12 July 2010

Paul.. Sotong Kurita hebat dalam duka?

Sotong Kurita "Paul" mengejutkan dunia apabila ramalannya 100% betul pada Piala Dunia 2010 lalu..

Tugasan tekaan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 si haiwan berkaki lapan ini sudah sampai ke penghujungnya yang telah membuktikan pada seluruh dunia nyata Sotong Kurita yang digelar "Paul" ini memang benar 'Nujum Terulung Dunia'. Tirai dilabuh bersaksikan 'Spain' menang 1-0 kepada 'Holand' setelah setengah jam penambahan masa diberi. Tentunya ramai yang seakan tidak mempercayai akan kebenaran tekaaan si Paul itu. Siapa yang mampu mencari mana datangnya keajaiban yang dimiliki Paul. Teka-teki ini tentunya kekal bersarang dikotak fikiran setiap orang.

 Sotong Nujum yang kini menjadi sebutan dunia

Haiwan invertebrata ini sudah ditakdirkan dari sejak ia dilahirkan bahawasanya ia akan menggalas suatu tugasan yang berat dan penuh risiko iaitu meramalkan perlawanan bola sepak yang disertai Jerman, negara tempat ianya dilahir dan dibesarkan. Ditempatkan di dalam sebuah aquarium khas 'Sea Life Park, Weymouth, England, Si Paul adalah Sotong Kurita yang teristimewa. Penjaganya, "Oliver Walenciak" mengakui Paul kesayangannnya ini amat cerdas seperti anjing yang sukakan masalah dan gemar menyelesaikannya. Paul menjalankan tugasnya dengan permulaannya dua buah bekas plastik berisi makanannya iaitu isi "Kepah", diturunkan ke dalam akuarium tempat tinggalnya di 'Sea Life Aquarium',Oberhausen, Jerman. Pada satu bekas ditampalkan bendera Jerman dan satu bekas lain ditampal bendera penentang Jerman. Lalu mana bekas yang dipilih Paul itulah pemenangnya. Lazimnya ia terus berenang ke bekas tersebut dan duduk membuka.

Namun walau sehebat mana si Paul mampukah ia sentiasa patuh pada suruhan seperti penillikkan berjadual yang dibuatnya sebelum ini? Ia hanyalah haiwan yang juga punya sisi lemahnya. Dunia mengkaguminya tetapi Paul....? Manusia yang punya akal panjang pun boleh mengekspresikan emosi apatah lagi haiwan.... Fikirkan!






Edan : Kesian pada Si Paul.. lepaskan dia ke laut!! Dia mesti rindukan keluarganya..

2 comments:

flyz said...

hu..hu..si paul tukang tilik..

aura pelupa said...

Setuju untuk dilepaskan kehabitatnya, daripada disalahgunakan!