Guru...
Umpama lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain. Penat lelah tidak pernah menjadi batu penghalang untuk memastikan anak bangsa tidak ketinggalan dalam pelajaran. Seseorang individu yang menerima jawatan sebagai seorang guru meletakkan dirinya dan tingkah lakunya dalam arena perhatian orang awam. Seorang guru mempunyai kedudukan istimewa dalam komuniti. Pengaruh seorang guru dan kesannya terhadap pelajar melampaui sempadan bilik darjah dan sekolah. Guru menjadi model peranan untuk pelajar. Guru bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan semua pelajar. Peranan guru melibatkan semua perkara di atas dan tanggungjawabnya adalah sangat luas.
Kerjaya sebagai seorang cikgu tidak enteng. Seringkali pulang lewat petang. Di sekolah, bukan sahaja mengajar dan mendidik, malah lebih dari itu. Selalu kita mendengar cikgu di sekolah perlu multi skill, kerana berdepan dengan manusia seumpama sehelai kain putih bersih dan bukannya mesin. Cikgu perlu bijak menelah emosi, menjangka kemungkinan-kemungkinan, meraih minat, menabur kata, merawat duka, macam-macam lagi. Bimbingan secara spiritual dengan penuh kasih sayang diperlukan.Kalau seseorang guru atau ulama itu suka diziarahi orang, bahkan tidak jemu menziarahinya menunjukkan guru itu ada sesuatu keistimewaan pada dirinya. Tapi hari ini jarang ulama diziarahi orang kecuali kawan dekatnya.
Madah dari Dragonizer :- (http://dukeamienerev.blogspot.com/)
"Seorang guru adalah seorang pendidik. Jika ia mahu menjadi guru maka jadilah seorang pendidik."
"Jika manusia dihormati kerana ilmunya, pendidik pula dihormati kerana sumbangannya dalam mendidik dan menabur ilmu. Setinggi mana ilmu seorang guru jika dia lokek untuk menyampaikan ilmunya maka sia-sialah dia sebagai seorang guru."
"Pengorbanan guru pada masa kini adalah terlalu besar. Guru adalah cermin jiwa masa depan seorang pelajar."
"Hati seorang guru adalah keras seperti intan. Tegas dan tidak ternilai harganya."
"Jika air mata seorang guru mengalir, maka ia adalah butiran mutiara dari sebuah tasik lautan ilmu yang dalam."
"Jika aku ingin berkias, maka aku akan disalah anggap telah terpesong akidahnya jika mengatakan guru itu umpama dewa yang turun dari langit. Maka tanpa berkias, tanpa makna tersirat, di sini ingin kujelaskan bahawa perkataan pendidik itu adalah terlalu tinggi nilainya berbanding dengan seorang perdana menteri. Kerana guru mampu melahirkan perdana menteri dan pemimpin pada masa depan."
Guru tidak mesti mendidik, yang ramai guru yang memberi ilmu tidak mendidik. Jarang mendapatkan guru dia memberi ilmu dan mendidik sama. Itulah dia guru ikutan. Peranan cikgu di sekolah juga sepertinya sebagai 'in loco parentis' kepada ibubapa sebenar adalah satu amanah yang sangat berat. Jadi cikgu dan bakal cikgu, bersediakah menerima amanah itu?
Edan : Guru sentiasa dikenang kerana jasa mereka yang sentiasa mencurahkan ilmu..
3 comments:
Edan tetiba nk citer pasal guru nie coz td masa dengar Radio RMPP smbil mkn sarapan pagi, adlah DJ nie sebut zaman skunk nilai guru dh mula hilang... jd utk mmberi kesedarn smula 2 edan cuba tuliz kn blog nie. Harap kite semua knang2kn lah jasa2 guru nie.. :D
teruk betul pelajar tue...
macamana lah nak dapat berkat belajar...
kalau buat cikgu macam tue...
budak2 zaman sekarang dah berubah...
tak hormat guru langsung...
Truz trang edan ckap.. edan sngt2 sedey!!!! N rasa cm nk sepak jaa anak murid tu..!!! Edan x takut pd semua 2 asal maruah guru terbela.. N biarlah nk jd pa pon coz Tuhan pasti akn mnolong kita.
Post a Comment