08 August 2010

Edan Coba Blog akan ditutup!!!!

Ditutup buat selama-lamanya..

PENGUMUMAN...!!

"EDAN COBA  BLOG" akan ditutup berkuat kuasa hari ini 8 Ogos 2010, 11.30 a.m.
 Sebelum itu izinkan edan memohon maaf pada anda semua agar mana yang salah dan silap edan  terlepas buat, edan mohonkan KEMAAFAN..

Namun.. bukanlah 1 blog ni edan nak tutup.. tetapi... Label-labelnya sahaja. Selepas ini tiada lagi LABEL : CERITA ARTIS MALAYSIA, CERITA ARTIS LUAR NEGARA, KECOH EDAN COBA, EMOSI EDAN COBA,SEDIH EDAN COBA, AMARAH EDAN COBA, LENSA EDAN COBA, DATUK SITI NURHALIZA CERITA, LAGU LIRIK PILIHAN, ULASAN DRAMA FILEM, DATUK SITI NURHALIZA LAGU MELETUP, KENA TAG, DIVA PENANG PUNYA KISAH dan UCAPAN PERAYAAN...

Yang berjaya ditapisi dan dikekalkan adalah.. MARI KETAWA, CERITA SETEMPAT, PETUA SANA SINI, KETAHUILAH KITA, SESI PERBINCANGAN ISU SEMASA, CERITA KENALAN SIBER,AWARD2,PERIHAL BLOG dan POSTING PERTAMA.

Edan memutuskan berbuat demikian kerana merasa amat berdosa.Kisah-kisah orang mahupun diri sendiri sering ditunjukkan tanpa meminta izin pada empunya diri. Lebih-lebih lagi ada cerita yang hanya berpandukan akhbar yang kesahihannya belum pasti jelas.

Lagi pula banyak gambar-gambar yang menampakkan aurat dan ada pula patah-patah perkataan sangat melampau dan 'Lucah'. Kalau diperhatikan lagi, Blog ni banyak mengisahkan tentang artis-artis tidak kiralah dalam mahupun luar negara. Edan nekad tidak lagi mencampuri hal-hal mereka dan hanya menfokuskan pada cerita yang hanya mempu memotivasikan diri dan menerbitkan keinsafan diri agar kembali mengingati ALLAH..

Walau edan menyingkir beberapa label entry yang kiranya ada "Lembaga Penapisan Blog-blog Islam" pasti sentiasa tidak dapat diluluskan setiap entry2nya, Namun mana yang elok baik edan kekalkan. Ilmu yang baik, rugilah dibuang sahaja...!




Edan : Edan buat kerana Allah.. Tak mahu lagi terlalu larut dengan isu "Lagha"!!!!

3 comments:

mytafa said...

jika itu yg terbaik, lakukan sj edan....jgn ada ragu-ragu tuk bertindak, jika dh nekad yg terbaik....itulah jalannya. Apapun, berfikir sehabis habisnya....

- anyway, my blog pun hnya citer pasal diri sndri..

just for share, leh rujuk sini:
http://mytafastudio.blogspot.com/2010/01/interview-diri-sendiri-jap.html

Ummi Hanie said...

satu 'penghijrahan' yg baek..tahniah

||| PöJìé PööH ||| said...

Walaupun Pojie rasa perubahan yangterlalu mendadak, rasa sedih dgn keputusan Edan sbb dah lama Pojie baca tulisan Edan, tapi demi kebaikan, Pojie relakan. All the best to u.. Jgn berhenti menulis ok. Saya masih pembaca kamu :)

Love,
PojiePooh Abdullah