11 November 2009

Lagu Dahulu Dan Kini Mana Lebih Berkesan Di Jiwa?!


Lagu dahulu lebih menangkap jiwa...

Lagu-lagu baru sekarang tumbuh bagai cendawan selepas hujan... banyak elemen baru dicuba Komposer alaf baru ini untuk dimasukkan dalam lagu ciptaan mereka tetapi.... berkesan ke jiwa kita atau tidak?... tentunya awalnya kita memang sangat menyukai ciptaan baru itu kerana kelainan muziknya yang lebih ke arah kebaratan... tetapi percaya atau tidak makin lama makin pudar, padam kita hendak mendengarnya lagi dan seterusnya kita pula beralih pula ke citarasa yang lebih baru... itulah kesan nyata muzik zaman sekarang yang hanya dicipta untuk menyamai dengan lagu-lagu negara luar yang kini mereka jauh lebih maju dan moden...

Tidak dinafikan lagu sekarang sudah kurang jiwanya lantas menyebabkan kita masih menyanjungi lagu-lagu dahulu yang lebih menusuk kalbu dan tidak akan lapuk ditelan zaman... begitulah apa yang penulis rasakan kini... Keberkesanan aspek keseluruhan lagu dahulu punya elemen sentimental yang tinggi... Walaupun mempunyai kekurangan kepelbagaian muzik bernafas moden tetapi setiap bunyian muzik dahulu ada nyawanya... ditambahkan lagi perletakkan lirik yang dekat dijiwa sesungguhnya menjadikan lagu-lagu dahulu amat BERHANTU!!!... Masa semakin berlalu begitu juga pencipta/komposer lagu... Komposer terdahulu yang mencipta lagu-lagu tangkap leleh kini sudah semakin kurang... Ada yang berusaha menempatkan karya mereka dengan membenarkan elemen moden dalam karya lagu ciptaan mereka namun malangnya pula jika mereka mahu mencipta lagu yang seperti karya terdahulu lagu tersebut memang HANCUR!!!!... Bahkan boleh dicop KETINGGALAN ZAMAN!!... penulis akui penangan idea komposer dahulu untuk lagu terkini sudah pudar dan beruntunglah pada yang gigih belajar dari kesilapan lalu mengikut seiring pemintaan halwa muda-mudi kini!

Walau bagaimanapun lagu-lagu dahulu masih lagi mendapat permintaan hangat... permodenan seni muzik kini tidak akan mampu menenggelamkan keistimewaan lagu-lagu terdahulu yang penuh dengan kejiwaan... Tidak kira dalam suasana sedih mahupun girang kita masih menuntut lagu-lagu dahulu... selain melayan kelunakkan suara artis tersebut kita dapat mengimbau kembali nostalgia yang berlalu... tanpa kita sedar airmata mula membasahi pipi...



Edan : Lagu2 dahulu memang jiwa hbs!!!!... Sonoq layan smpai nak meraung!!! Huhu...

No comments: