05 March 2010

Surat Berantai... Boleh memberi Kebahgiaan?!

 
Edan Coba dapat 1 Sistem Pesanan Ringkas lah!!!


"Innakala minal mursalin a'la siratil mustaQim Tanzilal azizir rahim Litunzira qaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun...
Kirim surah Yaasin ini minimal 10 orang Insyaallah 2 jam kemudian kamu akn m'dgr khbr baik & m'dpt kbhgiaan, demi Allah ini amanah dan jgn dhapus sblm disebarkn. Amin"

SURAT BERANTAI!!!!!!!!!!! Haihhh Mak Su, percayakah semua2 ini? Takkan lah dengan hanya berbalas kiriman sms sebanyak 10 orang kita akan mendapatkan apa yang dijanjikan? Kalau semua orang menggunakan idea sebegini konon mahu peroleh kebaikkan maka dunia ini penuh dengan manusia yang hanya duduk goyang kaki sambil kirim 10 sms! Huhhh! Sampai ke tahap itu? Bagi pembaca Blog Edan Coba, mahu percayakan Surat Berantai ini terpulanglah.. Dalam Al-Quran sendiri pun tidak pula tertulisnya tentang benda2 ini.. Dan keyakinan edan coba terhadap Surat Berantai ini hanya 1 gurauan adalah kerana baru2 ini ceramah agama yang edan telah ikuti di corong radio RMPP(Radio Malaysia Pulau Pinang) salah seorang Ustaz mengatakan ianya usahlah dipercaya, takut kita terpesong pula.. Mahu percaya atau tidak terserah..Tapi jangan sampai jadi macam yang edan telah katakan tadi sudahlah.. Gunalah akal untuk membuat sesuatu, kerana bila kita mengirimkan benda2 sebegini orang yang menerima itu pasti menganggap yang bukan2 tentang kita.. Mahu kah diri anda dicorak sebegitu? Jadi fikir2lah... Surat Berantai hanya sekadar mainan sms..





Edan : Tidak pernah membalas segala Surat Berantai. mahukan sesuatu? Berusahalah semahu2nya!!!

2 comments:

Maiyah said...

memcm le skrg, takyak lyn.. ada cara lain lagi utk amalan mcm kata ustaz tu betullah tu

edan coba said...

Lawak pon ade gak.. boleh senang2 percaya.. macam itu x mustahil nnt dtg SURAT BERANTAI antar kpd 50 teman terus masuk Syurga.. ishh2x..