24 June 2010

Hayati panorama sebenar setelah hujan berlabuh..

lihatlah keindahan sebenar setelah berhentinya hujan

Langit berdentum menandakan saat tibanya hujan. Para makhluk dibumi memahami amaran itu dan mula menempatkan diri mereka ke sudut yang selesa jauh ditimpa air dari langit itu. Kerana hujan tidak kenal siapa, ia turun membasahi segala dibawahnya. Ia menepati tempoh kitarannya ia juga tidak sesekali merubah warnanya yang sekian lama setia jernih dan ia patuh menjalankan rutinnya yang telah direncanakan sang Pencipta. Hujan memikul tugasan yang berat kerana ia datang membersih serata alam dari segala kekotoran dan melengkapi rantaian alam untuk tetap dengan sifat azali agar seluruh makhluk dibumi biru hidup dengan makmurnya....

Justeru itu mari kita menikmati kehidupan setelah hujan berlalu, benarkan didalam hati bersaksikan sisipan panorama dibawah bahawasanya kejadian sang Pencipta tiada tandingannya..
















Edan : Indahnya alam ini setelah gerimis beradu..

No comments: