26 July 2010
Lawak 2 - Asal Usul Elektrik
Perkataan "ELEKTRIK" yang sering kita gunakan sering kali dikatakan dicedok dari perkataan inggeris yang sama bunyinya namun lain ejaan iaitu "ELECTRIC". Tetapi yang sebenarnya perkataan itu sebenarnya diambil dari perkataan melayu campur inggeris!!
Ini kisahnya.. Pada suatu masa dulu selepas 1 tahun 'Thomas Edison' mencipta lampu, saintis itu tidak pernah terfikir memberi nama kepada kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang melayu yang bernama 'Kulup Kalimantang' yang langsung tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu.
Semasa demontrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun seraya berkata dengan nada yang kuat..
"Eleee.. Trick je tu!! Elee.... Trick ja tu!!! (Maksudnya 'tipu')
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "Ele.. trick". Jadi selepas itu perkataan "Ele.. Trick" yang dieja "Electric" mengikut ejaan orang putih digunakan. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang yang menamakan kuasa Electric itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu " Kalimantang"!!
Edan : Ada Thomas kenal si Kulup Kalimantang tu? Haduhh!! Dustanya!
Label ~
Mari Ketawa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment