Showing posts with label Sesi Perbincangan Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Sesi Perbincangan Isu Semasa. Show all posts

10 November 2011

Angry Bird fenomena luar biasa

Angry Bird

2 tahun lalu ia hanya permainan biasa seperti permainan lain yang dimainkan pada waktu lapang, namun kini dunia bagai gila akan si burung marah (ANGRY BIRD) ini. Tidak mengira peringkat usia, dari anak kecil hingga ke dewasa mudah menerima akan Angry Bird comel ini. Sejak dikeluarkan pada disember 2009, sebanyak 12 juta unit permainan ini berjaya dijual dan makin meningkat permintaannya hari demi hari.

Jaakko Lisalo

Pencipta Angry Bird, Jaakko Lisalo pastinya orang pertama yang gembira kerana ciptaannya menjadi kegilaan ramai. Bekerja sebagai Senior Game Designer di Rovio Mobile, Jaakko Lisalo sejak dari kecil sudah didedahkan dengan dunia permainan. Permainan kesukaannya adalah Game Boy. Hingga kini dia telah mempunyai 60 jenis permainan dirumahnya yang sering dimainkan pada waktu lapang.

Angry Bird

Kenali keluarga Angry Bird

Angry Bird sebenarnya adalah permainan yang membawa tuah kepada Syarikat Rovio Mobila dan penciptanya sendiri, Jaakko Lisalo. Sebelum terhasilnya Karekter-karekter Angry Bird ini, Rovio Mobile telah mengalami masalah kewangan yang teruk. Lalu bermulalah rekaan yang pelbagai hinggalah akhirnya Angry Bird dibina.


Video ini memaparkan sejarah terjadinya persengketaan antara 2 pihak iaitu keluarga Angry Bird dan Keluarga Khinzir. Disebabkan perkara itulah Angry Bird sangat berdendam dengan Khinzir sampai bila-bila.


Edan : Minat sangat ngan Angry Bird..!!

12 July 2010

Paul.. Sotong Kurita hebat dalam duka?

Sotong Kurita "Paul" mengejutkan dunia apabila ramalannya 100% betul pada Piala Dunia 2010 lalu..

Tugasan tekaan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 si haiwan berkaki lapan ini sudah sampai ke penghujungnya yang telah membuktikan pada seluruh dunia nyata Sotong Kurita yang digelar "Paul" ini memang benar 'Nujum Terulung Dunia'. Tirai dilabuh bersaksikan 'Spain' menang 1-0 kepada 'Holand' setelah setengah jam penambahan masa diberi. Tentunya ramai yang seakan tidak mempercayai akan kebenaran tekaaan si Paul itu. Siapa yang mampu mencari mana datangnya keajaiban yang dimiliki Paul. Teka-teki ini tentunya kekal bersarang dikotak fikiran setiap orang.

 Sotong Nujum yang kini menjadi sebutan dunia

Haiwan invertebrata ini sudah ditakdirkan dari sejak ia dilahirkan bahawasanya ia akan menggalas suatu tugasan yang berat dan penuh risiko iaitu meramalkan perlawanan bola sepak yang disertai Jerman, negara tempat ianya dilahir dan dibesarkan. Ditempatkan di dalam sebuah aquarium khas 'Sea Life Park, Weymouth, England, Si Paul adalah Sotong Kurita yang teristimewa. Penjaganya, "Oliver Walenciak" mengakui Paul kesayangannnya ini amat cerdas seperti anjing yang sukakan masalah dan gemar menyelesaikannya. Paul menjalankan tugasnya dengan permulaannya dua buah bekas plastik berisi makanannya iaitu isi "Kepah", diturunkan ke dalam akuarium tempat tinggalnya di 'Sea Life Aquarium',Oberhausen, Jerman. Pada satu bekas ditampalkan bendera Jerman dan satu bekas lain ditampal bendera penentang Jerman. Lalu mana bekas yang dipilih Paul itulah pemenangnya. Lazimnya ia terus berenang ke bekas tersebut dan duduk membuka.

Namun walau sehebat mana si Paul mampukah ia sentiasa patuh pada suruhan seperti penillikkan berjadual yang dibuatnya sebelum ini? Ia hanyalah haiwan yang juga punya sisi lemahnya. Dunia mengkaguminya tetapi Paul....? Manusia yang punya akal panjang pun boleh mengekspresikan emosi apatah lagi haiwan.... Fikirkan!






Edan : Kesian pada Si Paul.. lepaskan dia ke laut!! Dia mesti rindukan keluarganya..

04 June 2010

Anjing yang tidak dirantai mengundang kecelakaan!

Anjing agresif untuk menjaga keselamatan tuannya apabila diganggu

"Anda sedang berjalan di suatu kawasan yang disitu penghuninya kebanyakkan kaum2 cina.. Anda menggunakan jalan tersebut kerana ia adalah jalan terpantas untuk anda sampai ke suatu tempat dengan cepat. Tiba2 sedang anda berjalan beberapa ekor anjing muncul menerpa menyalak anda hingga hampir ke kaki anda, Jadi apa reaksi anda?"


Itulah sedikit petikan cerita pengalaman penulis dan mungkin sahaja anda jua pernah berada disituasi sebegitu. Sengaja penulis bertanya akan kejadian tersebut kerana punulis yakin anda semua pernah merasai pengalaman sebegitu disalak oleh anjing dan malang pula bagi yang pernah digigit hingga menjadi trauma atau lebih teruk dari situasi yang dinyatakan. Sepatutnya perkara sampai mencederakan orang awam ini boleh dielak jika si tuan anjing sentiasa mengikat/merantai anjing peliharaanya dengan baik. Namun tidak banyak yang berbuat demikian. Mereka mahukan anjing mereka bebas lebih2 lagi pada waktu malam.

Memelihara anjing buat menjaga keselamatan adalah perlu kerana anjing mampu menjaga menghidu orang yang asing yang menyinggah atau memasuki kawasan jagaanya tanpa kebenaran tuannya, bising salaknya itu mampu menjagakan orang sekeliling adanya bahaya ditempat itu. Walau begitu kekadang anjing ada bersifat nakal dan mahu mengusik orang awam yang melewati hadapannya. Mana yang berhati tikus itu alamatnya langkah seribulah dan bagi yang ada keberanian pula mereka mencapai sesuatu dijalan untuk dibuat senjata pertahanan agar si anjing berundur. Tetapi sampai bilakah hal ini akan berakhir jika sikap tuan anjing masih lewa membiarkan anjingnya tanpa ikatan. Setahu penulis adalah menjadi kesalahan membiarkan anjing berkeliaran tanpa berikat.

Ia amatlah merbahaya namun masih dipandang sepi oleh pemelihara2 anjing diluar sana. Selagi belum terjadi sesuatu yang buruk selagi itulah mereka buat tidak endah. Fikirkahlah sejenak wahai pemelihara anjing, kita semua hidup serumpun bangsa dan perlulah ada sikap hormat-menghormati kesensitifan masing2..






Edan : Tunduk pura2 mahu ambil batu jika ada anjing yang datang mendekati...

30 May 2010

Apa ada dengan SALAM?!

Bersalamlah dengan sempurna

Apa ertinya berjabat tangan? Adakah ia sekadar menghulur tangan dan berlalu pergi? Bagaimana pula apabila seseorang menghulur tangan lalu dibalas dengan menyalam main-main? Tahukah kita bahawa menyalam ini melambangkan siapakah kita pada mata pihak disalam? Bersalaman bukan sekadar menghulur tangan tetapi ia seiring dengan niat hati kita iaitu mengeratkan silaturrahim. Bukanlah bersalut niat yang kurang elok atau yang sekutu dengannya.

Bersalaman menjanjikan sesuatu yang amat luar biasa dalam kehidupan sesama manusia. Tidak kira dimana anda berada, apabila saat pertemuan pertama diantara 2 insan pasti adanya salam. Ia bagai pembuka kata dan memberi suasana yang harmoni apabila interaksi bermula. Ia juga adalah suatu perilaku yang sopan jika kita bermula dengan bersalaman. Kita akan dihormati dan bagi yang punya perniagaan besar dan ingin menjalin suatu perkongsian, salamlah penentu anda sukses. Bersalaman ini terlalu banyak mukjizadnya, bayangkan api kemarahan diri yang membuak-buak pun jua boleh dipadam jika kita bersalaman. Apabila anak memohon keampunan dari kedua ibubapanya pastinya salam adalah menjadi tangkalnya.

Justeru itu bersalam ini punya banyak keistimewaanya dan ianya patut di pupuk sejak dari kecil agar kemudian hari budaya ini akan terus menjadi makanan anak-anak kita dan dapat menjadi daging yang elok dan suci dimata semua pihak.






Edan : Ada pihak yang masih tidak tahu erti bersalaman hingga terkadang memperolokkannya!

06 May 2010

Adakah IBU kita IBU BERMUSIM?!!!

Kasih ibu kepada anak tiada bertepi

Diawal kejadian sekalian makhluk Allah semuanya bermula di dalam perut yang dikandungkan selama berbulan-bulan lamanya dengan penuh kesabaran lalu apabila tiba saat kelahiran, nyawa pula dipertaruhkan kerna keperitan melahirkan anak bukan kepalang dan seraya itu juga bergalaslah tanggungjawab besarnya bagi  membesarkan anak itu dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh hingga semut kecil pun dihalaunya agar anaknya itu tidak disakiti. Semua yang terbaik sejujurnya diberikan walau ada yang payah ditunaikan namun rela hatinya berkorban mencari segala akal dan kudrat supaya anaknya tidak dikecewakan. Begitulah pengorbanan sebenar "IBU" buat anaknya hinggalah si anak akhirnya dapat menggapai impian hidup yang sempurna. Jasa Ibu sangat besar buat si anak hingga tidak mampu dibalas setimpal dengan apa yang pernah Ibu lakukan dahulu. Walau itu hakikatnya namun hati seorang Ibu tidak sesekali mengharap sekelumit balasan dari anaknya kerana ianya dilakukan atas dasar kasih sayang yang penuh seikhlas hati. Cuma yang diharapkan adalah ingatan anak terhadapnya baik didalam doa mahupun setiap ketika selamanya.

Ibu tidak akan tunjuk kesedihanya didepan anak-anak

Tetapi... kenapa sampai waktu kita menabur jasa, mengapa Ibu mulai dilupakan?! Beruntunglah si anak yang masih tinggal sebumbung dengan Ibunya kerana boleh memberi perhatian dan kasih sayang setiap hari. Bagaimana pula keadaan si anak yang tinggal asing kerana telah berkahwin ataupun melanjutkan pelajaran? Adakah ingatan terhadap Ibu masih segar? Tetapi cukupkah hanya bersandarkan ingatan sedangkan pulang melawatnya pun jarang atas alasan sibuk. Bukankah zaman kini teknologi kian canggih? Walau ada Ibu yang tidak tahu akan permodenan masa kini setidak-tidaknya buatlah panggilan kepadanya bertanyakan khabar walau seminggu sekali. Berilah sedikit masa kepadanya untuk mendengar suara anaknya. Janganlah terlalu alpa dengan alkisah sendiri hingga terabai kebajikan Ibu. Ingatlah seorang Ibu akan rasa lebih bahagia jika anaknya yang ditatang dengan sepenuh jiwa raga sentiasa memberi perhatian bukan sahaja ingatan sahaja kerna ianya tidaklah cukup,justeru perlulah ada tindakan! Tindakan tidaklah hanya berpandukan pemberian wang ringgit tetapi lebih kepada doa dan curahan kasih melalui sentuhan. Buatlah baik kepada Ibu kerana Allah pasti akan memberi rahmat kepada kita janganlah menderhaka kepada Ibu kerana sedarlah kita bahawa "SYURGA ITU DITELAPAK KAKI IBU..."


SELAMAT HARI IBU (9 Mei 2010)





Edan : Sayangilah Ibu kita selamanya iringi doa apabila selesai solat...

23 April 2010

Pokok Plastik cantik diluar tetapi hakikatnya barah yang merbahaya!

Tumbuhan plastik dan yang asli tiada beza pada zahirnya..

Sejak kebelakangan ini suhu diseluruh dunia telah mengalami kepanasan yang luar biasa. Tentunya yang merasai bahangnya adalah makhluk-makhluk dibumi ini yang kian resah menanggung ketidak selesaan untuk menjalani kehidupan harian. Dahulu kepekaan terhadap isu ini sering dipandang enteng oleh sesetengah golongan manusi yang mungkin sahaja kurang diberi penjelasan apa sebabnya terjadi pemanasan global. Tetapi kini pelbagai pendekatan yang dibuat bagi mengurangkan keruncingan situasi tersebut. Pihak media massa turut berganding menyiarkan artikel tentang kemusnahan alam akibat kepanasan bumi bagi menyedarkan rata-rata penduduk bumi. Tetapi tahukah kita yang sebenarnya kita terlepas pandang?!

Bagi yang malas, ikutilah cara sebegini

Dahulu, tumbuhan-tumbuhan tiruan atau digelar "Pokok Plastik" memang terkenal menjadi hiasan didalam rumah serta pejabat-pejabat. Kata mereka "pokok plastik cantik dan tiada karenah lagi pula dapat tahan bertahun lamanya! Tetapi kalau tumbuhan asli " Pokok Hidup" pula sangat menyusahkan!! Nak kena siramlah, bajalah, gemburlah, mesti dibawah pancaran mataharilah dan berbagai lagi!!" Hal sebegitu ada logiknya, mana mungkin pokok hidup ditanam didalam rumah! Penjagaan pun lebih bertambah dan tentunya menimbulkan rasa malas. Tetapi kini pokok plastik tidak lagi disudut dalam, ianya telah berleluasa menghiasi taman-taman jadian yang hanya manis dipandang. Kita semua tahu pokok plastik adalah tidak bernyawa, dan semestinya tiadalah kelebihan yang bisa kita nikmati berbanding tumbuhan yang hidup. Oksigen tidak dijana, Karbon dioksida tidak diserap malah menjadi sarang nyamuk. Memanglah ianya cantik dimata tetapi fikirlah, jika sifat begini kita junjung maka walau sebesar mana pun tindakan diambil kita tetap ditakuk lama. Jadi berubahlah dengan menukar pokok plastik kepada pokok hidup......






Edan : Trend penggunaan pokok plastik hiasan sudah menjadi barah dan wajib dihentikan!

05 March 2010

Surat Berantai... Boleh memberi Kebahgiaan?!

 
Edan Coba dapat 1 Sistem Pesanan Ringkas lah!!!


"Innakala minal mursalin a'la siratil mustaQim Tanzilal azizir rahim Litunzira qaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun...
Kirim surah Yaasin ini minimal 10 orang Insyaallah 2 jam kemudian kamu akn m'dgr khbr baik & m'dpt kbhgiaan, demi Allah ini amanah dan jgn dhapus sblm disebarkn. Amin"

SURAT BERANTAI!!!!!!!!!!! Haihhh Mak Su, percayakah semua2 ini? Takkan lah dengan hanya berbalas kiriman sms sebanyak 10 orang kita akan mendapatkan apa yang dijanjikan? Kalau semua orang menggunakan idea sebegini konon mahu peroleh kebaikkan maka dunia ini penuh dengan manusia yang hanya duduk goyang kaki sambil kirim 10 sms! Huhhh! Sampai ke tahap itu? Bagi pembaca Blog Edan Coba, mahu percayakan Surat Berantai ini terpulanglah.. Dalam Al-Quran sendiri pun tidak pula tertulisnya tentang benda2 ini.. Dan keyakinan edan coba terhadap Surat Berantai ini hanya 1 gurauan adalah kerana baru2 ini ceramah agama yang edan telah ikuti di corong radio RMPP(Radio Malaysia Pulau Pinang) salah seorang Ustaz mengatakan ianya usahlah dipercaya, takut kita terpesong pula.. Mahu percaya atau tidak terserah..Tapi jangan sampai jadi macam yang edan telah katakan tadi sudahlah.. Gunalah akal untuk membuat sesuatu, kerana bila kita mengirimkan benda2 sebegini orang yang menerima itu pasti menganggap yang bukan2 tentang kita.. Mahu kah diri anda dicorak sebegitu? Jadi fikir2lah... Surat Berantai hanya sekadar mainan sms..





Edan : Tidak pernah membalas segala Surat Berantai. mahukan sesuatu? Berusahalah semahu2nya!!!

25 February 2010

Melastik Burung itu hebat?!!

berbincang apa itu?


"weiii!!! Lastik!!!! Lastik burung tuh!!! Kite tengok kene ker tak... Alaahh!!! Terbang plaq die?!!!!"

Apa yang kecoh kat luar sana tuh?.. Tetiba perhatian edan tertumpu kepada sekumpulan budak2 yang riuh dari tadi.. belum sempat menikmati suasana sepi waktu lewat petang itu ada pula yang memang sibuk dengan aktiviti lara sendiri.. Main LASTIK BURUNG!!!!

Hai dik!!.. Dah tak ada ke permainan lain yang tidak mencederakan?!.. Kenapa lah ekk dik2 pilih nak main Lastik2 burung nih?!.. Haiii tak ke adik semua punya hati perut?.. Tak kasihan kan pada burung2 itu ker?.. Sakit tu adik!!.. Cuba kita plaq yang kena lastik macam yang adik buat itu, mesti azabkan?!!... Dik... memanglah seronok yerrr adik2 dapat tunjuk kehebatan adik2 pada kawan2 semua tentang kehebatan melastik tepat pada burung... sampailah burung itu kedebuk jatuh macam nangka busuk... Lepas itu adik ada tak cuba cari burung itu balik dan periksa apakah keadaan dia?.. Dik.. kalu dia tak mati alangkah seksanya dia adik... Tapi kalu pun dia sudah mati adik ada tanamkan?!.. Adik2... kenapa nak buat aktiviti yang kejam macam ini?.. Adik bukan tak punya otak untuk memikirkan apa burung itu rasa?... Kalau setakat nak lastik tepat pada burung itu hingga jatuh itu ada rasa bangga.. TAK PAYAH LAH!!... Kawan2 adik tu ada ke nak bagi ganjaran TV PLASMA 60 inci? Mak bapa adik ada janji nak hadiahkan Laptop sebuah untuk kejayaan adik nih?.. Kalau ditakdirkan ada pon(mana taw ada competition plaq!) ada kah itu semua lebih bernilai?.. Dik... kan nyawa itu lebih berharga dari segalanya adik2.. Waktu usia seperti adik2 ini baik saja kehebatan itu ditunjukkan di kertas peperiksaan.. Kan lebih bermakna!!



Edan : Beristigfar ketika melihat kanak2 tersebut sedang melastik burung2 yang tak berdosa..

15 November 2009

9 Filem Terhangat Tentang Kejadian Hari Kiamat




Filem kiamat terbaru 2012
Filem yang dihasilkan merujuk tentang kepercayaan kaum MAYAN yang mempercayai dunia akan kiamat pada 12 Disember 2012. Pertemuan kalender berkesudahan 21122012 itu menandakan pengakhiran kalender yang tidak sengaja ditemukan dibawah runtuhan di Mexico. Kaum MAYAN memang terkenal dengan kebijaksanaan dalam bidang Matematik dan Astronomi.


The Day After Tomorrow
Dihasilkan bertujuan menyedarkan penonton tentang bahaya pemanasan bumi yang mampu mengundang malapetaka amat dasyat serta mengancam kesejahteraan seluruh dunia. Turut diinspirasikan dari buku "THE COMING GLOBAL SUPERSTORM" hasil tulisan ART BELL dan WHITLEY STRIEBER.


Tsunami @ HAEUNDAE
Filem termahal korea yang menelan kos sebenyak RM 50 juta. Filem tercetus dari kejadian Tsunami 2004 yang dasyat ini mengangkat air sebagai bencana alam yang mampu meragut jutaan nyawa manusia.


Knowing
Filem ini mengisahkan seorang pelajar yang ditemui dengan tangan berdarah akibat mencakar setelah mendakwa tidak tahan terdengar suara bising. Setelah kejadian itu dia mendapat idea bagi projek lukisan mereka dengan menggunakan digit-digit. Pada tahun 2009, lukisan tersebut sampai ke tangan seorang pelajar yang bapanya seorang profesor. Bapanya berminat dengan lukisan itu namun menyedari keanehan digit di lukisan itu yang menandakan 3 baki malapetaka yang bakal berlaku setiap 50 tahun.


Deep Impact
Filem yang ditayangkan pada tahun 1998 ini mencetus impak buat filem sains fiksyen tentang bahaya hentaman komet dan persediaan menghadapinya.


Armageddon
Filem propaganda dari Amerika apabila kelogikannya memang manusia tidak mampu melawan hari kiamat jika ianya berlaku. Namun filem ini memungkinkan segalanya kerana apa yang tidak mampu dilakukan manusia boleh dilakukan dengan watak utama filem ini diterbangkan ke angkasa lepas untuk menyelamatkan bumi.


The Happening
Filem yang satu-satunya mengunakan ANGIN sebagai plot utama dalam menyebabkan kematian manusia menerusi Virus misteri yang dibawa oleh angin. Kehadiran seorang guru sains menemukan penyelesaiannya dengan melawan arus angin.


Sunshine
Matahati akan 'mati' dalam tempoh 50 tahun lagi itulah yang ditunjukkan di dalam filem ini. Filem yang diterbit pada tahun 2007 ini mengisahkan usaha sepasukan pemyelamat dalam usaha mengembalikan kuasa matahari namun menemui kegagalan dan tujuh tahun kemudia sepasukan lain dihantar lagi dan mereka berjaya menyelamatkan matahari.


Long Road To Haven
Filem ini diharamkan di Bali, Indonesia kerana ia menyentuh sensitiviti mereka dengan memaparkan kisah pengeboman berani mati dibali pada tahun 2002. Walaupun tidak mengisahkan kehancuran bumi namun masih disenaraikan sebagai filem berunsur 'kiamat' kerana menceritakan polemik jihad orang muslim dalam beriman pada hari kiamat dengan mengorban nyawa manusia.



Edan : Hanya filem The Day After Tomorrow sahaja yang pernah ditonton.

11 November 2009

Lagu Dahulu Dan Kini Mana Lebih Berkesan Di Jiwa?!


Lagu dahulu lebih menangkap jiwa...

Lagu-lagu baru sekarang tumbuh bagai cendawan selepas hujan... banyak elemen baru dicuba Komposer alaf baru ini untuk dimasukkan dalam lagu ciptaan mereka tetapi.... berkesan ke jiwa kita atau tidak?... tentunya awalnya kita memang sangat menyukai ciptaan baru itu kerana kelainan muziknya yang lebih ke arah kebaratan... tetapi percaya atau tidak makin lama makin pudar, padam kita hendak mendengarnya lagi dan seterusnya kita pula beralih pula ke citarasa yang lebih baru... itulah kesan nyata muzik zaman sekarang yang hanya dicipta untuk menyamai dengan lagu-lagu negara luar yang kini mereka jauh lebih maju dan moden...

Tidak dinafikan lagu sekarang sudah kurang jiwanya lantas menyebabkan kita masih menyanjungi lagu-lagu dahulu yang lebih menusuk kalbu dan tidak akan lapuk ditelan zaman... begitulah apa yang penulis rasakan kini... Keberkesanan aspek keseluruhan lagu dahulu punya elemen sentimental yang tinggi... Walaupun mempunyai kekurangan kepelbagaian muzik bernafas moden tetapi setiap bunyian muzik dahulu ada nyawanya... ditambahkan lagi perletakkan lirik yang dekat dijiwa sesungguhnya menjadikan lagu-lagu dahulu amat BERHANTU!!!... Masa semakin berlalu begitu juga pencipta/komposer lagu... Komposer terdahulu yang mencipta lagu-lagu tangkap leleh kini sudah semakin kurang... Ada yang berusaha menempatkan karya mereka dengan membenarkan elemen moden dalam karya lagu ciptaan mereka namun malangnya pula jika mereka mahu mencipta lagu yang seperti karya terdahulu lagu tersebut memang HANCUR!!!!... Bahkan boleh dicop KETINGGALAN ZAMAN!!... penulis akui penangan idea komposer dahulu untuk lagu terkini sudah pudar dan beruntunglah pada yang gigih belajar dari kesilapan lalu mengikut seiring pemintaan halwa muda-mudi kini!

Walau bagaimanapun lagu-lagu dahulu masih lagi mendapat permintaan hangat... permodenan seni muzik kini tidak akan mampu menenggelamkan keistimewaan lagu-lagu terdahulu yang penuh dengan kejiwaan... Tidak kira dalam suasana sedih mahupun girang kita masih menuntut lagu-lagu dahulu... selain melayan kelunakkan suara artis tersebut kita dapat mengimbau kembali nostalgia yang berlalu... tanpa kita sedar airmata mula membasahi pipi...



Edan : Lagu2 dahulu memang jiwa hbs!!!!... Sonoq layan smpai nak meraung!!! Huhu...

27 October 2009

Sejadah Berdiri? Apa Sebabnya?

Sejadah berdiri mengemparkan penduduk disitu...

Minggu lepas kecoh satu Malaysia mengenai kejadian Sejadah Berdiri ini... Menjadi perbualan hangat dimerata tempat... Pastinya pelbagai spekulasi yang diberi dek keanehan kejadian yang berlaku tanpa dapat diterima oleh akal logika... Amatlah menghairankan sejadah dapat berdiri sendiri lalu menyerupai pula orang sedang bersembahyang duduk diantara dua sujud... Bagi anak kecil mereka mungkin tidak faham akan hikmah sebenarnya kejadian ini... kerana bagi mereka itu hanyalah sejadah yang tersusun sebegitu rupa melainkanlah mereka dihasut orang dewasa kejadian ini berlaku kerana ada HANTU! ... Itulah yang merisaukan kita dan akan menjadi masalah besar pula kerana orang yang sudah tahu akan buruk baik sesuatu dan punya akal yang waras berfikiran menyimpang... Haruslah diingatkan kita sebagai seorang Islam wajiblah mengutamakan Allah S.W.T. dalam segala hal... Dengan demikian terhindarlah diri kita dari kekhufuran langsung...

Semakin banyak kes sejadah berdiri muncul akhir2 ini...

Bagaimana pula jika penulis merasakan berkemungkinan adanya unsur mistik di dalam kejadian ini... Mistik yang seperti seseorang yang menggunakan ilmu hitamnya dan membentuk sejadah bekeadaan sedemikian... Tujuannya amatlah terang lagi bersuluh kerana pastinya pihak tidak bertanggungjawab itu mahu menyesatkan umat Islam... dia percaya perkara ini amatlah menarik perhatian umum dan mudah pula mempercayai apa sahaja yang dilihat mata kasar... sangatlah malanglah bagi umat Islam yang akalnya kosong dan tiada kesedaran rohani iman dalam diri... tentunya yang terlintas difikirannya adalah terus mempercayai di dalam sejadah itu ada SESUATU yang harus ia takuti!... dan selepas itu bermulalah kehilangan sejadah kerana dicuri dan dipuja untuk kepuasan nafsu syaitannya atau pun ketakutan untuk menggunakan lagi sejadah itu untuk bersolat kerana takut dikacau oleh hantu itu!

Sesungguhnya beristigfarlah kita sebanyak mungkin... kerana kejadian ini berlaku atas sebab tertentu... jika dilihat dalam mata hati Islam tentunya ini adalah HIKMAH dari NYA!... Tuhan mahu mengingatkan kita para umat Islam yang dikasihinya supaya ingat pada NYA!... kita mungkin sudah terlalu jauh dari sisi NYA dan alpa tentang janji pambalasan NYA bagi yang melupakan NYA... Janganlah kita terlalu menikmati keindahan syurga dunia yang sementara ini kerana kelak kita yang rugi... berubahlah sekarang dan tujuilah jalan yang benar!!!


Edan : Sejadah berdiri suatu AMARAN utk kita supaya beringat pada Allah!!

02 October 2009

Wahai Teman! Dimanakah Rumah Mereka??!!!!


Menjadikan kaki lima kedai sebagai tempat tidur

3 hari lepas iaitu 30 Sept... aqu ke Kassim Mustaffa Lebuh Chulia utk membeli makanan utk dibuat juadah sahur kerna aqu berpuasa 6... sedang asyik menunggu siapnya pesanan aqu terpandang beberapa orang sedang enak dibuai mimpi di KAKI LIMA!!!... Entah kenapa aqu kali ini rasa kasihan kerna sblum ini sudah banyak kali aqu lihat tapi tidak pula peduli... tertanya aqu apakah punca mereka menjadi sedemikian?!... Apakah dosa2 dan kesilapan lalu telah membentuk takdir mereka sebegini?!... Atau mungkin sahaja mereka terlalu seronok dengan cara hidup sedemikian hingga berkesudahan sebegini... Ruginya umur itu... berlalu pergi tanpa berpeluang berbakti pada mereka... Inilah akibatnya jika terlalu turutkan kata hawa nafsu... tentu sahaja binasa hidup dan hilangnya pedoman dlm menentu hala tuju akal fikiran... Iktibar yang dapat aqu kongsikan disini adalah marilah kita hidup dengan berlandaskan akal sihat dan pastikan NUR IMAN tetap bertunjang membuah dlm hati kita semua...


Edan : Mohon petunjuk dari Allah jika buntu menentu jalan yang sebaiknya...

25 August 2009

Bulan Ramadhan VS Bulan Hantu

2 bulan ISTIMEWA bertemu 2009

Bulan Ramdhan bulan mulia Islam disambut pada 22 Aug - 19 Sept... manakala Bulan Hantu bg kepercayaan pengganut2 Budha jatuh pula pada 20 Aug - 17 Sept... Jadi apa masalahnya?!!...

Bulan Ramadhan kita sebagai umat Islam sedia maklum yg pada malamnya kita menghadiri ke Masjid utk bersolat Tarawih secara berjemaah adalah untuk memperoleh fadhilat pahala yg menimpah ruah dan senang pula kita peroleh di samping mendapat keampunan dari yang ESA... Bulan Hantu utk Budha plaq malamnya adalah sebuah konsert khas utk menjamu mata para hantu(roh2) yg dibebaskan sementara dari Neraka!!...

Pertembungan 2 bulan ini memang mengelirukan aqu sebentar... coz Islam kita mengatakan pintu neraka ditutup rapat, Syuga pula dibuka seluas2nya... Roh2 Islam turun ke bumi melawat sekalian ahli keluarganya... Pengganut Budha percaya pula Neraka dibuka bg melepaskn roh2 si mati ke bumi... TETAPI!!!!.... Perlulah diingatkan jika suda smpai ketahap ini maka berbaliklah semula pada ajaran Islam... Kenapa?!!... Sudah pasti yang benar dan telah dibuktikan dari Kitab suci Al-Quran tertulis bahawasanya Bulan Ramadhan adalah yg sebenar2nya(takut menyimpang plaa bila pikir2 sangat)... dan ganjaran tersebut bukan 1 rekaan... Jadi Bulan Hantu adalah 1 kepercayaan tradisi...

So... uolz semua jika kita bertemu persoalan tersebut cepat2 lah beistigfar k!... agar keteguhan Iman kita terpelihara dari hasutan anasir luar...


Edan : Dulu time skolah rendah percaya citer Bulan Hantu but today... Belong to ALLAH!!!!

Anak Menyuruh Ibunya Sendiri Meminta Sedekah?!!

Kasihan... Ibu tua yg dianiaya anak sendiri!

25 Aug... seawal jam 6 ptg tadi sedang asyik aqu mencari bahan utk penulisan "Bulan Hantu" (kejap lg aqu post kn..)... terjumpa 1 entry yg sangat menyayat hati aqu!!!... Aqu membaca dengan perasaan sedih!!!!... Kurang ajarnya anak perempuannya ituew memperlakukan ibunya sedemikian rupa!!!!!!... Patutnya si ibu disuruh berehat dan si anak mencari makan utk menyuap si ibu yg dahulunya telah bersusah membesarkannya!!!... Ini tidak TERBALIK!!!!!!!!!!!!!!

Utk cerita lanjut & terperinci jom Uolz kita lawat blog Kak ni!!!... Beliaulah yg mengalami sendiri semua itu.... Thanx pada akak tersebut yg menulis entry tersebut... rasa insaf plaq edan coba kalu2 tersalah cara pada mak... huhu!!!... MAK!!!! EDAN SAYANG MAK!!!(mak baca x blog aqu?)

IBU KUMBANG - aku suka merepek
"Milik Siapakah GADIS Ini"




Edan : Sayangilah sepenuhnya kedua ibu bapa kita sementara mereka masih ada...

17 August 2009

Bulan Ramadhan Kian Tiba... Bersediakah Anda?!

Patuhi tanda-tanda sebegini agar kita kelak memperolehi keberkatan Ramadhan

17 Aug... kurang dari 5 hari kita yang beragama islam akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak... Satu2nya bulan yang paling banyak ganjaran dan keberkatan... bulan yang juga banyak menguji kekuatan iman dan sejauh mana ketaatan setiap dalam diri tiap umat islam terhadap Pencipta yang SATU.... datangnya hanya setahun sekali dan cepat pula berlalu pergi... orang yang beriman sudah pasti menantikan detik2 tersebut dengan gembira kerana bagi mereka setiap ibadat itu dapat diasah dan pertingkatkan lagi serta mudah mendapat keampunan dari ALLAH S.W.T... setiap ketika diawasi agar diri tidak terlampau cara... tetapi bila tibanya saat bulan ini berlalu mereka rasa yang amat sedih dan mengharapkan Tuhan memanjangkan lagi umur mereka agar tahun depan dapat ketemu semula... namun bagi yang alpa... tiada istimewanya bulan Ramadhan ini disudut hati mereka... mereka tiada rasa nikmat beribadat hanya lapar dahaga bertamu di fikiran... maka rugilah mereka apabila bulan mulia tidak dihayati sepenuhnya dan di terjermahkan dengan berkesan... lumrah sifat manusia sememangnya sebegitu rupa... yang dihadapan mata selalu tidak dihargai... hanya keluhan sesal berlagu di penghujung hari... janganlah kita menjadi seperti mereka yag rugi... demi itu marilah kita wahai umat2 Islam bertafakur sebentar dan menanam azam suci beribadat dengan sebaiknya hanya padaNYA pada bulan Ramadhan yang hampir tiba ini... buangkanlah segala cela yang telah menjadi sebahagian diri kita sekian lama... cuba lahirkan jiwa yang baru penuh dengan keinsafan dan keimanan... Amin...

Edan Coba mengambil kesempatan ini mengucapkan:-

"Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak"


Edan : Sedang mengimbas diri.. harap yang baik dapat dilipat gandakan...

03 August 2009

Usia Senja Bukanlah penjamin Kekuatan Iman..

Memang betullah apa yang pernah dikata orang... iman itu tidak semestinya semakin kuat apabila usia meningkat kekadang lagi menjunam dan makin hanyut... inilah yang terjadi pada sebilangan orang yang berusia... kalau yang terbuka pintu hatinya maka taatlah dia pada perintah Allah s.w.t... tapi bagi yang alpa dan masih lagi belum puas dengan nikmat dunia yang sementara seronok menyimpangi dan baginya esok masih ada untuk bertaubat... begitulah selanjutnya sehingga dia meninggal dalam kesesatan...

Ingin sekali aqu coretkan kisah yang telah berlaku baru-baru ini dihadapan mataku mengenai usia sudah lanjut tapi hati masih terasa muda... Pak Cik Pengawal Keselamatan tempat aqu itulah orangnya... aqu nk berkongsilah dan mengharap pendapat adakah patut dibiarkan atau aqu perlu memberi nasihat... Pak Cik ni adalah pengganti kepada Pak Cik Manaf yang dulu... kerana Pak Cik Manaf telah ditukarkan ke tempat lain atas alasan lesen senjatanya tidak mendapat kelulusan lagi kerana usianya telah mencecah 60 tahun... oleh itu Pak Cik yang baru ini menggantikan dia... Orang gelar dia "MAT BOTAK"... becouse dia botak ditengah kepala... dia juga pendek dan paras rupanya saling tidak tumpah seperti rakan kerdil cerita kartun"Snow White And The Seven Dwarfs"... lucunya aqu acap kali melihat wajahnya... bukan berniat hendak menghina tapi ini kenyataan!!!

Pak Cik ini tidak pernah berumah tangga... jadi dia adalah bujang lapuk yang terlajak sudah!!!... aqu sebenarnya tidak menyukainya sangat... kerna dia agak pemalas dan merungut tentang kerjanya yang bosan lagi mengantuk... lihatlah betapa teruknya sikap dia!... seharusnya dia bersyukur kerana orang masih menerimanya bekerja... ini tidak langsung tidak punya motivasi diri... bukan itu sahaja dia juga banyak bercakap!... hingga benar mengganggu kerja aqu!... pantang menyentuh sesuatu topik pasti dia sendiri panjangkan dan menambah!... lagi satu dia juga suka menyinggah tiap kali aqu membaca surat khabar!... maksud aqu apabila aqu sedang asyik membaca dia akan tanya itu ini hingga aqu rasa tidak selesa!... yang peliknya sebelum itu dia dah pun membacanya... tapi entahlah kan mungkin dia sekali imbas lah agaknya...

Hairan aqu pada Pak Cik nie mngenai 1 sikapnya yang suka bermain nombor judi!... dia tidak sedarkah dia sudah hampir penghujung usia?... asyiknya dia menyemak nombor itu sambil berharap nasibnya baik terkena salah satu nombor itu... dia sanggup menulis berpuluh nombor dan membeli kesemuanya dengan jumlah RM10.00... entah sudah berapa jumlah wang yang telah dihabiskannya aqu pun tidak pasti... bagus sangat kah duit haram itu?... setahu aqu Tuhan melaknat kita jika kita memakan hasil haram!... segala amal menggunakan duit itu tidak memperoleh pahala malah dosa pula yang diterima... 3 hari lepas ada berlaku 1 kejadian.... aqu rasa amat kasihan pada dia... kerana hendak makan pun tidak punya wang... mulanya dia memesan Nasi lemak 2 bungkus dan Kopi O tapi lepas dia selup sakunya hanya yang tinggal duit syiling sahaja... dengan pantas dia terus menukar pesanan tadi dan hanya mahu sebungkus nasi lemak sahaja... air pula katanya sudah memadai dia dapat meminum air masak... tidak sampai hati aqu dengan keadaan itu aqu pun belanjalah dia... dia berjanji hendak membayar balik kerna takut termakan budi... tapi aqu menolak kerana aqu ikhlas!

Itulah akibatnya jika selalu menghabiskan duit ke jalan haram!... macam mana perbelanjaanya harian pun aqu tidak tahu... dia masih bujang tapi bila tiba hujung bulan duit dah kering!... lagi pula dia ada elaun senjata!... malas lah aqu hendak mencampuri urusan dia... dia dah besar dan sepatutnya sudah tahu mana baik buruk sesuatu perkara... aqu berharap dia berubahlah sebelum ajal datang menjemput...


Edan : Kebanyakkan pengawal keselamatan suka berjudi!!

17 July 2009

Janganlah Kedekut...

Meter parking berwaktu

Alahai...!!! susah plaq kan bila dah jadi kaya kaa @ pon berpangkat besar!!!... duit tertelan 40 sen da kecoh merata!!!... mengalahkan aqu yg maintain jaa walau papun happen!... coz aqu taw salah kite gak klu da taw meter tu telan duit yang g menambah2 kn lg tu pe barang!!!... Alkisah, Mr. Teoh pembantu pengurus pengawal keselamatan kat tempat keje aqu ni HANGIT ngn meter2 kat town ni!!... katanya die x tahan coz asyik menelan duit jaa!... aikkkk gaji punya lah bosar tp hilang 40 sen tu pon bising2!!!... Cehhh!!! KEDEKUT PAIT!!!!!(hmbk hang!!)... perlah sngt kan HALALKAN jaa!!... nk vuat cm ner klu die nk telan, x knlah nk dihempuk kot?!... x yah lah dok canang2 kat merata owg mcm lah owg x der keje laen nk mendengar keluhan propa tu!!... BINGIT TELINGA TAW!!!!... pape pon aqu da bg sepatah dua kat die... "40 sen jaa Mr. Teoh!! Rileks arrr!!!"


Edan : Meter kat town ni mmg kerap gelong weiii!!! Geram2 aqu, aqu hmbk kertas tampal word"ROSAK"!!!!... so FOC lah!!!! hehehe...

16 July 2009

Wang Kertas Baru Sangat Selamat..

Wang kertas RM50 baru

semalam dengan rasminya penggunaan wang kertas baru 50 yang serba canggih ini di luluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)... Wang kertas terkini ini menggabungkan ciri2 keselamatan yang jauh lebih selamat dan punya reka bentuk yang pelbagai serta pemainan warna yang beraneka ton!... Ini semua adalah untuk demi membendung gejala pemalsuan wang kertas yg semakin meruncing kebelakangan ini.. wang kertas akan digantikan secara berperingkat2 hinggalah penggunaannya secara menyeluruh di umumkan nanti... Namun, wang ini tidaklah dapt digunakan di ATM buat masa terdekat ini... kerana struktur permukaan kertasnya yang lain menyebabkan Mesin Teller Automatik tidak dapt menerima sehinggalah ianya di pertingkatkan kelak...


Edan : Mungkin selepas ini tiada lagi wang palsu RM50!!... Tapi wang lain plaq yang menjadi SASARAN!!!!!

10 July 2009

Toilet Kotor Siapa Nak Masuk?!!!

Alangkah bahagianya Toilet2 di Malaysia sebersih ini...

Today tergerak lak hati aqu ni nk post entry tentang tempat yang selalu kita suka termenung... mau x termenungkn nk tunggu sebutir2 jatuh keletup2!!(eeii!! hehe..)... sblum tu pada sapa2 yg tengah menyumbat tu sila hentikan coz tak pasal2 keyboard berlautan muntah kot!... coz bkn semua orang leh accept citer2 'jamban' nie!!!!... haaaa!!! k!... tetiba kn nk tuliz tentang benda nie!... nak diikutkan dah lama aqu dah nk tuliz tp asal lupa jaaa!!... so now ari ni aqu dh teringat aqu nk tuliz lah!!!... lg plak kat tempat keje aqu pon der gak kes mcm ni!(hari2..)
Gggrrrrrrrr!!!!... ada brani?!!

Beraaaaaakkk!!!!!... Kencinnnnnnnngggg!!!... tu kiter taw kn?!(x taw tu giller lah!!).... pandai kita melepaskn segala yg terkandung dlm perut tu!(x yah suruh!!)... Toilet yg bersih semua orang berkenan masuk n siap bersolek2 + hisap rokok lg dlm tu!... der yg smpai sanggup berjam2 lamanya!!!... klu x pon buat projek MEGA!!!!... (claaaaaaaazzzzz mak suka tu!!!... chooii!!)... cuba dapat yg penuh tahi2 palat kat keliling tu than ader plaq air2 kuning stil di lantai tu... maunya jengok jak x brani masuk!... pastu siap ngn package cecarutan plaq tu!... yg penting ayat "BUSUK MENGUAP" x hbz dok kuar!... Geram aqu kat owg2 cm nie!!!... dah taw kotor tp bla dah melepaskan sengsara n nikmat tu x nk plaq bersihkan!... TAK BERTANGGUNGJAWAB LANGSUNG!!!!... tinggal ja cm tu!... oohhhhh ingat mak bapak hang punya kaa?!!!... tp klu mak bapak hang punya pon confirm lempang dah hinggap kat pipik tu!!... klu x merah pon gigi 1 dh selamat jatuh x yah tunggu gigi rosak!!!...


Tolonglah ekk jaga kebersihan Toilet!... aqu taw mereka2 ni mmg malas!... malang sungguh kan orang2 cm ni!... die x dapt didikan yg sempurna dari kedua orang tuanya!... haiiihhhhh!!!... cuba teladani aqu!(pewiiiitttt!!!)... ni siap tolon bersihkan taw bla melepas!... sembur air guna hos kat segala penjuru smpai bersih!... sambil2 tu nyanyi lagu "Ku Mahu"(paham2 ja lah cek mau haper!hehe..)... tapi klu dah permanent kotor tu x kn nk disental2 skali kot? (Melampau daaaa!!!)... nantu x der keje plaq bangla2 ni!... lepa pon klu rajin tu terlebey suda!... belum hbz kencing mop dah singgah kat celah2 pintu!... tunggu kita mengangkat kaki jaa trus dia mop!!... mcm lah kotoq sangat!hamboi2!!!!... nasib edan coba ni punya kesabaran yg jitu!... klu x masakan die fofular melata2!!!!(haaa!! cz mulut ketaq dah!!)...

so sapa2 yg dah baca entry aqu nie silalah berubah... coz Toilet ni jgk memainkan peranan dlm wangi busuk nama negara... bla dah bersih berkilauan, pelancong2 akan senang hati & sanggup terbang wit flight semata2 nk BERAK!!!! keh keh keh....


Edan : Masa tulis entry ni pon dah nak termuntah!!! :-P

Idea Cedok menang?!!!

Beruk makye tengah merempit!!!!

Cuba uolz perhatikan pic ni... kalu uolz sememangnya KAKI TENET nie ofcoz lah taw pic nie berlambak2 dlm tenet!... Alaaahhh g jaa kat Google search n taip "Rempit" pasti ada beruk2 malatop nie!!!... entry kali ni aqu nak cakap ckit tentang idea yang dirompak n last2 die menang!!(rugilah menang tanpa usaha sendiri!)... Artikel ni aqu hbk dari paper THESTAR!... halaman befoto & menang wang!... Si pencedok ni ternyata bijak!... die hantar pic yg kita tak tahu entah siapa lah tuan empunya pic!... aqu mmg knal sngt lah coz sblum ni SAERAH rakan blogger aqu pon der pakai gak letak di entry die!... Tp tulah bebel aqu ni bkn nya nk dapt pape... lagi pla die dah pon vejaya menang RM50.00!!!... (waaaaahhhh!!!.... bangga lah tu!)... bukan nk cemburu cuma aaiikkkkkkk terkejut jak!... ingatkan mereka nk kan keaslian!...


Edan : Sukakan keaslian... nk cedok2 p balik umah cedok bubuq!!!