10 November 2011

Angry Bird fenomena luar biasa

Angry Bird

2 tahun lalu ia hanya permainan biasa seperti permainan lain yang dimainkan pada waktu lapang, namun kini dunia bagai gila akan si burung marah (ANGRY BIRD) ini. Tidak mengira peringkat usia, dari anak kecil hingga ke dewasa mudah menerima akan Angry Bird comel ini. Sejak dikeluarkan pada disember 2009, sebanyak 12 juta unit permainan ini berjaya dijual dan makin meningkat permintaannya hari demi hari.

Jaakko Lisalo

Pencipta Angry Bird, Jaakko Lisalo pastinya orang pertama yang gembira kerana ciptaannya menjadi kegilaan ramai. Bekerja sebagai Senior Game Designer di Rovio Mobile, Jaakko Lisalo sejak dari kecil sudah didedahkan dengan dunia permainan. Permainan kesukaannya adalah Game Boy. Hingga kini dia telah mempunyai 60 jenis permainan dirumahnya yang sering dimainkan pada waktu lapang.

Angry Bird

Kenali keluarga Angry Bird

Angry Bird sebenarnya adalah permainan yang membawa tuah kepada Syarikat Rovio Mobila dan penciptanya sendiri, Jaakko Lisalo. Sebelum terhasilnya Karekter-karekter Angry Bird ini, Rovio Mobile telah mengalami masalah kewangan yang teruk. Lalu bermulalah rekaan yang pelbagai hinggalah akhirnya Angry Bird dibina.

video

Video ini memaparkan sejarah terjadinya persengketaan antara 2 pihak iaitu keluarga Angry Bird dan Keluarga Khinzir. Disebabkan perkara itulah Angry Bird sangat berdendam dengan Khinzir sampai bila-bila.


Edan : Minat sangat ngan Angry Bird..!!

No comments: