07 April 2010

Mati Diseret lori bapa dengan kaki yang hancur?!!

Anak mangsa sedang diangkat oleh pihak polis

Hati bapa mana yang tak sayu dan terkilan yang  anaknya meninggal dalam keadaan yang ngeri di depan mata. Muhammad Wafie 15, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi Nibong Tebal, Pulau Pinang maut diseret bapanya sendiri Fazil Osman 41 awal pagi kelmarin (6 April 2010) di Jalan Baharu Kupang, Gerik dekat Kampung Kemangi Kupang. Meninggal dalam keadaan yang sangat menyedihkan apabila tangan kiri mangsa terPUTUS tersangkut pada pintu lori dan kaki yang juga putus HANCUR dibawah celahan tayar lori. Sebelum kejadian mangsa dikejutkan bapanya 3 pagi untuk menemaninya menghantar perabot ke kelantan kerana kelindannya mengambil cuti kecemasan. Mangsa pula menunjukkan sikap yang lain dari biasa dimana membisu sepanjang jalan. Punca kejadian adalah lori bermuatan perabot oleh bapa mangsa melanggar bahagian belakang traler sarat bermuatan besi yang sedang memasuki lorong sebelah kiri. Akibat pelanggaran itu mangsa yang duduk dihadapan tercampak keluar dan jatuh sebelum diseret sejauh 10 meter.






Edan : Kasihan Wafie meninggal dalam keadaan yang menyayat hati..

2 comments:

Maiyah said...

sedih.. moga rohnya dicucuri rahmat

Hezesuze said...

ya ampun...luluh hati melihat kejadian ni...

al fatihah wat arwah wafie...