Showing posts with label Cerita Setempat. Show all posts
Showing posts with label Cerita Setempat. Show all posts

03 July 2010

Hanya kerana loceng pencuri berjaya ditangkap?!

Akhirnya penduduk berjaya menangkap si pencuri kabel telefon

SAKITNYA HATI!! Itulah luahan yang sentiasa dihemburkan apabila setiap kali telefon dirumah kerap kali tidak dapat digunakan akibat berlakunya pencurian kabel telefon sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun kerana kesepakatan penduduk akhirnya masalah tersebut selesai dengan mudah. Alternatif yang amat bijak digunakan oleh penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang itu adalah dengan hanya memasang 'Loceng' di kabel tersebut. Mereka berselindung disebuah rumah hinggalah terdengar bunyi loceng yang menandakan sasaran sudah memasuki perangkap dan keluar menangkapnya! Pencuri lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak tersebut diikat oleh penduduk selama empat jam disebatang pokok sebelum diserahkan kepada pihak polis. Turut ditemui bersama pencuri itu kabel sepanjang empat meter dan sebuah motosikal yang dipercayai dicuri.





Edan : Bagus penduduk2 kampung ni! Harus dicontohi oleh semua orang..

26 April 2010

Budak 2 tahun dikurung 3 hari macam kucing?!!

Tidakkah mereka peduli akan tangisan si kecil ini? (gambar hiasan)

Hanya kerana mahu ke luar negara atas urusan kerja selama 3 hari, pasangan suami isteri ini sanggup meninggalkan anaknya yang berusia 2 tahun keseorangan didalam rumah terbabit. Peristiwa itu terbongkar selepas jiran sebelah merasa hairan dengan tangisan tanpa henti seorang anak kecil sambil mengetuk-ngetuk pintu. Sangsi dengan apa yang terjadi, jiran tersebut melaporkan pada pihak polis untuk menyiasat apa sebenarnya yang terjadi. Setelah beberapa kali dipanggil namun tiada yang membuka pintu, pihak polis mula memecahkan pintu rumah tersebut dan alangkah terkejutnya mereka kerana di dalam rumah tersebut tiada penghuni kecuali seorang budak yang berusia 2 tahun yang terlentang kerana sudah tidak bermaya untuk berdiri dan ditemani seekor kucing.

Siasatan juga mendapati budak kecil itu hanya dibekalkan sepinggan nasi yang sudah basi dan secawan air kosong. Jiran yang membuat laporan tadi tidak sanggup melihat keadaan budak kecil itu lalu pulang ke rumahnya mengambil beberapa bungkus biskut untuk diberikan. Sungguh kasihan, budak itu sangat lapar hingga mampu menghabiskan 5 bungkus biskut yang diberi tadi. Jiran tersebut memberitahu polis bahawa dia tidak mengenali ibu bapanya kerana mereka tidak suka bercampur dan hanya menyendiri. Pihak polis berjaya menangkap si ayah budak 2 tahun itu pada malam hari selepas dia pulang dari bekerja dan ibunya pula meyerahkan diri pada pihak polis setelah suaminya menelefon memberitahu isterinya supaya menyerah diri kerana tindakan bodoh mereka.





Edan : Tak sanggupnya melihat kejadian tersebut! Kejam sungguh ibu bapa budak terbabit!!!

08 April 2010

Azan dihina didalam GEREJA!! Pihak yang berwajib sila ambil tindakkan segera!!!!

Diamlah kalian dan dengarlah AZAN tika ia berkumandang

Terkejut edan coba apabila menerima sebuah video dari seorang sahabat maya yang mengTAG edan coba didalam Facebook. Budak-budak nakal permainkan Azan yang menjadi lagu kerohanian buat umat Islam menyembah Allah yang maha berkuasa. Lebih menyakitkan hati apabila dilakukan di dalam GEREJA!!!!! Perhatikan gelagat mereka yang tidak berasa bersalah dalam memperlekehkan kehebatan Azan yang didalam terkandungnya makna-makna baik mengajak kita bersolat menyembah Allah.S.W.T dan memajukan diri dalam setiap lapangan tugasan yang diamanahkan. Mengapa sampai begini ceteknya akal?!! Sudahlah itu terkinja-kinja menari seperti rentak 'RAP'!






Lihatlah betapa hinanya Azan diperlakukan.......

Wahai umat-umat islam!!! Apa tindakkan kamu setelah melihat kebiadapan ini?!!!!!






Edan : Tidak pernah memperlakukan kesucian Azan seperti itu.. Astagfirullah..

07 April 2010

Mati Diseret lori bapa dengan kaki yang hancur?!!

Anak mangsa sedang diangkat oleh pihak polis

Hati bapa mana yang tak sayu dan terkilan yang  anaknya meninggal dalam keadaan yang ngeri di depan mata. Muhammad Wafie 15, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi Nibong Tebal, Pulau Pinang maut diseret bapanya sendiri Fazil Osman 41 awal pagi kelmarin (6 April 2010) di Jalan Baharu Kupang, Gerik dekat Kampung Kemangi Kupang. Meninggal dalam keadaan yang sangat menyedihkan apabila tangan kiri mangsa terPUTUS tersangkut pada pintu lori dan kaki yang juga putus HANCUR dibawah celahan tayar lori. Sebelum kejadian mangsa dikejutkan bapanya 3 pagi untuk menemaninya menghantar perabot ke kelantan kerana kelindannya mengambil cuti kecemasan. Mangsa pula menunjukkan sikap yang lain dari biasa dimana membisu sepanjang jalan. Punca kejadian adalah lori bermuatan perabot oleh bapa mangsa melanggar bahagian belakang traler sarat bermuatan besi yang sedang memasuki lorong sebelah kiri. Akibat pelanggaran itu mangsa yang duduk dihadapan tercampak keluar dan jatuh sebelum diseret sejauh 10 meter.






Edan : Kasihan Wafie meninggal dalam keadaan yang menyayat hati..

27 August 2009

Jangan Pakai Topeng Muka Kalau Mahu Masuk!!!

Today 27 Aug... tergelak kejap aqu baca 1 artikel paper NST ari ni... "Sila Tanggal Topeng Muka!! Sebelum Masuk"... Owg laen sebuk nak memakai topeng muka coz risau dijangkiti wabak A(H1N1) ni... mereka menghalang pula customer utk memakainya bila memasuki kedai mereka... But itulah alternatif pihak PETRONAS di KL utk membendung gejala rompak yg semakin banyak berlaku ni... Kita semua sedia maklum topeng muka dipakai utk melindungi diri kita dijangkiti wabak A(H1N1) ni ... tetapi perompak bijak pula mengambil kesempatan kerna turut memakai Topeng muka dengan selambanya merompak... sememangnya cara sebegitu amat2 berkesan kerna umum menyangka mereka hanya menjaga keselamatan diri dari di jangkiti...


Edan : Penang belum ade lg kes2 mcm tu...

29 July 2009

Dulu-Kini Jambatan Pulau Pinang

2 hari lepas on 27 July... selepas menghadiri seminar kecemerlangan diri di The Star Northern Hub, Bayan Lepas tingkat 3.. selesai jaa program tu aqu, CZ n Choq telah pergi ke Queensbay nk tonton wayang "Lost Of The Land"(Dunia Ghaib)... sblum nonton kami temani CZ ke Maybank coz die nk deposit wang... disebelah Maybank tu ader lah 1 pameran berkenaan keindahan Pulau Pinang... Dlm bnyk2 gambar tu aqu terpana pada 2 gambar yang aqu sangt teruja untuk melihatnya... rasanya aqu bertuah coz dapt melihat keadaan permukaan bumi Pulau Pinang sebelum terbinanya jambatan Pulau Pinang!!... lalu aqu rakamkan than aqu upload kan disini agar uolz dapt jua merasai pengalaman aqu...

Sebelum terbinanya Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1982

Kini 2009 dilebarkan lagi bahagian tepinya menjadikan ia 3 lorong


Edan : Sangat penting!... coz asal nak ke sberang confirm guna!!!

15 July 2009

Patung Boleh Mencuri?!!

beginilah aksi kaku pencuri itu sebelum mencuri..

Kecoh di suatu Pasar Raya di Jalan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu... Patung yang disangkakan tak bernyawa rupa2nya hidup!!!... Satu penyamaran yang hebat!!... Pencuri yang bertubuh kering itu sanggup mengkakukan dirinya seharian untuk mencuri... dianggarkan dari pukul 10 pagi hingga 9.30 pagi keesokkannya... Pada mulanya salah seorang pembantu jualan disitu meragui bahawa itu bkn seperti patung!... untuk kepastian dia mendekati patung itu dan memerhatinya... permukaan kulitnya persis manusia dan pula memiliki jua lubang hidung dan sepasang mata yang basah!... tapi langsung tidak bergerak lalu dia meninggalkan patung itu kerana pasar raya tersebut hampir ditutup!... selesai pintu ditutup pada jam 11.00 mlm pencuri tersebut lantas bermaharajalela di situ dengan mencuri jam tangan dan wang tunai yang anggaran kesemuanya adalah RM37'000.00... Keesokkannya setelah pintu pasar raya dibuka die dengan selamba keluar dari situ tanpa sesiapa pun mengesyakinya...


Edan : Takkanlah x dapt beza langsung patung dengan manusia! Teruknya!!!

06 July 2009

Mat Pancut Kantoi Ketika Asyik Melancap?!!

Polis telah berjaya memberkas Mat Pancut hasil bantuan penduduk pangsapuri itu

Kerjanya hari-hari datang ke Pangsapuri itu melepaskan nafsu peliknya!... Mengikuti gadis yang mahu pulang ke rumah dan melancap@onani dihadapan pintu rumah mereka... Sebelum ini gempar penduduk pangsapuri di Jalan Air Jernih Kuala Trengganu dikatakan ada cubaan menyihirkan mereka... penemuan cecair yang berbau mengundang pelbagai reaksi kurang senang dikalangan mereka... Sudah 15 penduduk yang terkena lalu mereka melakukan intipan sejak 2 bulan lalu... Kini terjawablah sudah segala teka-teki kerana malam tersebut jelas di hadapan mata mereka pemuda 22 tahun ini ketika ditangkap sedang asyik melancap!!... Bukanlah berasal dari pengsapuri ini tapi datang dari Kampung Banggol Air Lilih, Manir hanya mahu melempiaskan nafsunya semata-mata...


Edan : Tak sangka ada juga manusia seperti itu..