Showing posts with label Cerita Dunia. Show all posts
Showing posts with label Cerita Dunia. Show all posts

29 July 2010

Negara China terkenal dengan jumlah basikal yang banyak!

Jumlah basikal yang ada hampir sama dengan kepadatan penduduk di China

Bila ditanya soalan tentang jumlah basikal yang paling banyak di dunia sudah tentu jawapannya negara yang terkenal dengan tembok besar iaitu China. Penduduk di negara China lebih banyak menggunakan basikal dari kenderaan berenjin kerana pendapatan mereka tidaklah menggalakkan yang memungkinkan mereka memiliki kereta.

Penduduk China keseluruhannya berjumlah 1.3 billion itu mempunyai 1.4 juta keluarga mengikut 1 statistik di sebuah lamam internet rasmi negara itu. Andaian mengatakan jumlah basikal adalah hampir sama dengan jumlah penduduk China kerana setiap dari kelompok keluarga pastinya memiliki sebuah basikal.

Anda boleh saksikan basikal digunakan secara meluas di China tidak mengira usia, pekerjaan, jantina dan taraf penduduk. Hinggakan para majikan di syarikat besar pun tidak segan silu menunggang basikal bersama penduduk yang rendah pendapatanya. 



Di China, parkir dikhususkan buat basikal lebih banyak dari parkir buat kereta

Dimana-mana sahaja basikal dapat dilihat hingga kenderaan murah ini menjadi nadi buat penduduk negara China untuk melakukan sebarang urusan.




Edan : Mesti udara negara China bersih sebab kurangnya asap ekzos dari kenderaan.

13 July 2010

Rumah diatas kubur?!

Sedang asyik membersihkan perkuburan di dalam blok pada hari "Roh"

Utara Manila, Filipina dikawasan bernama Navotas tersembuyi suatu cerita. Walau mereka tidak seperti rakan-rakan lain yang senang menjadikan bawah jambatan,kaki lima dan sebagainya untuk dijadikan syurga dunia, namun pilihan menetap didalam kawasan tanah perkuburan adalah suatu yang amat menggerunkan!

Segentar mana pun yang dirasa, mereka tiada pilihan selain berkongsi kawasan kediaman dengan si mati. Kediaman yang layak digelar 'Sarang Tikus' itu dibina hanya menggunakan serpihan kayu-kayan, buluh dan plastik terbuang. Aktiviti seharian antara kediaman-kediaman seperti mandi, memasak, makan, tidur dan membasuh baju dilakukan bersahaja di atas tanah perkuburan berblok itu dengan boleh dilihat terus kerana tanpa pisahan dinding-dinding.

Anggaran jumlah penduduk yang memilih mendiami disini adalah 600 buah keluarga. Dan mereka semua amat miskin dengan sebuah keluarga hanya mampu berbelanja RM3.00 sehari. Walaupun sebelum ini kerajaan negeri mahu membela nasib mereka, namun mereka terpaksa menolak kerana percaya pihak kerajaan tidak mungkin mampu mengubah nasib mereka yang jumlahnya bukan sedikit. Penduduk tanah perkuburan berblok sudah sebulat suara untuk hidup susah bersama hingga ke akhir usia.


1- Anak muda yang leka bermain bola keranjang tanpa gelanggang yang sempurna.
2- Melintasi ke blok perkuburan lain dengan menggunakan jambatan binaan sendiri.
3- Menghabiskan masa lapang dengan bermain catur diatas salah sebuah perkuburan.
4- Waktu malam yang tenang sering terganggu dengan puluhan ekor lipas yang merayap.

Terpaksa mengeluarkan rangka yang cukup tempoh pengebumiannya iaitu 5 tahun ke atas dari lubang kubur blok untuk memberi laluan kepada si mati yang baru.

Kanak-kanak ini tidak gentar berumahkan kubur. Dengan keadaan yang benar naif mereka diajar supaya pandai menyesuaikan diri untuk hidup dalam suasana sedemikian.






Edan : Berani juga tinggal kat situ! (Err.. nak 1 kampung sekali boleh? hehe)

11 July 2010

4 jenis rumah yang paling pelik di dunia

Pelbagai aneka bentuk rumah yang sangat aneh

"Rumah".. kita semua sudah tahu ianya adalah tempat berteduh yang selesa bagi semua manusia yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi melengkapi keperluan kehidupan yang sempurna. Ada yang diantara kita tinggal di Banglo, Rumah Teres, Rumah Pangsa, Kondominium, Rumah Kampung, Rumah Panjang dan sebagainya. Kerana jenis-jenis rumah yang didiami kesemuanya mengikut kemampuan masing-masing. Namun diluar negara, ada yang telah melangkaui keterbatasan akal hingga sanggup membina rumah yang pelik tetapi unik.

Mari kita lihat 4 jenis rumah/pejabat yang istimewa dan sentiasa menjadi tarikan pelancong:-

RUMAH TERBALIK

Pandangan dari luar rumah

Rumah aneh pertama ini bukanlah untuk didiami tetapi hanya untuk tujuan pameran di Trassenheide, Jerman. Pereka rumah ini "Klaudiusz Golos" dan "Sebastian Mikuciuk" berkongsi idea menghasilkan rumah unik ini hanya kerana mahukan kelainan. Walaupun ada juga di negara lain pernah juga membina rumah terbalik, rumah yang dibina mereka agak berlainan kerana kesemua perabot dan bilik dibina secara terbalik. Mereka menamakan projek istimewa mereka ini... "The World Stands On Its Head"..


Pandangan dari ruang tetamu

Pandangan dari ruang bilik air

Pandangan dari ruang dapur

RUMAH BAKUL

Salah seorang pekerja Syarikat Longaberger bergambar dihadapan pejabatnya unik

Tercetus dari produknya sendiri iaitu 'Bakul', Syarikat Longaberger yang terletak di Newark, Ohio, Amerika ini merealisasikan bangunan pejabatnya seumpama Bakul yang sempurna sifatnya cuma ianya adalah berukuran 160 kali ganda dari bakul yang dihasilkan syarikatnya. Berkeluasan 180'000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak tujuh tingkat. Bangunan ini menelan belanja AS$30 juta dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. "Dave Longaberger" adalah pemilik bangunan ini dan dia jugalah yang mengilhamkannya.

Ketika dalam tempoh pembinaan

RUMAH LUBANG

Macam mana nak masuk? (mungkin itu yang difikirkan lelaki itu)

Dikenali dengan nama "Hole House" yang terletak di Houston, Texas ini direka oleh "Dan Havel" dan "Dean Ruck". Rekaan yang seperti dilanggar kenderaan ini dianggap pelik oleh masyarakat setempat. Namun idea yang sangat 'Gila' ini tetap memukau pandangan ramai orang. Pereka rumah ini beranggapan rekaan mereka adalah projek seni yang menampilkan kelainan daripada kebiasaan.

Papan lungsur sedia menerima tetamu yang berani!

RUMAH MELENGKUNG

Macam gambar yang direnyukkan.. Tetapi ini adalah bangunan yang asli dalam rupa sebegini

Dibina pada bulan Januari tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada Disember 2003. Rumah seakan alam fantasi yang dikenali "Rumah Melengkung" atau digelar sebagai "Krzywy Domek (Crooked House) ini adalah pusat membeli-belah Rezydent. Terletak di Sopot, Poland, berkeluasan 4000 kaki persegi direka oleh "Szontynscy Zalescy" ynag mendapat ilham daripada lukisan "Jan Marcin Szancer" dan "Per Dahlberg".




Edan : Tidak berminat mahu membina rumah macam diatas..(takut hari2 kena serbu!! Tidur pun tak lena!! hehe)

26 April 2010

Kanak-kanak 2 kehidupan tetapi 1 dunia yang sama..

Yang tidak bernasib baik

Yang bernasib baik

Dunia.. penuh dengan cerita-cerita yang adakalanya berpihak pada golongan tertentu yang membuat mereka seperti berada disyurga dan ada pula yang kehidupan mereka jauh merosot seperti berada di alam neraka. Kekadang terasa tidak adil apabila perbezaan yang sangat ketara berlaku tetapi tulah gambaran sebenar dunia, satu-satunya planet yang mempunyai kehidupan yang dicipta oleh Tuhan yang maha esa. Sebagai renungan buat pembaca 'Edan Coba Blog', lihatlah nasib kanak-kanak diluar sana. Ada yang penuh dengan kenikmatan dunia dan ada yang menghitung waktu menunggu sesuap makanan buat meneruskan hidup. Di sisi mereka pula ada yang sentiasa melimpah dengan kasih sayang dan ada pula haus dambakan belaian mesra. Bagaimana pula dengan anak-anak anda? Adakah mereka cukup diberi perhatian? Marilah kita sama-sama membaiki apa yang telah terkurang sebelum ini agar kelak nasib anda terbela dan menyumbang sesuatu pada anda serta negara.











Edan : Sayangilah permata anda bagai menatang minyak yang penuh..

09 April 2010

Budak perempuan tunjuk isyarat lucah pada peminta sedekah?!

Aksi seorang budak yang selamba menunjukkan isyarat lucah

Apa perasaan anda setelah melihat gambar diatas yang datang dari Indonesia itu? Tentulah masing-masing timbul perasaan marah dek kebiadapan budak perempuan itu. Nakal sungguh dia seperti mahu edan coba tangan-tangankan! Lagaknya budak perempuan itu macam anak orang berada! Tetapi tak guna nak marah sangat kerana dia masih kecil dan mentah. Mungkin dia fikir orang yang meminta-minta duit ini jahat orangnya. Almaklumlah barangkali sudah dicorak oleh ibubapanya sebegitu. Apa yang tidak berkenan itu dia menunjukkan isyarat lucah pula tidak menghormati langsung golongan-golongan berusia. Adik.. tak kasihankah pada nenek itu? Kan baiknya adik senyum saja kalau tak mahu beri wang..





Edan : kalau ada disitu memang lama kena cubit semut!

09 November 2009

Pereka Pintu Emas Kaabah Meninggal Dunia..

Pintu emas Kaabah, Mekah

Salam Takziah diucapkan kepada SHEIKH AHMAD IBRAHIM BADR yang telah kembali kepada Rahmatullah pada 6 Nov jumaat lalu pada usia 89 tahun... Beliau merupakan ketua pereka seni ukiran pintu emas Kaabah di tanah suci Mekah yang telah menggunakan sebanyak 300 kg emas... dibina semula pada October 1979 atas titah Raja Khaley... sebelum ini Pintu Kaabah pertama kali dibina oleh ayahandanya, SHEIKH IBRAHIM BADR pada tahun 1942 atas titah Raja Abdul Aziz... Mendapat didikan khusus ilmu ukiran seni ini dari ayanhandanya, Ibrahim telah mengunakan kepakarannya itu dan mengambil masa selamat setahun untuk menyiapkan pintu emas Kaabah dibantu 2 saudaranya iaitu MAHMOUD dan IBRAHIM BADR...


~~AL- FATIHAH~~



Edan : Indahnya Pintu Kaabah!!

26 August 2009

Apam Balik Jatuh Laut!! Apek Geram Makan Tahi Hanjing?!!!

Lai Lai Li Lai Tam Plom...

Weiiiii x adil lah cm ni!!!... Asyik dia jer mula dulu giliaq aqu bila plaq?!!!... Haaaa!!!... Aqu ada cadangan pa kata kita semua buat "LAI LAI LI LAI TAM PLOM"?!!!! K tak?!!!!... Sapa yg kena dulu dia lah mula dulu!!!!

26 Aug... tergerak hati aqu kali ni nk post entry tentang satu permainan ni... tingat dulu kecik2 bila main tu mesti ada "Tam Plom" ni!!!... semua bepunca msg2 nk tuntut keadilanlah!!... sapa yg nk mulakn dulu!!... so bila da mcm tu, permainan wajib yg paling membantu adalah "Tam Plom" laahhh!!!... yg mna nk gaduh pun da x jadi... semua mula dah sepakat stuju!!!!...

Tapi tahukah uolz semua makna2 ayat permainan tu?!... Permainan ni sebenarnya menggunakan bahasa HOKKIEN!!!... kira pandailah jgk kita ekk dulu kecik2 menyebutnya cuma x penah ambik peduli!!(kekadang pronounce pon salah!!)... yg taw tu maen smpai sempot!!!!... Ari ni aqu nk bekongsilah ngn uolz ayat2 sebenar & maknanya sekali.... tadi member ofis aqu, Ah Poh tolon betolkan... mula tu aqu nyanyi depan dia than x sangka ada salah beberapa ayat...

~~~~~~***~~~~~~

Lai Lai Li Lai Tam Plom
Mari-marilah Dengar Satu Cerita

Apek Bey Apom
Apek Jual Apam Balik

Apom Ling Longhai
Apam Balik Jatuh Laut

Apek Ciak Ghausai
Apek Geram Makan Tahi Hanjing

~~~~~~***~~~~~~


Edan : Tergelak tadi lepas taw makna yg sebenar... hehehe

16 July 2009

Parti Seks Mengejutkan Pemilik Rumah!!

Parti liar yang memeranjatkan tuan rumah..

Sangkaannya parti itu adalah satu perjumpaan diantara lelaki dan wanita utuk berkenal-kenalan... tapi malangnya tepat jam 12 tengah malam selepas DJ majlis itu mengumumkan "masanya sudah tiba dan sihir kini bermula" lalu kesemua pengunjung2 mula membuka baju lalu bercumbuan dan seterusnya melakukan seks!!!... Pengunjung majlis itu semua dikenakan tiket berharga RM380.00 seorang... mereka tiba dengan menaiki kereta seperti Porsche, BMW dan Aston Martin... pada mulanya hanya memegang lilin dan menari gerak perlahan sambil memerhati seorang lelaki misteri yang berbaju merah dan kemudian muncul pula 2 orang dipentas yang hanya berbikini... Tuan Rumah tersebut Grahame Bond yang juga seorang hartawan berasal dari Somerset berasa sangat marah kerana rumahnya yg berusia abad ke-17 lalu dibelinya dengan harga RM11.3 Juta telah dijadikan lokasi penganjuran parti seks!!... pihak berkuasa tidak dapat membuat apa2 tiada kuasa untuk campur tangan kerana ianya diadakan di premis persendirian... Bond berasa malu dan mengarahkan staff2nya yang berusia lingkungan remaja pulang... perbuatan mereka baginya sangat mengaibkan "bayangkan anda sendiri melihat satu pasangan melakukan seks berdekatan tingkap..."


Edan : Suatu pengajaran buat beliau supaya lebih berhati2 selepas ini...

Tasik Hotel Mewah Kering-Kontang?!!

Tahun 2007

Kini tahun 2009

Terkenal dengan gelaran Hotel Lake Palace di Udaipur India... kerana dikelilingi oleh tasik2 yang jernih... malah pernah digunakan sebagai set penggambaran James Bond, Octopussy pada tahun 1983... menggunakan bot untuk kesana mungkin tidak pada masa kini... akibat perubahan musim dan penerimaan taburan hujan sedikit sejak kebelakangan ini sama sekali mengubah rupa indah Hotel terkenal itu yang mempunyai kapisiti 83 bilik dan juga terkenal dengan destinasi santai pilihan artis2 Holywood seperti Madonna, Guy Richie, Nicole Kidman dan Mick Jagger... Kemarau yang hebat itu melanda India menyebabkan Hotel Mewah di negeri Rajasthan itu terpaksa menggunakn pacuan empat roda untuk membawa penginap... Pemilik Hotel tersebut Lakshyaraj Singh Mewar berkata tasik itu menjadi kering kontang bukan sahaja akibat kemarau malah tasik di situ dijadikan tumpuan penduduk2 di sini untuk dijadikan bekalan air minuman...


Edan : Lawak pulak bila tetiba jaa kering!... hehehe..

Si Tua Mabuk Jatuh Dalam Lubang?!!

Macam manalah die boleh masuk dalam lubang tu?!! Pelik?!!

Kasihan si tua mabuk ni... akibat mabuk yang melampau dia tidak sengaja telah terjatuh ke dalam lubang... hingga memaksa Bomba datang memberi bantuan setelah orang ramai gagal memberi bantuan... Akibat peristiwa tersebut Gerhard Wilder yang berumur 46 tahun dan berasal dari Bochum Jerman itu insaf dan berikrar untuk tidak lagi meneguk mimuman arak lagi!!... dia juga berjanji akan menjalani kehidupan yang sehat serta menurunkan berat badannya...


Edan : Mabuk ni menghilangkan kewarasan manusia...

15 July 2009

Akibat Rambut Lisa Dihalang Masuk?!!

Lisa Mansour

Seorang pendandan rambut terkenal London, Lisa Mansour telah dihalang dari memasuki gedung beli-belah eksklusif Harrods setealh dia menggayakan rambut ala Mohican... tapi Lisa memberikan alasan bahawa dia menggunting atas dasar memperingati kematian cucu jirannya yang mati akibat penyakit Tumor Otak ketika berumur 8 tahun!.. Tapi alasan itu ditolak mentah2 oleh pengawal keselamatan Harrods... mereka mengatakan rambutnya yg sepanjang 5 cm tu mmg menakutkan pengunjung2 Harrods!... Lisa begitu kecewa dengan tindakkan mereka dan membidas... katanya jika David Beckham yg menggayakan rambut ala Mohican ini pasti tiada halangnya untuk dia ke sini!!... Lisa Mansour 40 tahun, walau dihalang memasuki gedung tersebut namun dia masih berbangga dengan dirinya kerana telah berjaya mengutip derma RM7'582.00 untuk Tabung Kebajikan Tumor Otak dengan mengayakan gaya ala Mohican...


Edan : Kagum dengan Lisa coz dia sanggup potong rambut mcm tu demi mengutip derma!! :-)

20 June 2009

Kereta Peluru Jepun Yang Terpantas..

E 5 series Shinkansen

Dunia permodenan jepun kini mengorak langkah lebih jauh kehadapan apabila berjaya mencipta Keretapi Peluru yg terlaju pada saat ini!... E5 Direka khas seperti hujung peluru agar dpt memotong angin apabila berada dikelajuan tinggi!... Kelajuannya tiba di jarak 320 KM dalam masa 3 jam 5 minit... E5 akan dilancarkan pada tahun 2011 ini juga punya kemudahan dalaman yg selesa dan paling moden dilengkapi pelbagai kemudahan yang sememangnya memberi keutamaan kepada penumpangnya...

Hayate E2 Tohoku line

Sudah pun mula beroperasi... Hayate turut tersenarai dalam kelompok Keretapi Peluru yang paling laju... Rekaannya kemas dan direka berbentuk bulat dihadapan agar mengurangkan tekanan angin ketika dikelajuan tinggi!... ia begitu terkenal di Jepun kerana penduduk jepun kagum dengan kecepatannya mengejar masa dan senyap...


Edan : Malaysia tidak kurang hebatnya juga.. Lihatlah KLIA Ekspres...

16 June 2009

Panjangkan Kaki Yang Pendek??!!!

Ban(tengah) suka dengan penampilan barunya kini...
Satu2nya wanita Australia yg menjalankan pembedahan memanjangkan kaki utk keyakinan diri... HAJNAL BAN melakukan pembedahan kosmetik tersebut dengan jumlah AS$30,000 (RM105,159) utk mengubah ketinggian kakinya yg dimana sebelum ini merencatkan segala aktiviti sosialnya dan menghalang dari menyandang tempat di kerusi Parlimen!!!... Atas nasihat rakan dia segera terbang ke klinik lizarov di Kurgan, Rusia... Kerna Ban sudah tidak mampu besabar lagi utk mengubah sejarah silamnya yg slalu diejek "PENDEK"!!!!... berkelulusan barrister dengan dua ijazah universiti itu, pernah dipilih sebagai ahli lembaga Logan City, Queensland pada tahun 2006 Ban merahsiaka pembedahan dari ketahui umum!... hanya keluarga dan kenalan terdekat saja yg mengetahui...

