26 March 2010

Rasai pengalaman 3D sebenar tanpa kos yang mahal!!

Cermin mata 3D ciptaan edan coba

Pernah anda menonton tayangan bercirikan 3 Dimensi atau lebih dikenali sebagai 3D.. Jika pernah pastinya anda pernah jua merasakan satu kepuasan tika menontonnya kerana ianya jauh berbeda dengan wayang-wayang yang tanpa ciri-ciri 3D.. Paparan gambar-gambar tersebut seperti benar-benar berada dihadapan kita lalu terkadang itu tangan cuba menggapai objek tersebut walhal ianya jauh dihadapan! Selalunya insiden tersebut kerap kali terjadi bagi yang pertama kali mengalami pengalaman tersebut.. Itulah tarikkan sebenar apabila anda berpeluang meneroka dunia 3D.. Penampakkan objek yang seperti realistik itu adalah kerana objek atau gambar tersebut berorientasi di atas tiga sudut pandang iaitu Ketinggian, Kelebaran dan Kedalaman..

Dibawah ini ada disediakan gambar-gambar dan video-video bercirikan 3D.. rasailah ia dengan tangan anda kerana paparan gambar-gambar 3D dibawah ini akan kelihatan terkeluar dari screen monitar Laptop anda.. Tetapi sila pastikan dulu anda memiliki cermin mata 3D dahulu.. Jika tidak berkemampuan membeli, cubalah ciptanya sendiri.. Mudah sahaja caranya :-

- 1 kotak kosong (digunting membentuk seperti bingkai cermin mata)
- Kulit plastik luar untuk hiasan projek FOLIO yang  bewarna merah dan biru ( BIRU = KANAN, MERAH = KIRI)
- Sellotape (Melekatkan kulit plastik itu pada bingkai)

Ikutilah contoh cermin mata 3D yang ditunjukkan diatas.. setelah siap kini anda boleh sudah menerokai dunia 3D..





















































Edan : Seronok dapat tontonan sesuatu yang luar dari kebiasaan..

2 comments:

Mr.Homosapiensz said...

leh try ni...hihi...

edan coba said...

Try.. buat sendiri spec tuh!!! than tengok gambar2 yg edan sediakan.. mmg best!