14 October 2011

Mengapa Siti Nurhaliza popular?

Dato' Siti Nurhaliza


Semua orang inginkan kejayaan tetapi tidak tahu mana satu jalan yang sepatutnya membawa kepada perkataan "KEJAYAAN". Ada yang masih tercari-cari terkadang terhenti kerana putus asa, ada pula yang sudah menemuinya hingga membuat mereka terus mengecapi dengan berusaha bersunggu-sungguh.

Sudah tentu kita mengenali siapa dia "Siti Nurhaliza" bukan? Beliau adalah penyanyi yang dikenali pelbagai peringkat umur dan berbagai bangsa. Beliau begitu cemerlang dalam kariernya sebagai penyanyi. Anda tahu kenapa dia terkenal? Kenapa dia dianggap sebagai wanita yang cemerlang?

Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah


Menerusi buku motivasi "55 PETUA ORANG BERJAYA" kepunyaan Pakar Motivasi Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof, telah mengulas bagaimana Siti Nurhaliza menakluki kejayaan demi kejayaan.

Siti Nurhaliza bukan sahaja berjaya, bahkan sangat berjaya dalam kariernya. Kalau beliau setakat ingin berjaya, sudah cukup dengan memenangi Pertandingan Bintang RTM. Kalau beliau hanya ingin berjaya, sudah cukup dengan penampilannya dalam album 2 by 2. Sebenarnya Siti Nurhaliza tidak mahu berjaya, tetapi beliau mahu sangat berjaya! Kerana itu beliau terus melangkah dan berusaha dengan gigih. Maka barulah kita mendengar nama itu meniti tangga-tangga kejayaan satu-persatu, daripada satu album ke satu album, daripada satu anugerah ke satu anugerah. Itulah Siti Nurhaliza yang sangat BERJAYA!!

Pada mereka yang diluar sana yang mahu menemui kejayaan, maka berusahalah tanpa kenal erti putus asa. Letakkan sasaran anda dari sekarang, cari tahu bagaimana anda harus mencapai sasaran itu dengan meletakkan juga tempoh sasaran anda yang bakal anda takluki.




Edan : Kesabaran dan kesungguhanlah yang akan membawa pada takdir kita dimasa hadapan.