07 June 2010

5 golongan paling popular yang menjengkelkan didalam FACEBOOK!

Hadkanlah aktiviti anda di dalam Facebook

Kala ini ramai orang dari segenap lapisan masyarakat kian ghairah mengunjungi laman2 sosial. Ada yang hanya mahu mencari kenalan baru ataupun kenalan lama yang kian lama terpisah, mahu pun mencipta 1 koloni menghimpun orang2 yang punya kesukaan yang sama untuk bertukar pendapat. Dan tak kurang juga mengaplikasikan laman2 sosial bagai lubuk rezeki untuk meraih pendapatan yang tinggi melalui suai kenal produk2 yang mereka hasilkan.

 Facebook kini laman sosial no.1 dunia

FACEBOOK, usah dihuraikan lagi apa hikmatnya kerana ia kini menjadi 1 nadi perhubungan bagi semua penduduk dibumi ini. Satu2nya laman sosial yang mesra pengguna dan punya pelbagai ruangan yang sesekali boleh menambahkan keceriaan dalam berFacebook. Namun setelah melewati beberapa fasa mungkin pengguna tegar Facebook perlu melaraskan semula keaktifan memuncak mereka ke peringkat yang sedap dipandang orang. Bagi yang baru mengenali dunia Facebook marilah kita kenali "5 golongan paling popular yang menjengkelkan di dalam Facebook" agar kelak anda tidak menimpa nasib yang sama(dibenci) dikemudian hari.

TAG


TAG.. Tiada salahnya jika anda seorang kaki mengTAG. Anda mahu apa sahaja yang anda lakukan diketahui kenalan. Tetapi janganlah yang tidak berkenaan dengan individu tersebut diTAGkan. MengeTAGlah pada perkara2 yang mengundang pertambahan ilmu dan sesuatu yang 'universal'. Tidak terhad pada hal2 hanya cerita anda..


STATUS

Mencanang apa sahaja anda buat? Tidak Bosan ke?

Tabiat mengemas kini status dengan kerap (selang 1 jam) amatlah meloyakan! Hebatnya anda mengkhabarkan apa sahaja anda buat hingga tiada ruang sendiri (priversi). Boleh sahaja jika anda mahu terus menerus mengemas kini status anda tetapi hadkanlah jangan terlalu banyak hingga berpuluh2 dalam sehari. Perasan atau tidak semakin kerap anda mengemas kini status, semakin terbukalah pekung didada...!


GAME

Pakar dalam bermain Game di Facebook? Apa masalahnya?

Seronoknya hati bila menjadi pakar dalam bermain game di Facebook! Setiap peringkat yang berjaya diharungi dengan semudahnya! Tetapi, janganlah pula dicanag2 selalu tentang kejayaan tersebut hingga penuh laman dinding anda dengan pencapaian2 yang konon hebat. Bukan mahu iri hati cuma ada tak orang kisahkannya? Banyak lagi yang berfaedah dari melayan anda, lagi pula anda mungkin dicop sombong tatkala ada kenalan yang menyapa anda namun tiada riaksi kerana anda asyik dengan dunia game anda!


KUIZ

Pilihlah kuiz2 yang ada informasi

Ada bermacam kuiz di dalam Facebook. Jawablah kuiz yang berguna pada anda dan semua jika mahu mengajar kenalan untuk mencubanya. Kuiz yang seakan sampah eloklah diketepikan kerana ianya hanya memberatkan otak anda dan pula mengundang kebodohan diri. Mahukan yang terbaik buat diri? Tepuk dada tanya akal!


GAMBAR PROFIL

Berbanggalah dengan rupa anda! Janganlah malu2...!

Situasi ini paling kerap dan kini amatlah dasyat melanda dunia berlaman sosial. Menggunakan wajah atau gambar yang selain dari rupa anda! Mengapa ini harus berlaku? Seharusnya anda hargailah kurniaan Allah pada anda. Lampirkan wajah sebenar anda, tiadanya istilah malu dalam meletak wajah sendiri dalam ruangan sendiri. Atau anda tidak mahu dikenali oleh sesiapa sahaja? Tahukah anda, dengan melihat pada cara anda sebegini orang lain telah mudah mengiktiraf anda sebagai "TIDAK JUJUR". Mungkin anda ada alasan tersendiri, namun jika mahu akan suasana harmoni di dalam berFacebook, janganlah segan meletak gambar wajah anda sendiri..





Edan : Ubah mentaliti anda dari berkata "SUKA HATI AKULAH". Ianya langsung tidak membina dan percayalah anda akan sentiasa ditakuk lama!

4 comments:

Pojiepooh Abdullah said...

5 jer Edan?
Ada kawan POjie nih sampai 9 tau!
http://networkedblogs.com/4zmud

edan coba said...

Pojie..
Iya? Edan dah tahu.. sengaja letak 5... edan maksudkan 5 paling popular.. ;)

El-Zaffril said...

Ape pun... facebook tetap best.... sape yang dok tag2 tu... el delete je terus

edan coba said...

El.. cara awak cakap buat edan terasa.. hehe..
Yerlah edan pon ada gak TAG but mostly yg ada info buat semua!(kebaikkan).. ngeeeee