sukar mengunyah makanannya?





Edan : patutlah gajah makan lambat habis..

28 June 2010

Nyamuk walau Kecil tetapi MERBAHAYA!

Nyamuk hanya menghisap darah

"Nyamuk" dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti "Lalat Kecil". Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun 1583. Di England nyamuk dikenali sebagai "Gnats". Di dalam dunia ini adalah lebih 3000 jenis nyamuk dan yang popular adalah "Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta dan Haemagoggus". Berat nyamuk hanyalah 2 - 2.5 mg dan terbang antara 1.5 ke 2.5 km/sejam serta mampu mengepakkan sayapnya sebanyak 500 kali dalam tempoh 1 saat. Nyamuk sebenarnya mempunyai daya penglihatan yang teruk dan ia berburu berpandukan bau dan haba. Seseorang yang berpeluh lebih mudah dikesan oleh nyamuk berbanding orang yang tidak berpeluh.

Larva nyamuk

Nyamuk juga boleh mengesan bau karbon dioksida yang dilepaskan mamalia sejauh 100 kaki (30 meter). Oleh itu  penggunaan racun serangga sebenarnya tidak membunuh nyamuk tetapi menghalang deria bau nyamuk. Melainkan racun tersebut diarah tepat kearahnya dan terus membunuhnya. Manusia sebenarnya bukanlah sasaran utama nyamuk kerana nyamuk lebih suka menghisap darah haiwan seperti kuda, lembu dan burung. Namun nyamuk gemar pada seseorang yang obesiti juga mempunyai darah jenis 'O'. Nyamuk betina memerlukan protin untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protin, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protin yang diperlukan.
Proses Kitaran Nyamuk

Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam kitaran hayatnya yang bermula dengan  telur, larva, pupa, dan dewasa. Tempoh tiga peringkat pertama bergantung kepada spesies dan suhu. Proses kitaran nyamuk melengkapkan kitaran hayatnya dalam tempoh 14 hari pada 20 °C dan hanya sepuluh hari pada suhu 25 °C. Sesetengah spesies mempunyai kitaran hayat sependek empat hari atau sehingga satu bulan. Larva nyamuk dikenali sebagai "Jentik-jentik" boleh di dapati di lopak atau sebarang bekas berisi air. Jentik-jentik bernafas melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor. Kebanyakan jentik-jentik memakan mikroorganism, tetapi beberapa jentik-jentik adalah pemangsa bagi jentik-jentik spesies lain.





Edan : Benci dengan Nyamuk!

Kisah Lebah Madu..

Lebah mencari madu disetiap kuntum bunga

'Lebah Madu' telah mendiami bumi ini lebih 30 juta tahun yang lalu. Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan yang baik untuk kesihatan manusia seperti "Madu, Bee Pollen, Propolis dan Royal Jelly" Lebah Madu mengepakkan sayapnya sebanyak 11'400 kali per minit. Sepanjang hidupnya lebah terbang sejauh 90'000 batu yang bersamaan dengan 3 kali keliling bumi hanya untuk mendapatkan 1 auns madu. Hanya Lebah Pekerja mempunyai sengat, tetapi malangnya sekali menyengat lebah akan terus mati. Seekor Lebah Madu akan mengunjungi 50-100 bunga dalam satu perjalanan untuk mengumpul madu. Lebah Muda akan diajar oleh Lebah Dewasa cara menghasilkan madu.

Ratu Lebah tidak mempunyai sengat

'Ratu Lebah' tidak seperti Lebah Pekerja kerana Ratu Lebah hanya tinggal didalam koloni(sarang) untuk menghasilkan telur Lebah. Setiap 1 koloni Lebah Madu dihuni sekitar 20'000 - 60'000 lebah dan dipimpin oleh seekor Ratu Lebah. Ratu Lebah saiznya lebih besar dari Lebah pekerja. Usianya pula lebih 40 kali lebih lama daripada umur Lebah Pekerja.




Edan : Contohi sifat terpuji Lebah yang setia taat pada Ratunya...