Showing posts with label Mari Ketawa. Show all posts
Showing posts with label Mari Ketawa. Show all posts

10 October 2011

LAWAK 7 - WAD



Ada seorang makcik dari negeri Kelantan datang ke HKL untuk melawat saudaranya yang jatuh sakit. Sampai sahaja di sana dia terus bertanyakan kepada seorang jururawat dalam loghat Kelantan.

Makcik : Nak, tupe tanyo, mana dio waad kecemase?

Jururawat : Wad KENCING MASAM tak ada, wad KENCING MANIS ada la makcik...!

Makcik : (Garu2 kepala..)



Edan : Jururawat tu kena masuk kelas bahasa Kelantan.. Kesian kat makcik tu..

29 July 2010

Lawak 6 - Sakit Mental


Di sebuah hospital bahagia, seorang pesakit mental menganggap dirinya sebagai jagung, bukan manusia. Oleh itu, dia sangat takutkan ayam kerana ayam suka makan jagung. Setiap kali ternampak ayam, dia akan lari lintang-pukang kerana takut ayam akan mematuknya. Setelah menjalani pemulihan, pesakit ini pun pulih.. lalu doktor pun bertanya :

Doktor : Kamu sudah pulih sekarang. Siapa nama kamu?
Pesakit : Mamat, doktor.
Doktor : Bagus! Jadi sekarang kamu manusialah, bukan lagi jagung?
Pesakit : Yaa. manusia.
Doktor : Jadi, kamu tidak takut ayam lagilah, ya?
Pesakit : Ya. Tapi masalahnya... err..
Doktor : Kenapa pula?
Pesakit : Ayam tu tahukah yang saya ni dah jadi manusia, bukan jagung?
Doktor : Laa... pulak! (alahi.. belum pulih lagilah si mamat ni!!)




Edan : Sabar jelah doktor.. susah-susah sangat bagi dia makan jagung.. hehe

Lawak 5 - Cerek Ajaib


Bob.. sedang berjalan-jalan di sebatang jalan. Tiba-tiba dia ternampak sebiji 'Cerek' (a.k.a Lampu Ajaib lah konon!) di tepi jalan tersebut. Dia pun mengambil cerek itu lalu menggosoknya. Kemudian keluarlah.... seekor Jin.. (Percayalah sat no!hehe..)

Jin : Eh, apa gosok-gosok ni? Gelilah!
Bob : Alamak, sorylah.. hehe.. Hai, Jin! Aku ada satu permintaanlah.
Jin : Hah! Permintaan apa pulak? Ishh!! Aku tengah syok main PSP ni...! Haa.. cepat sikit!!
Bob : Aku nak minta satu istana yang besar dan mewah lah.. Dah lama aku duduk rumah buruk ni..
Jin : Piiraaaaahhhh!!! Aku sendiri pun duduk dalam cerek buruk ni ja, kau senang-senang je nak minta istana pula..! Bolehhh Blaaaaaahhhh!!!!
Bob : Nyesalnya aku gosok cerek ni, kang bagus kalau aku masak air tadi...



Edan : Cerek? aduhh kampungnya cerita ini!

26 July 2010

Lawak 4 - Pelancong dan Pemandu Teksi


Ada seorang pelancong dari Australia hendak menaiki sebuah teksi, lalu dia berkata kepada pemandu teksi itu..

Pelancong : Excuse me, could u bring me to Town?
Pemandu Teksi : Apa? Tuan sakit Taun?
Pelancong : What???
Pemandu Teksi : Ohh... pandai tuan. Sakit Taun memang kena masuk WAD!

Lalu pemandu teksi itu pun membawa pelancong itu terus pergi ke hospital dengan pantas! Nasib pemandu teksi itu kesudahannya tidak ketahui... Hidup ataupun mati.



Edan : Hayyoo! Matilaa.. dapat pemandu teksi macam ni!! Tak pasal2 kena bayar buta!

Lawak 3 - Hari lahir ke -17


Seorang anak bertanya kepada ibunya..

Anak : Mama! Bila tiba hari lahir saya ke-17 nanti, boleh tak buat pesta dirumah?
Mama : Boleh.. Nanti mama aturkan..
Anak : Mama.. Boleh saya ajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Ya.. Boleh sayang.. Nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Mama.. mama.. Boleh saya pakai baju baru warna PINK tak?
Mama : Boleh.. boleh... Nanti mama belikan yee..

Maka tibalah hari lahir anaknya yang ke-17, berpestalah mereka dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya kepada mamanya..

Anak : Mama.. aaaa... Boleh tak saya pakai 'Lipstick' mama?
Mama : ???... Tak Boleh!
Anak : Alaaah.. Mama, hari lahir ke -17 ini kan terjadi hanya sekali dalam hidup , Takkanlah Lipstick pun tak boleh?
Mama : Tak Boleh..! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tetapi tidak pada yang ini!
Anak : Alaaaa.. Bolehla mama.. Pleaseeee!!
Mama : AZWAN BIN AZMIR! Bukankah kamu itu lelaki????



Edan : Mama pun.. bagi ja Lips Balm! Hehe..

Lawak 2 - Asal Usul Elektrik


Perkataan "ELEKTRIK" yang sering kita gunakan sering kali dikatakan dicedok dari perkataan inggeris yang sama bunyinya namun lain ejaan iaitu "ELECTRIC". Tetapi yang sebenarnya perkataan itu sebenarnya diambil dari perkataan melayu campur inggeris!!

Ini kisahnya.. Pada suatu masa dulu selepas 1 tahun 'Thomas Edison' mencipta lampu, saintis itu tidak pernah terfikir memberi nama kepada kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang melayu yang bernama 'Kulup Kalimantang' yang langsung tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu.

Semasa demontrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun seraya berkata dengan nada yang kuat..

"Eleee.. Trick je tu!! Elee.... Trick ja tu!!! (Maksudnya 'tipu')

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "Ele.. trick". Jadi selepas itu perkataan "Ele.. Trick" yang dieja "Electric" mengikut ejaan orang putih digunakan. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang yang menamakan kuasa Electric itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu " Kalimantang"!!




Edan : Ada Thomas kenal si Kulup Kalimantang tu? Haduhh!! Dustanya!

Lawak 1 - Syurga?? Neraka??


Seorang anak memeriksa tapak kaki ayahnya yang sedang menonton televisyen...

Ayah : Ehh! Apa kamu buat ni?
Anak : Cikgu saya cakap Syurga dibawah telapak kaku ibu!
Ayah : Habis tu? Yang kamu periksa kaki ayah kenapa pula?
Anak : Haa! Mesti Neraka dibawah telapak kaki ayah kan?
Ayah : ????




Edan : Hehe.. biase lah tu budak2..