03 May 2010

Uncle bawa tin kosong Edan Coba bawa sibuk!!!

Tin kosong menjadi rezeki tambahan bagi uncle ini..

28 April lalu.. sedang edan 'on da way' balik dari keje di persimpangan masuk ke Bukit Jambul, edan tetiba terasa tertarik mahu mengambil gambar seorang uncle tua yang sedang menunggang motosikal. Bukan kerana motonya dan bukan juga mahu mengambil nombor plat nya (untuk nombor ekor). Tetapi yang menguja itu adalah uncle itu sanggup membawa sebungkus besar tin kosong yang edan rasa hasil dari usahanya mencari hari ke hari untuk dijual. Banyak lah!!! Terfikir pula sejenak, kalau kita sanggup tidak mahu rezeki tambahan yang datang macam ini? Tin kosong dikutip tidak mengira tempat dan terpaksa juga mengenepikan persepsi orang awam demi menambah pendapatan buat seisi keluarga.

Rezeki-rezeki juga bahaya pun ada juga.. Uncle itu telah menutup sebahagian pandangan belakangnya...






Edan : Ini siapa yang mengundang bahaya? Edan coba pun sama!!!! hehehe..

No comments: