Memang betullah apa yang pernah dikata orang... iman itu tidak semestinya semakin kuat apabila usia meningkat kekadang lagi menjunam dan makin hanyut... inilah yang terjadi pada sebilangan orang yang berusia... kalau yang terbuka pintu hatinya maka taatlah dia pada perintah Allah s.w.t... tapi bagi yang alpa dan masih lagi belum puas dengan nikmat dunia yang sementara seronok menyimpangi dan baginya esok masih ada untuk bertaubat... begitulah selanjutnya sehingga dia meninggal dalam kesesatan...
Ingin sekali aqu coretkan kisah yang telah berlaku baru-baru ini dihadapan mataku mengenai usia sudah lanjut tapi hati masih terasa muda... Pak Cik Pengawal Keselamatan tempat aqu itulah orangnya... aqu nk berkongsilah dan mengharap pendapat adakah patut dibiarkan atau aqu perlu memberi nasihat... Pak Cik ni adalah pengganti kepada Pak Cik Manaf yang dulu... kerana Pak Cik Manaf telah ditukarkan ke tempat lain atas alasan lesen senjatanya tidak mendapat kelulusan lagi kerana usianya telah mencecah 60 tahun... oleh itu Pak Cik yang baru ini menggantikan dia... Orang gelar dia "MAT BOTAK"... becouse dia botak ditengah kepala... dia juga pendek dan paras rupanya saling tidak tumpah seperti rakan kerdil cerita kartun"Snow White And The Seven Dwarfs"... lucunya aqu acap kali melihat wajahnya... bukan berniat hendak menghina tapi ini kenyataan!!!
Pak Cik ini tidak pernah berumah tangga... jadi dia adalah bujang lapuk yang terlajak sudah!!!... aqu sebenarnya tidak menyukainya sangat... kerna dia agak pemalas dan merungut tentang kerjanya yang bosan lagi mengantuk... lihatlah betapa teruknya sikap dia!... seharusnya dia bersyukur kerana orang masih menerimanya bekerja... ini tidak langsung tidak punya motivasi diri... bukan itu sahaja dia juga banyak bercakap!... hingga benar mengganggu kerja aqu!... pantang menyentuh sesuatu topik pasti dia sendiri panjangkan dan menambah!... lagi satu dia juga suka menyinggah tiap kali aqu membaca surat khabar!... maksud aqu apabila aqu sedang asyik membaca dia akan tanya itu ini hingga aqu rasa tidak selesa!... yang peliknya sebelum itu dia dah pun membacanya... tapi entahlah kan mungkin dia sekali imbas lah agaknya...
Hairan aqu pada Pak Cik nie mngenai 1 sikapnya yang suka bermain nombor judi!... dia tidak sedarkah dia sudah hampir penghujung usia?... asyiknya dia menyemak nombor itu sambil berharap nasibnya baik terkena salah satu nombor itu... dia sanggup menulis berpuluh nombor dan membeli kesemuanya dengan jumlah RM10.00... entah sudah berapa jumlah wang yang telah dihabiskannya aqu pun tidak pasti... bagus sangat kah duit haram itu?... setahu aqu Tuhan melaknat kita jika kita memakan hasil haram!... segala amal menggunakan duit itu tidak memperoleh pahala malah dosa pula yang diterima... 3 hari lepas ada berlaku 1 kejadian.... aqu rasa amat kasihan pada dia... kerana hendak makan pun tidak punya wang... mulanya dia memesan Nasi lemak 2 bungkus dan Kopi O tapi lepas dia selup sakunya hanya yang tinggal duit syiling sahaja... dengan pantas dia terus menukar pesanan tadi dan hanya mahu sebungkus nasi lemak sahaja... air pula katanya sudah memadai dia dapat meminum air masak... tidak sampai hati aqu dengan keadaan itu aqu pun belanjalah dia... dia berjanji hendak membayar balik kerna takut termakan budi... tapi aqu menolak kerana aqu ikhlas!
Itulah akibatnya jika selalu menghabiskan duit ke jalan haram!... macam mana perbelanjaanya harian pun aqu tidak tahu... dia masih bujang tapi bila tiba hujung bulan duit dah kering!... lagi pula dia ada elaun senjata!... malas lah aqu hendak mencampuri urusan dia... dia dah besar dan sepatutnya sudah tahu mana baik buruk sesuatu perkara... aqu berharap dia berubahlah sebelum ajal datang menjemput...
Edan : Kebanyakkan pengawal keselamatan suka berjudi!!
4 comments:
saya cdgkan edan coba kawen ja ngan MAT BOTAK tuh..kak boba kan penuh iman didada..confirm dia taubat..kuang3x
voley... tp klu i nak wahai CZ ratu Fukies!!!!!!
x hinginlah ngan botak segala mcm ayah saper tu? aarrrrrr???
kak vavi..hang nak cakap jer la..
aku bagitau kat kak d..jga
ehhh?
sapa cakap father D?
choooiiiiii!!!!!!
x baek taw nok!
u mmg kejam sangt!!
smpai hati u kata i cm tu?!!
ohh tidaksss!!!!
(belarilah edan coba smbil memegang tisu...ala2 drama KOREA!!)
Post a Comment