Nyamuk hanya menghisap darah
"Nyamuk" dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti "Lalat Kecil". Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun 1583. Di England nyamuk dikenali sebagai "Gnats". Di dalam dunia ini adalah lebih 3000 jenis nyamuk dan yang popular adalah "Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta dan Haemagoggus". Berat nyamuk hanyalah 2 - 2.5 mg dan terbang antara 1.5 ke 2.5 km/sejam serta mampu mengepakkan sayapnya sebanyak 500 kali dalam tempoh 1 saat. Nyamuk sebenarnya mempunyai daya penglihatan yang teruk dan ia berburu berpandukan bau dan haba. Seseorang yang berpeluh lebih mudah dikesan oleh nyamuk berbanding orang yang tidak berpeluh.
Larva nyamuk
Nyamuk juga boleh mengesan bau karbon dioksida yang dilepaskan mamalia sejauh 100 kaki (30 meter). Oleh itu penggunaan racun serangga sebenarnya tidak membunuh nyamuk tetapi menghalang deria bau nyamuk. Melainkan racun tersebut diarah tepat kearahnya dan terus membunuhnya. Manusia sebenarnya bukanlah sasaran utama nyamuk kerana nyamuk lebih suka menghisap darah haiwan seperti kuda, lembu dan burung. Namun nyamuk gemar pada seseorang yang obesiti juga mempunyai darah jenis 'O'. Nyamuk betina memerlukan protin untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protin, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protin yang diperlukan.
Proses Kitaran Nyamuk
Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam kitaran hayatnya yang bermula dengan telur, larva, pupa, dan dewasa. Tempoh tiga peringkat pertama bergantung kepada spesies dan suhu. Proses kitaran nyamuk melengkapkan kitaran hayatnya dalam tempoh 14 hari pada 20 °C dan hanya sepuluh hari pada suhu 25 °C. Sesetengah spesies mempunyai kitaran hayat sependek empat hari atau sehingga satu bulan. Larva nyamuk dikenali sebagai "Jentik-jentik" boleh di dapati di lopak atau sebarang bekas berisi air. Jentik-jentik bernafas melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor. Kebanyakan jentik-jentik memakan mikroorganism, tetapi beberapa jentik-jentik adalah pemangsa bagi jentik-jentik spesies lain.
Edan : Benci dengan Nyamuk!
No comments:
Post a Comment