25 February 2010

Melastik Burung itu hebat?!!

berbincang apa itu?


"weiii!!! Lastik!!!! Lastik burung tuh!!! Kite tengok kene ker tak... Alaahh!!! Terbang plaq die?!!!!"

Apa yang kecoh kat luar sana tuh?.. Tetiba perhatian edan tertumpu kepada sekumpulan budak2 yang riuh dari tadi.. belum sempat menikmati suasana sepi waktu lewat petang itu ada pula yang memang sibuk dengan aktiviti lara sendiri.. Main LASTIK BURUNG!!!!

Hai dik!!.. Dah tak ada ke permainan lain yang tidak mencederakan?!.. Kenapa lah ekk dik2 pilih nak main Lastik2 burung nih?!.. Haiii tak ke adik semua punya hati perut?.. Tak kasihan kan pada burung2 itu ker?.. Sakit tu adik!!.. Cuba kita plaq yang kena lastik macam yang adik buat itu, mesti azabkan?!!... Dik... memanglah seronok yerrr adik2 dapat tunjuk kehebatan adik2 pada kawan2 semua tentang kehebatan melastik tepat pada burung... sampailah burung itu kedebuk jatuh macam nangka busuk... Lepas itu adik ada tak cuba cari burung itu balik dan periksa apakah keadaan dia?.. Dik.. kalu dia tak mati alangkah seksanya dia adik... Tapi kalu pun dia sudah mati adik ada tanamkan?!.. Adik2... kenapa nak buat aktiviti yang kejam macam ini?.. Adik bukan tak punya otak untuk memikirkan apa burung itu rasa?... Kalau setakat nak lastik tepat pada burung itu hingga jatuh itu ada rasa bangga.. TAK PAYAH LAH!!... Kawan2 adik tu ada ke nak bagi ganjaran TV PLASMA 60 inci? Mak bapa adik ada janji nak hadiahkan Laptop sebuah untuk kejayaan adik nih?.. Kalau ditakdirkan ada pon(mana taw ada competition plaq!) ada kah itu semua lebih bernilai?.. Dik... kan nyawa itu lebih berharga dari segalanya adik2.. Waktu usia seperti adik2 ini baik saja kehebatan itu ditunjukkan di kertas peperiksaan.. Kan lebih bermakna!!



Edan : Beristigfar ketika melihat kanak2 tersebut sedang melastik burung2 yang tak berdosa..

2 comments:

Anonymous said...

Aiyoh dah lama saya buru dan tembak burung-burung dan haiwan lain dengan sumpitan dan lastik. Tidak semestinya salah kalau seorang bunuh seekor haiwan, 1st kita hendaklah tahu adakah burung ni diancam atau tidak. Apabila burung ditembak pastilah ia mati dengan cepat, lepas tu makanlah dagingnya yang Tuhan menyediakan untuk kita. Sedap tahu kalau digoreng atau dipanggang, kalau kamu boleh makan ayam dan lembu yang dibunuh, apa salahnya bunuh burung untuk dimakan. Apa kejam? Apatah lagi ada banyak burung-burung jijik atau terlalu banyak spt merpati, gagak,pipit yg boleh ditembak untuk merendahkan populasi mereka.

Anonymous said...

Ikan juga tidak berdosa, lembu pun tidak berdosa, ayam dan itik juga tidak berdosa lah. Tikus berdosa ke? lalat berdosa ke? Gagak, merpati, pipit semua sama, mereka cuma ikut naluri mereka untuk hidup. Kalau tikus boleh dibunuh samalah semua.