Kaki Ban selepas pembedahan

Ban meminta doktor bedahnya utk menyuntik epidural bagi menyedarkannya sepanjang berlangsungnya pembedahan... Dia mahu melihat sendiri dan merasai pengalaman itu!!... Doktor memasukkan 14 wayar menerusi daging, tisu lembut, otot dan tulang di kedua-dua belah kakinya bertujuan untuk menggantung bahagian-bahagian dalaman tubuh itu dengan gelungan-gelungan bingkai regangan... Kemudian mengasingkannya pada dua tempat dengan mematahkan tulang kering... pembedahan dijalankan selama 4 jam dan juga mengambil masa 9 bulan utk pulih!... Selama itu juga Ban perlu menahan kesakitan kerana kesan pembedahan itu!... Kini setelah sekian lama Ban sudah kembali berkeyakinan dlm kerjayanya dan memakai kasut bertumit tinggi dengan bangganya... ketinggiannya berubah dari 1.54 meter kepada 1.62 meter..

Tetapi Ban masih belum gembira sepenuhnya kerana doktor mengatakan kesan pembedahan kosmetik itu kelak akan menyebabkan cacat anggota, kerosakan urat, sendi dan otot, jangkitan kuman, artritis dan sakit kronik... Tapi buat masa kini Ban boleh berasa lega kerana dia masih muda dan pembedahan masih baru...


Edan : Saran kepada RODIN kawan ku utk mengubah ketinggiannya!!... Hehehehe....

22 May 2009

Si Penggali Kubur Cina Singapura

1 upahan yang lumayan telah dikhabarkn pada uolz... than uolz accept coz wang tu telalu vnyk hngga hmpir2 mncapai enam angka!!... sape x nk duit vnyk tu uolz!!!(jgn tolak rezki kata owg dulu2!)... Ttapi!!!! Uolz pasti mnolaknya bulat2 & sgera mninggalkn tempat tesebut!!... per x nya!!! Uolz d suwuh gali kubur cina!!!!(brani?!!)... nak suwuh gali kubur agama sndiri pon melatah mcm2 alasan nie plaq kubur owg2 bkn islam!... Simpang sngt lah!!!!... Tp klu uolz tinggal di Singapore pasti anda tiada pilihan yg vanyk!... coz sna cabarn hidup lebey besar!!... Itulah yg tejadi pada Uncle Wong Shun Feng, 53 tahun!!!... Penggali kubur cina singapura yang brani!!!

Uncle Wong Shun Feng sedang mencuci tulang2 dengan air beras..

Sape yg brani nk menggali semula kubur?... klu uolz brani pon gali than selesai semua tue tp effect nyer pastu... uolz akn jd GILA!!!!!... coz kata Uncle Wong die kerap kali d ganggu hantu & roh2 si mati yg ader nyer berbisik memanggil nmanya supaya mngarahkn nye supaya tidak mmindhkn mereka, pokok bergoncang & pernah tejadi sblah tangannyer lumpuh tp keesokkannyer pulih semula dek krana die mncarut di tanah kubur itu!... "Mna x nyer, bayangkn anda perlu bepindah dri kediaman yg anda telah tinggal slama 50 tahun!... begitu jgk si mati!!" kata nya...

Rakan Uncle Wong sedang mngumpil penutup kubur

Uncle Wong perlu behati2 dlm melakukn kerja2 pemindahan kubur nie dngn penuh hormat!... Ia dibantu oley 3 rakan nya yg stiap 1 nya mngambil masa 3 jam yg lubangnyer sdalam 4 meter (12 kaki) dengan hnya mngunakn peralatan biaser sperti cangkul & bakul rotan... Penutup kubur perlu d umpil & tulang2 si mati diambil dkumpul lalu dicuci dengan air beras... Akhir skali penyerahn kepada kluarga si mati yg akn mmberi sebuah sampul merah yg tidak ketahuan isinya sbagai tanda penghargaan... Upahnyer plaq tidak menentu ia begantung pada keikhlasan keluarga si mati...

Pekerjaannya tidaklah stabil jd die mmbuat keja smpingan sperti mngecat rumah & pembaikian... Namun, sekarang die tidak perlu runsing krana pendapatannya kekal tetap krana kawasn kubur sluas 7.000 mter persegi yg teletak bhampiran sempadan M'sia itu perlu dbersihkn bg mmberi laluan kpada pembangunan Gudang Keretapi!!!


Edan : Gerunnyer.....!!! Walau ganjaran tak masuk dek akal pon pasti menolak!