26 April 2010

Budak 2 tahun dikurung 3 hari macam kucing?!!

Tidakkah mereka peduli akan tangisan si kecil ini? (gambar hiasan)

Hanya kerana mahu ke luar negara atas urusan kerja selama 3 hari, pasangan suami isteri ini sanggup meninggalkan anaknya yang berusia 2 tahun keseorangan didalam rumah terbabit. Peristiwa itu terbongkar selepas jiran sebelah merasa hairan dengan tangisan tanpa henti seorang anak kecil sambil mengetuk-ngetuk pintu. Sangsi dengan apa yang terjadi, jiran tersebut melaporkan pada pihak polis untuk menyiasat apa sebenarnya yang terjadi. Setelah beberapa kali dipanggil namun tiada yang membuka pintu, pihak polis mula memecahkan pintu rumah tersebut dan alangkah terkejutnya mereka kerana di dalam rumah tersebut tiada penghuni kecuali seorang budak yang berusia 2 tahun yang terlentang kerana sudah tidak bermaya untuk berdiri dan ditemani seekor kucing.

Siasatan juga mendapati budak kecil itu hanya dibekalkan sepinggan nasi yang sudah basi dan secawan air kosong. Jiran yang membuat laporan tadi tidak sanggup melihat keadaan budak kecil itu lalu pulang ke rumahnya mengambil beberapa bungkus biskut untuk diberikan. Sungguh kasihan, budak itu sangat lapar hingga mampu menghabiskan 5 bungkus biskut yang diberi tadi. Jiran tersebut memberitahu polis bahawa dia tidak mengenali ibu bapanya kerana mereka tidak suka bercampur dan hanya menyendiri. Pihak polis berjaya menangkap si ayah budak 2 tahun itu pada malam hari selepas dia pulang dari bekerja dan ibunya pula meyerahkan diri pada pihak polis setelah suaminya menelefon memberitahu isterinya supaya menyerah diri kerana tindakan bodoh mereka.





Edan : Tak sanggupnya melihat kejadian tersebut! Kejam sungguh ibu bapa budak terbabit!!!

2 comments:

flyz said...

bodoh kan!!!!! bengang tiba2

edan coba said...

Samalah kita!! Memang tak patut buat mcm tuh.. apa punya ibu bapa nih!!!!!