28 July 2010

Petua mencegah gigitan anjing

Berwaspadalah jika berdepan dengan Anjing yang bengis

Anjing, sering kali dianggap haiwan yang merbahaya dan sukar diramal emosinya. Namun begitu masih ada yang mahu menjadikan haiwan ini sebagai binatang peliharaan. Kerana ia tidaklah seganas yang dibayangkan melainkan ia terasa diancam atau pemiliknya diganggu. 

Mari kita ikuti petua ini bagaimana mengendali dan mengelak diri dari digigit anjing :-

- Jangan sesekali mengacah atau mengganggu anjing meski pun ia berada di dalam pagar atau kurungan.

- Jangan menghampiri anjing yang sedang ditambat atau dirantai.

- Jika ada terjumpa anjing liar atau anjing yang bersendirian tanpa tuan, jangan cuba menyentuh atau membelainya.

- Jika anjing menghampiri anda dan mula menyalak, berdirilah tegak dan diamkan diri. Alihkan pandangan daripada anjing itu. Jangan sesekali lari atau menjerit.

- Anjing akan menjadi marah jika diganggu semasa ia sedang makan.

- Anjing juga perlukan tidur. Ia tidak suka diganggu semasa sedang tidur.

- Jangan merenung ke arah mata anjing. Ia akan menyangka bahawa anda cuba mencabarnya.

- Anda hanya boleh membelai anjing jika tuannya membenarkan anda berbuat demikian.

- Elakkan bermain-main dengan anjing yang mempunyai anak yang masih kecil, terutama sekali ketika ibu anjing itu sedang menyusui anaknya.

- Jangan bersikap terlalu agresif atau merangsang anjing secara keterlaluan semasa anda bermain-main dengannya.

Edan : Ingat petua-petua tu! Insyallahh kita akan selamat...

5 comments:

petua melayu said...

Waw, Bagus blog nie.. banyak petua n panduan menarik boleh dikongsi bersama2x. Mungkin saya akan mencuba petua2 berguna ini pada masa hadapan :)

Keep your good work!

Joey adieff said...

slm..sy nk tanya ni. mslah sy skrang kena berhadapan dgn ajing garang yg bsr.. smua nya ada 6 ekor.. hri ni dia dh srang tp blum gigit psl sy x lari.. esok pun kena jmpa gk ngan ajing tadi.mcm mn ni sy takut sgt