15 November 2009

9 Filem Terhangat Tentang Kejadian Hari Kiamat




Filem kiamat terbaru 2012
Filem yang dihasilkan merujuk tentang kepercayaan kaum MAYAN yang mempercayai dunia akan kiamat pada 12 Disember 2012. Pertemuan kalender berkesudahan 21122012 itu menandakan pengakhiran kalender yang tidak sengaja ditemukan dibawah runtuhan di Mexico. Kaum MAYAN memang terkenal dengan kebijaksanaan dalam bidang Matematik dan Astronomi.


The Day After Tomorrow
Dihasilkan bertujuan menyedarkan penonton tentang bahaya pemanasan bumi yang mampu mengundang malapetaka amat dasyat serta mengancam kesejahteraan seluruh dunia. Turut diinspirasikan dari buku "THE COMING GLOBAL SUPERSTORM" hasil tulisan ART BELL dan WHITLEY STRIEBER.


Tsunami @ HAEUNDAE
Filem termahal korea yang menelan kos sebenyak RM 50 juta. Filem tercetus dari kejadian Tsunami 2004 yang dasyat ini mengangkat air sebagai bencana alam yang mampu meragut jutaan nyawa manusia.


Knowing
Filem ini mengisahkan seorang pelajar yang ditemui dengan tangan berdarah akibat mencakar setelah mendakwa tidak tahan terdengar suara bising. Setelah kejadian itu dia mendapat idea bagi projek lukisan mereka dengan menggunakan digit-digit. Pada tahun 2009, lukisan tersebut sampai ke tangan seorang pelajar yang bapanya seorang profesor. Bapanya berminat dengan lukisan itu namun menyedari keanehan digit di lukisan itu yang menandakan 3 baki malapetaka yang bakal berlaku setiap 50 tahun.


Deep Impact
Filem yang ditayangkan pada tahun 1998 ini mencetus impak buat filem sains fiksyen tentang bahaya hentaman komet dan persediaan menghadapinya.


Armageddon
Filem propaganda dari Amerika apabila kelogikannya memang manusia tidak mampu melawan hari kiamat jika ianya berlaku. Namun filem ini memungkinkan segalanya kerana apa yang tidak mampu dilakukan manusia boleh dilakukan dengan watak utama filem ini diterbangkan ke angkasa lepas untuk menyelamatkan bumi.


The Happening
Filem yang satu-satunya mengunakan ANGIN sebagai plot utama dalam menyebabkan kematian manusia menerusi Virus misteri yang dibawa oleh angin. Kehadiran seorang guru sains menemukan penyelesaiannya dengan melawan arus angin.


Sunshine
Matahati akan 'mati' dalam tempoh 50 tahun lagi itulah yang ditunjukkan di dalam filem ini. Filem yang diterbit pada tahun 2007 ini mengisahkan usaha sepasukan pemyelamat dalam usaha mengembalikan kuasa matahari namun menemui kegagalan dan tujuh tahun kemudia sepasukan lain dihantar lagi dan mereka berjaya menyelamatkan matahari.


Long Road To Haven
Filem ini diharamkan di Bali, Indonesia kerana ia menyentuh sensitiviti mereka dengan memaparkan kisah pengeboman berani mati dibali pada tahun 2002. Walaupun tidak mengisahkan kehancuran bumi namun masih disenaraikan sebagai filem berunsur 'kiamat' kerana menceritakan polemik jihad orang muslim dalam beriman pada hari kiamat dengan mengorban nyawa manusia.



Edan : Hanya filem The Day After Tomorrow sahaja yang pernah ditonton.

7 comments:

CZ's thinking. said...

sbtu lepas xsempat nak tgk citer 2012...semua panggung full..tension btl..macamner pun aku nk tgk juga...citer mmg best...

CZ's thinking. said...

sbtu lepas xsempat nak tgk citer 2012...semua panggung full..tension btl..macamner pun aku nk tgk juga...citer mmg best...

we~win said...

deep impact tu bukan 1998 kew?

edan coba said...

CZ..
Aikkk!!! Ingat dah tengok daa!
Aqu plaq ngn choq rabu ni!!
RM6 jaa!! So lepas kami tengok ingat nk pusing2 kat Gurney sana nuh!!
Hehe... Jngn jealous!!!
:P


We~win...
Edan ikut fakta dari akhbar..
mungkin betol kot
:)

farish izaryl @izreez said...

suke n3 ni wajibb tgok cte yg rizz xtgok g

edan coba said...

Farish H...
Sama lah!!!
Edan pon mmg tringin nk tengok!
:)

teydison said...

replica bags seoul replica bags chicago replica bags nancy