10 July 2010

abangcantik.. kini makin masyhur di YOUTUBE

abgcantik

Gambar siapa diatas itu yang mengelarkan dirinya "abgcantik"? Pasti ada yang tidak mengenalinya kerana dia bukanlah seorang artis popular tetapi jangan dipandang sepi dengan nama unik itu kerana dilaman "Youtube", nama si jejaka tampan ini makin dikenali ramai. Koleksi videonya ada yang sudah ditonton sebanyak 15'000 kali dan makin meningkat hari demi hari. Lalu apa sebabnya dia berjaya menarik ramai pelayar 'Youtube' untuk setia melekat dengan setiap himpunan video-videonya? Kerana... 'abgcantik' adalah seorang pengumpul video hiburan lama/retro! Segala bentuk tayangan di kaca televisyen yang pernah disiarkan pada tahun 60-an,70-an,80-an dan 90-an seperti iklan, drama, persembahan nyanyian, berita dan banyak lagi dimuat naik semula. Bagi anda yang masih anak kecil pada zaman tayangan tersebut sudah tentu ianya adalah imbauan memori yang terindah mengenangkan kembali penggunaan teknologi yang terhad dan kretiviti idea pengarahan video zaman retro dahulu.



abangcantik @ Acik Mat

Menyelak kembali tirai lama, Acik Mat (AM) atau lebih popular digelar abgcantik rupanya berbukukan suatu episod memori yang membenihkan permulaan hobinya ini adalah dari ayahandanya yang tersayang. Sejak dari kecil seusia 5 tahun, Acik Mat telah pun didedahkan dengan hobi ayahnya yang gemar merakam tayangan gambar dari televisyen melalui pemain video tape@VHS. Lalu tidak hairanlah Acik Mat punya koleksi penyanyi/pelakon veteren seperti Allahyarhamah Yusni Jaafar, Rosnah Mat Aris, Azhar Sulaiman, Zaiton Sameon dan banyak lagi hasil dari rakaman ayahandanya dulu. Acik Mat sebolehnya turut menjaga keaslian sesebuah tayangan supaya penonton dapat menikmati juadah yang sama dengan yang dahulu. Proses 'dubbing' hanyalah dilakukan apabila material itu rosak sahaja.

Buat Acik Mat terima kasih Edan Coba sampaikan kerana koleksi video retro kamu mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak Edan hingga ada yang membuat hati ini menjadi sayu..




Edan : abgcantik.. teruskan usaha anda! Kerana koleksi video lamamu suatu yang amat berharga..!!

4 comments:

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

Anonymous said...

bro leh mintak tolong dapatkan contact abg cantik tak? email saya riph78@gmail.com.

terima kaseh

-sharif ali-

Anonymous said...

akaun abang cantik kat youtube dah kena banned pulak, sayang la..

Anonymous said...

abgcantik dah kembali ke youtube

akaun abgcantik