03 April 2010

Blog Edan Coba kini ada laman PEMBACA FANATIK!!

Edan Coba Blog Fans Facebook

Terasa kecil sangat diri ini kerana Edan Coba Blog bukanlah suatu Blog yang terkenal jika mahu dibandingkan dengan laman blog yang lain. Cerita yang ditulis tidak lah seberapa kerana berpandukan topik-topik yang disukai edan coba sahaja justeru mustahil lah kiranya blog Edan Coba Blog terus dilawati dan diminati. Tetapi itu lah yang menjadi suatu pertanyaan yang aneh. Mengapa masih ada pembaca setia saban hari tidak jemu menelaah cerita yang tidak sehebat mana. Tiada kelebihan di blog ini yang mampu diangkat untuk digelar 'BEST BLOG'. Kehairanan sering kali bermain difikiran penulis apakah x-faktor yang membuat blog ini di lawati tanpa bosan?

Bersyukur ke hadrat Tuhan kerana masih memberi idea untuk penulis mengcanting sesuatu diblog ini. Tetap mengakui bukannya mudah membuahkan sesuatu untuk tatapan pembaca, memerlukan suasana tenang dan diri pula diisi dengan pelbagai infomasi yang disedia melalui pemerhatian dan pembacaan dari risalah-risalah semasa untuk dijadikan bahan penulisan yang benar-benar sedap dibaca dan dimengertikan dengan jelas. Apabila ketahuan ada pihak-pihak yang sudi membaca penulisan diblog ini, edan coba terasa dihargai dan berterima kasih pada yang sanggup meluangkan masa hanya mahu meniti bait-bait ayat yang ditulis penulis tanpa ilmu yang penuh didada.

Maka demikian edan coba telah mencipta laman fanatik Edan Coba Blog di lama sosial no.1 Malaysia iaitu FACEBOOK.. Pada yang berminat sertailah keluarga fanatik Edan Coba Blog dan boleh juga memberi sebarang komen untuk memantapkan lagi Edan Coba Blog. Sokongan anda amatlah edan coba hargai sejujurnya. Kerana tanpa pembaca setia seperti anda mana mungkin Edan Coba Blog meriah sebegini dan pastinya edan coba akan memberikan cerita-cerita yang terbaik buat anda selagi termampu..

JADILAH ORANG TERAWAL MENYERTAI LAMAN FANATIK "EDAN COBA BLOG"!!!!!







Edan : Yang belum jadi 'fanatik' marilah sertai.. kita meriahkan lagi!!!!!

2 comments:

Pojiepooh Abdullah said...

gittew!
Pojie dah join dah!
clust!

edan coba said...

Poijie yg budiman.. terima ksih moga Allah membalas jasamu itu..