23 April 2010

Pokok Plastik cantik diluar tetapi hakikatnya barah yang merbahaya!

Tumbuhan plastik dan yang asli tiada beza pada zahirnya..

Sejak kebelakangan ini suhu diseluruh dunia telah mengalami kepanasan yang luar biasa. Tentunya yang merasai bahangnya adalah makhluk-makhluk dibumi ini yang kian resah menanggung ketidak selesaan untuk menjalani kehidupan harian. Dahulu kepekaan terhadap isu ini sering dipandang enteng oleh sesetengah golongan manusi yang mungkin sahaja kurang diberi penjelasan apa sebabnya terjadi pemanasan global. Tetapi kini pelbagai pendekatan yang dibuat bagi mengurangkan keruncingan situasi tersebut. Pihak media massa turut berganding menyiarkan artikel tentang kemusnahan alam akibat kepanasan bumi bagi menyedarkan rata-rata penduduk bumi. Tetapi tahukah kita yang sebenarnya kita terlepas pandang?!

Bagi yang malas, ikutilah cara sebegini

Dahulu, tumbuhan-tumbuhan tiruan atau digelar "Pokok Plastik" memang terkenal menjadi hiasan didalam rumah serta pejabat-pejabat. Kata mereka "pokok plastik cantik dan tiada karenah lagi pula dapat tahan bertahun lamanya! Tetapi kalau tumbuhan asli " Pokok Hidup" pula sangat menyusahkan!! Nak kena siramlah, bajalah, gemburlah, mesti dibawah pancaran mataharilah dan berbagai lagi!!" Hal sebegitu ada logiknya, mana mungkin pokok hidup ditanam didalam rumah! Penjagaan pun lebih bertambah dan tentunya menimbulkan rasa malas. Tetapi kini pokok plastik tidak lagi disudut dalam, ianya telah berleluasa menghiasi taman-taman jadian yang hanya manis dipandang. Kita semua tahu pokok plastik adalah tidak bernyawa, dan semestinya tiadalah kelebihan yang bisa kita nikmati berbanding tumbuhan yang hidup. Oksigen tidak dijana, Karbon dioksida tidak diserap malah menjadi sarang nyamuk. Memanglah ianya cantik dimata tetapi fikirlah, jika sifat begini kita junjung maka walau sebesar mana pun tindakan diambil kita tetap ditakuk lama. Jadi berubahlah dengan menukar pokok plastik kepada pokok hidup......






Edan : Trend penggunaan pokok plastik hiasan sudah menjadi barah dan wajib dihentikan!