03 July 2010

Penguin eram telur atas kaki?!

Telur dieram hingga menetas walau memakan masa yang panjang

Penguin adalah sejenis haiwan yang terdapat di negara beriklim sejuk. Musim pembiakannya adalah panjang iaitu dari bulan November sehingga April setiap tahun. "Penguin Raja"(King Penguin) adalah kedua terbesar selepas "Penguin Maharaja"(Emperor Penguin). Menarik tentang Penguin Raja ini adalah selain tidak membuat sarang dan hanya menngeluarkan sebiji telur sahaja pada musim membiak, Penguin Raja ini akan mengeramkan telur kesayangannya itu diatas kakinya sahaja! Tempoh pengeraman pula adalah panjang iaitu antara 53 hingga 55 hari.




Edan : Seksanya kan.. telur tu diatas kaki sampai berhari2!

No comments: