09 May 2009

Malukah kamu?!


Jam telah menunjukkan tepatnya 2.00 pm.... menandakan juga waktu lawatan pertama pesakit2 di hospital telah berakhir... Aqu menghulurkan tangan mncapai tangan mak lalu aqu cium dan meminta keizinan mengundurkan diri... Aqu tidak pulang segera... kerna jarak kediaman aqu sangat jauh dari hospital... kerna aqu menanti pula lawatan kedua pada 4.30 p.m. nanti... Lantas aqu putus duduk sahaja di bangku tetamu...

Aqu dapat melihat ramai orang yang lalu-lalang keluar masuk tanpa henti... Yang pastinya semua punya rencana yang sama... iaitu mendapatkn rawatan mahupun sekadar menemani atau pun melawat... aqu jaga dapat menyaksikan bermacam ragam manusia.... sesekali terfikir juga kenapa setiap orang tiada persamaan pemikiran dan gerakkan?... Sudah tentu Tuhan Maha Pencipta yang Bijaksana Lagi Maha Mengetahui segala sesuatu punya sebab yang PASTI.

Aqu juga dapat melihat anak kurang upaya yang kakinya punya masalah ditinggal dibelakang tanpa berjalan seiringan dengan ibu bapanya... Kesian aqu melihatnya, ibu bapa berpimpin tangan laju berjalan dihadapan dia pula berusaha berjalan pantas mengejar ibu dan bapanya... Aqu tertanya sendiri, malukah mereka pada kekurangan anak mereka walau itu dari darah daging sendiri?!!... Nyatalah amanat Tuhan itu mereka ringan-ringankan.

Di sudut lain pula, kelihatan si ayah yang separuh abad itu mengagahi diri menolak tayar kerusi roda yang sedang didudukinya... si anak hanya memerhati mengekori dari arah belakang sambil kedua-dua belah tangan diselup ke dalam poket!... Tersentap jiwa aqu ketika ini... malukah si anak ini dengan ayahnya?.... Mungkin dia merasakan perbuatan nya untuk menolak kerusi roda itu sebagai KOLOT dan MEMALUKAN!!!... Betapa ruginya dia kalau berterusan sebegitu.... inilah masanya dia hendak membalas budi ayahnya yang telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang!... walau sekadar menolak... sekurang-kurangnya sifat keprihatinan diri itu ada... Mungkin sekarang dia belum nampak jalan itu... kerana minda mudanya mengawal tindak tanduknya... Tapi janganlah menyesal dikemudian hari jika tiada lagi insan ini disisinya nanti... Kelak walau airmata darah sekalipun tidak dapat juga membayar keikhlasan hati seorang insan bernama AYAH!


Edan : Hargailah apa yang kita miliki tika ini dan jagalah ia dengan penuh keikhlasan...

2 comments:

Mohamad Aiman said...

abang edan,cmne abang edan buat yang kat tepi tu,sebelah kiri satu,sebelah kanan satu???britahulah saya...saya x pandai mane cos baru reg blog ni...

edancoba said...

Aiman x kisah!!!
hehehe..
abg edan pon swuh owg buat kn nie..
cba g page abg edan sblah kanan n search nma ADY SYAM!! Die lah yg pandai vuat semua2 nie!!
:)