Kanta Lekap pelengkap gaya
Dahulu apabila menyebut tentang Kanta Lekap pasti pemakaiannya dikelaskan pada individu yang mempunyai penglihatan rabun.. dimana seseorang yang kabur pandangannya sudah pasti perlu mengenakan cermin mata bagi memudahkannya menjalani kehidupan seharian.. namun ianya tidaklah menyenangkan pada sesetengah orang kerana ada kalanya ia tidak menepati gaya yang diinginkan.. Tidak mungkin seseorang itu perlu memiliki cermin mata berpasang-pasang hanya kerana mahu menyesuaikan dengan keadaan.. Cermin mata juga membataskan aktiviti seseorang itu. Pernah dengar panggilan "MAT SKEMA"? Ianya gelaran yang popular buat individu yang berkaca mata. Justeru itu KANTA LEKAP menjadi pilihan yang terbaik.. Ianya bukan sahaja menjelaskan pandangan malah ia juga merubah wajah seseorang pemakai itu.. Kerana Kanta Lekap didatangi dalam pelbagai warna mengikut citarasa sendiri.. Kanta Lekap yang berwarna boleh menutupi kekurangan seseorang hingga mampu menaikkan seri muka dan ini bisa sahaja memberi lebih keyakinan untuknya tampil didepan khayalak.. Kini Kanta Lekap juga tidak hanya dipakai oleh orang yang bermasalah mata tetapi juga pada orang yang sihat..
Barangan yang anda perlu ada jika ingin berKANTA LEKAP..
Kanta Lekap walau punya banyak kebaikkan, namun ada keburukkannya yang perlu anda tahu.. Salah tatacara penggunaannya pasti mengundang malang dan jadi pastikan anda membaca tip ini untuk memastikan mata anda sihat sepanjang masa tika memakai Kanta Lekap..
- Basuh tangan dengan bersih sebelum memegang dan memakai Kanta Lekap.
- Jika anda menggayakan rambut dengan bahan berbentuk penyembur pastikan anda menggunakan Kanta Lekap pada langkah akhir. Ini untuk mengelakkan semburan tersebut memasuki mata.
- Jauhkan pelekat bulu mata palsu, pengilat kuku dan pewangi daripada Kanta Lekap kerana bahan-bahan tersebut boleh merosakkan Kanta Lekap/
- Dapatkan nasihat daripada penasihat Optometri terlebih dahulu sebelum menukar Kanta Lekap atau larutan Kanta Lekap.
- Jangan memakai Kanta Lekap melebihi tempoh yang sepatutnya. Anda perlu sentiasa mematuhi nasihat dan arahan yang diberikan oleh penasihat Optometri diiktiraf.
- Jangan menggunakan air paip untuk membersihkan dan membasahkan Kanta Lekap.
- Elak menggunakan losyen tangan sebelum memakai Kanta Lekap. Losyen boleh meninggalkan selaput pada Kanta Lekap.
- Jumpa dengan penasihat Optometri sekurang-kurangnya enam bulan sekali walaupun anda tidak mempunyai masalah mata dan Kanta Lekap.
- Jika ada sebarang masalah dengan Kanta Lekap segera berjumpa dengan penasihat Optometri..
- Jangan menggunakan Kanta Lekap melebihi 6 jam dan dilarang keras tidur dengan masih berKanta Lekap.
- Pegang Kanta Lekap dengan perlahan apabila membersihnya dan memakainya. Kerana Kanta Lekap lembut dan nipis justeru mudah terkoyak apabila kasar dalam memakainya.
Edan : Dahulu suka warna Hazel kini Honey... hehe..!
No comments:
Post a Comment