03 July 2010

Hanya kerana loceng pencuri berjaya ditangkap?!

Akhirnya penduduk berjaya menangkap si pencuri kabel telefon

SAKITNYA HATI!! Itulah luahan yang sentiasa dihemburkan apabila setiap kali telefon dirumah kerap kali tidak dapat digunakan akibat berlakunya pencurian kabel telefon sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun kerana kesepakatan penduduk akhirnya masalah tersebut selesai dengan mudah. Alternatif yang amat bijak digunakan oleh penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang itu adalah dengan hanya memasang 'Loceng' di kabel tersebut. Mereka berselindung disebuah rumah hinggalah terdengar bunyi loceng yang menandakan sasaran sudah memasuki perangkap dan keluar menangkapnya! Pencuri lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak tersebut diikat oleh penduduk selama empat jam disebatang pokok sebelum diserahkan kepada pihak polis. Turut ditemui bersama pencuri itu kabel sepanjang empat meter dan sebuah motosikal yang dipercayai dicuri.





Edan : Bagus penduduk2 kampung ni! Harus dicontohi oleh semua orang..

3 comments:

mytafa said...

itulah...aku sudah bilang, jgn mencuri...(tetiba)

edan coba said...

KK.. bilang je x cukup. Kasi r 5 jari jemari u.. hehe

mytafa said...

hahaha